;
Jumaat, 30 Oktober 2009
Naluri seks wanita mengikuti usia
Semakin meningkat umur, semakin kuranglah hasrat untuk hubungan seksual. Itulah perbezaan naluri seks antara wanita dan lelaki. Menurut pakar seksologi wanita mempunyai lima tahap seks dalam hidupnya. Setiap tahap tersebut mempunyai dengan ghairah tersendiri. Secara umumnya ghairah seks mula muncul ketika anak perempuan masuk usia baligh.
1. Awal 20-an
Ghairah wanita pada usia ini hanya pada mata. Pada tahap ini juga mereka sedang mencari cari maksud tentang seks. Oleh itu mereka cukup berminat untuk membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan seks. Pada tahap ini juga remaja perempuan juga suka sentuhan, perhatian, kasih sayang, dan pemahaman.
2. Usia 25 – 30 tahun
Pada usia ini, wanita sudah memiliki keyakinan diri untuk bercinta dan juga melakukan hubungan seksual. Tidak hairanlah pada waktu ini ramai wanita yang merasakan ia waktu yang paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Mereka juga sudah berasa selesa dengan perubahan tubuh dan memahami akan keperluan seksual. Tapi pada masa yang sama tak dinafikan juga karier yang sedang dinikmati oleh kaum wanita menghalang hasrat seksual yang sedang bergejolak. Ada yang menangguhkan hasrat untuk mencari pasangan dan juga berkahwin kerana mengutamakan karier.
3. Usia 30-an
Ketika ini wanita lebih sensitive terhadap sentuhan. Mereka juga memang mendambakan sentuhan daripada pasangan. Pada usia ini wanita yang telah pun berkahwin akan merasai kebebasan seks dan mampu menikmatinya dengan penuh perasaan. Kehamilan dan perubahan hormon juga mungkin menambah ghairah seksual yang mereka rasai ketika ini. Aliran darah yang meningkat ke arah pinggul membuatkan mereka mudah terangsang untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan.
4 Usia 40-an
Umumnya, ghairah seks mencapai puncaknya pada usia ini. Karier dan keluarga yang telah stabil membuatkan wanita memiliki banyak waktu untuk diri sendiri dan berusaha mempertahankan kehidupan seksnya dengan baik. Ketika ini juga ramai kalangan wanita yang mencari-cari rawatan bagi meningkat dan mempertahankan ghairah seksualnya supaya setanding dengan pasangannya. Mungkin juga pada tahap ini hasrat seksual mereka sama seperti di usia muda.
5. Usia 50-an
Ghairah seks mula menurun. Penghasilan estrogen yang berkurangan menyebabkan hubungan seks tak begitu diinginkan ketika ini. Tapi perkara ini tidak semestinya terjadi pada wanita di tahap usia ini. Bagi wanita yang mempunyai rutin hubungan seks yang baik dan mesra ketika zaman mudanya, usia mungkin bukan penghalang untuk mereka mengekalkan rutin seks dengan pasangan sama seperti di masa mudanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan