;

Jumaat, 30 Oktober 2009

Naluri seks wanita mengikuti usia


Semakin meningkat umur, semakin kuranglah hasrat untuk hubungan seksual. Itulah perbezaan naluri seks antara wanita dan lelaki. Menurut pakar seksologi wanita mempunyai lima tahap seks dalam hidupnya. Setiap tahap tersebut mempunyai dengan ghairah tersendiri. Secara umumnya ghairah seks mula muncul ketika anak perempuan masuk usia baligh.

1. Awal 20-an
Ghairah wanita pada usia ini hanya pada mata. Pada tahap ini juga mereka sedang mencari cari maksud tentang seks. Oleh itu mereka cukup berminat untuk membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan seks. Pada tahap ini juga remaja perempuan juga suka sentuhan, perhatian, kasih sayang, dan pemahaman.

2. Usia 25 – 30 tahun
Pada usia ini, wanita sudah memiliki keyakinan diri untuk bercinta dan juga melakukan hubungan seksual. Tidak hairanlah pada waktu ini ramai wanita yang merasakan ia waktu yang paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Mereka juga sudah berasa selesa dengan perubahan tubuh dan memahami akan keperluan seksual. Tapi pada masa yang sama tak dinafikan juga karier yang sedang dinikmati oleh kaum wanita menghalang hasrat seksual yang sedang bergejolak. Ada yang menangguhkan hasrat untuk mencari pasangan dan juga berkahwin kerana mengutamakan karier.

3. Usia 30-an
Ketika ini wanita lebih sensitive terhadap sentuhan. Mereka juga memang mendambakan sentuhan daripada pasangan. Pada usia ini wanita yang telah pun berkahwin akan merasai kebebasan seks dan mampu menikmatinya dengan penuh perasaan. Kehamilan dan perubahan hormon juga mungkin menambah ghairah seksual yang mereka rasai ketika ini. Aliran darah yang meningkat ke arah pinggul membuatkan mereka mudah terangsang untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan.

4 Usia 40-an
Umumnya, ghairah seks mencapai puncaknya pada usia ini. Karier dan keluarga yang telah stabil membuatkan wanita memiliki banyak waktu untuk diri sendiri dan berusaha mempertahankan kehidupan seksnya dengan baik. Ketika ini juga ramai kalangan wanita yang mencari-cari rawatan bagi meningkat dan mempertahankan ghairah seksualnya supaya setanding dengan pasangannya. Mungkin juga pada tahap ini hasrat seksual mereka sama seperti di usia muda.

5. Usia 50-an
Ghairah seks mula menurun. Penghasilan estrogen yang berkurangan menyebabkan hubungan seks tak begitu diinginkan ketika ini. Tapi perkara ini tidak semestinya terjadi pada wanita di tahap usia ini. Bagi wanita yang mempunyai rutin hubungan seks yang baik dan mesra ketika zaman mudanya, usia mungkin bukan penghalang untuk mereka mengekalkan rutin seks dengan pasangan sama seperti di masa mudanya.

Selasa, 27 Oktober 2009

Lawak orang dewasa - malam pertama

Seorang gadis yang bersuamikan pemain basket ball sedang berdebar-debar menantikan malam pertama setelah pesta pernikahannya.
Selepas pesta selesai mereka pun masuk bilik.Si suami terus membuka seluruh pakaiannya.

Apabila bajunya terbuka, si isteri melihat sebuah tattoo bertuliskan "Reebok" di dada suaminya.Si suami pun menerangkan bahawa tattoo tersebut dibuat sewaktu ia menjalani kontrak sebagai model iklan produk tersebut.

Tiba-tiba si suami membuka seluar panjangnya,maka terlihat satu lagi tatto lambang "Nike" di pahanya. Si suami pun menjelaskan hal yang sama kepada isterinya.

Akhirnya setelah semuanya terbuka, Si isteri melihat tattoo bertuliskan "AIDS" pada 'anu' si suami.
Dengan ketakutan si isteri menanyakan tattooo tersebut. Namun dengan tenangnya si suami menjawab :
" Tenang Sayang... tulisan itu bukan bererti sesuatu yang menakutkan. Teruslah pegang..."
Setelah si anunya tegang dan memanjang maka tulisan AIDS menjadi 'ADIDAS'

Lawak orang dewasa

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah diselidik diagensi... senarai akhir..adalah 3 orang wanita indonesia yang tersenarai...
banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antar ketiga2 calon tu.
sapa nama..umur..status..pengalaman kerja...

calon 1..
sapa nama : ..erni
umur berapa... 22 tahun tuan
berkahwin atau belum... ahh..tuan... masih bujang
kenapa tak kahwin... .belum ada yang COCOK

calon 2
sapa nama : ..esah
umur berapa... 24 tahun tuan
berkahwin atau belum... sudah tuan... sudah ada yang COCOK

calon3
sapa nama : ..piah
umur berapa... 23 tahun tuan
berkahwin atau belum... ahh..tuan... sudah bercerai
aii..muda2 lagi dah bercerai... ..kurang COCOK tuan..
kenapa kurang cocok? .. .. sibuk bangat tuan...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Ciri2 Muslimah Sejati.


Mari kita perhatikan kisah ini...

Seorang gadis sunti bertanyakan ayahnya “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan akhlak dan ketulusan hatinya...itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung.. sambil tersenyum.

“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu....

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari ketegasan kepimpinannya (kegarangannya), tetapi dari kelembutannya ia memimpin.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati juga bukanlah dilihat dari kehebatannya berhujah tetapi dilihat dari cara bagaimana ia melusuri kata2 yg baik dan lemah lembut..

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah hanya demi kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainnya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan –perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian hebat tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dan tuturkatanya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki Kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”Pelajarilah mereka! supaya kamu berjaya nanti.

INSYA ALLAH kamu juga boleh enjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,Malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

Jauh dilubuk hatinya.. dia tersenyum senang.
Moga2 dia mampu menjadi seorang Muslimah sejati...
Yang sempurna seperti ISTERI RASULULLAH.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya(riwayat Al Bazzar)

Sama2 kita hayati.... dan jadikan teladan.

Selasa, 6 Oktober 2009

Remaja terjebak berpakaian halal, haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin