;

Sabtu, 24 November 2012

Tiga 'ta' pembinasa lelaki?

Di ruangan ini, saya pernah celotehkan bahawa pengantin baru (lelaki) malah 'pengantin veteran' perlu ada tiga 'ras' untuk kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan iaitu waras (berkaliber sebagai pemimpin rumah tangga yang sentiasa berfikiran matang), beras (kemampuan menyediakan nafkah kehidupan) dan keras (kesihatan yang baik); kali ini ustaz dalam ceramahnya mengutarakan tiga 'ta' yang katanya menjadi pembinasa lelaki.
Saya pun tertunggu-tunggu apakah 'ta' itu. Yang pertama kata si ustaz, 'takhta' iaitu kedudukan, pangkat dan kuasa. Orang yang gila 'ta' ini tidak pernah puas dengan kedudukan yang sudah diraihnya. Jika tiada kuasa, dia mahu kuasa, jika sudah ada jawatan dan kuasa dia mahu yang lebih tinggi lagi. Dia sentiasa lapar kuasa, mungkin dia mahu kedudukan setinggi langit. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan kedudukan ini - soal halal haram - tiada dalam kamus kehidupannya. Yang penting orang puji dan sanjungnya berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang dia ada. 'Ta' kedua kata si ustaz, adalah 'harta'. Orang gila harta ini juga akan berbuat apa saja untuk memperbanyak kepunyaannya, halal dan haram tolak ke tepi. Harta ini adalah dalam pelbagai bentuk, yang paling penting adalah wang. Terlalu ramai orang gila wang, ada yang siang malam berhempas pulas bekerja kerana mahukan wang yang banyak. Mereka akan gembira melihat angka besar wang mereka dalam bank. Dengan melihat angka saja mereka rasa senang, tidakkah itu gila namanya. Mengenai 'gila harta' ini, Nabi kita (s.a.w.), ada memberi amaran dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Andaikata anak cucu Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia tetap menginginkan lembah (emas) yang ketiga, dan tidaklah penuh perut anak cucu Adam melainkan tanah, dan Allah memberi taubat kepada orang yang mahu bertaubat (kepada-Nya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ustaz itu memberitahu 'ta' ketiga adalah wanita. Ramai lelaki yang nampak perkasa dengan mudah tewas dengan wanita yang lemah lembut sifatnya. Ramai raja, pahlawan, 'spy' (pengintip) malah ada ahli agama tersungkur di kaki wanita. Dengan pujuk rayu wanita sudah cukup untuk mencairkan hati lelaki, semuanya akan digadaikan termasuklah takhta dan harta. Inilah pembinasa lelaki paling hebat. Dalam satu lagi ceramah yang saya dengar, si ustaz memberitahu perihal kelemahan orang lelaki dan wanita. Katanya, wanita cukup mudah tewas dengan harta kekayaan seperti assesori kehidupan seperti emas permata. Longgokkanlah harta di depan mereka, hati mereka akan cair. Orang tua ganyut yang meminang pun akan diterima asalkan dia berharta dan berkuasa. Cubalah orang tua tiada harta, tiada kuasa dan kedudukan mahu menyunting, mahukah mereka? Jika perempuan lemah pada godaan harta benda, orang lelaki pula mudah tewas dengan perempuan, kata ustaz itu. Orang tua keriput yang berkuasa jika sudah kahwin orang muda, akan didengar dan diikuti saja kehendak isteri mudanya. Disepak dan diterajang oleh si isteri pun tak apa; bagi orang lain itu satu penghinaan, bagi si tua bangka tak sedar diri mungkin ia suatu keseronokan pula...syoknya kena sepak kerana yang melakukannya si intan payung cantik jelita daripada orang asing berbangsa mulia pula. * Berkenaan 'takhta' (kedudukan, pangkat dan kuasa) ketika membaca laporan mengenai Muktamar PAS ke-58 di Putik, Kelantan yang berlangsung pada 16-18 November lalu, hati saya tersentuh membaca pengakuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau senang sekali kembali menjadi nelayan ketika pelbagai pihak sibuk memperkatakan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Ya, kedudukan, pangkat dan kuasa tidak wajar dikejar; itu bukan matlamat orang beriman; bagi mereka kehadiran di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredaan Illahi semata-mata. Namun bagi orang yang tidak mengejar dunia, dunia akan mengejarnya pula. Itulah kedudukan, pangkat dan kuasa akan diberikan kepada mereka. Pada ketika itu, ia menjadi amanah dan inilah yang ditakuti oleh insan beriman. Seperti diperkatakan si ustaz pada awal celoteh, 'ta' (takhta) adalah pembinasa lelaki, namun jika 'ta' ini digunakan dengan ikhlas untuk mendapatkan reda Illahi, insya-Allah tugas berat yang dipikul ini akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Demikian juga dengan dua 'ta' lagi iaitu harta dan wanita jika ditangani semata-mata kerana Allah Taala, insya-Allah akan membawa kita ke syurga-Nya. Sepanjang sejarah Islam, ketiga-tiga 'ta' ini telah digunakan bagi mengapai keredaan Illahi. Dengan 'taktha', telah ditegakkan negara Islam Madinah, dengan adanya 'harta', Sayidina Abu Bakar r.a. telah menunjukkan contoh apabila mendermakan seluruh miliknya untuk jihad fisabillah manakala dengan adanya wanita serikandi seperti Sayidatina Khadijah Khauwalid, Sayidatina Fatimah Rasulullah dan Sayidatina Aishah Abu Bakar telah membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Mereka berdiri kukuh di sisi suami, bapa atau saudara mereka dalam perjuangan menegakkan Islam. Terbukti tiga 'ta' itu (takhta, harta dan wanita) jika dipimpin di jalan benar, semuanya adalah penyumbang ke arah syurga Allah, jika disalahgunakan akan menjerumuskan seseorang lelaki ke neraka Illahi!

Khamis, 22 November 2012

SIFAT MAZMUMAH : Mimpi Ngeri Buat Orang Yang Bertaqwa

Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala, kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati. Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan, tapi mazmumah dapat disembuhkan. Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik. Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang. Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang. Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, demdam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor. Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah. Ibadah yang di hayati, boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia. Ibarat penyakit makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit. Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan. Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas. Ibadah dibuat nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah. Itulah lumrah berlaku di zaman ini. Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas. Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan. Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin, yang memecah-belahkan perpaduan. Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang. Mujahadatunnafsi terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong dan lain-lain boleh dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu. Di sini huraikan cara-cara mujahadah terhadap penyakit hasad, dengki, pemarah dan gila dunia serta terhadap sifat-sifat mazmumah. Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat: 1. Takhalli – Mengosongkan atau membuangkan atau mensunyikan 2. Tahalli - Mengisi atau menghiasi 3. Tajalli – Terasa kebesaran dan kehe batan Allah TAKHALLI Diperingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Sabda Rasulullah SAW: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau. (Riwayat Al Baihaqi) Kerana kejahatannya itu telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk, ber- tuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan fir-man-Nya: Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah. (Al Jaathiah: 23) Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tidak ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah Tuhan yang sebenar- benarnya tetapi menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabat- nya ketika pulang dari satu medan peperangan: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu? Baginda berkata: Peperangan melawan hawa nafsu. (Riwayat Al Baihaqi) Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula kita pegang, jadi senanglah kita picit dan membunuh- nya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu-mahunya. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah. Untuk lebih jelas biar saya senaraikan akan peringkat-peringkat nafsu manusia sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat.
Di sini disenaraikan dari peringkat yang serendah-rendahnya iaitu nafsu amarah, nafsu lauwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Kita yang beriman ilmu ini baru berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lauwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga dia mahu tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah supaya mencapai paling minima nafsu mulhamah dan nafsu mutma- innah, yakni yang ada pada diri seseorang yang memiliki iman ayan. Di ‘peringkat iman inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada siksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya: Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu de ngan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.(Al Fajr: 27-30) Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum’ah, riyak, ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak cakap, banyak makan, dan mengumpat. Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas menggosok akan tambah menebal dan kuatlah ia bertapak. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa.Bagaimanapun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berke san daripada guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu. Malangnya di akhir zaman ini, kita ketiada- an guru yang mursyid. Nasib kita hari ini umpama nasib anak-anak ayam yang kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri. 2. TAHALLI Tahalli bererti menghiasi yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosong- kan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami cuba kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah. Setelah kita mujaha dah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah, taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasihsayang sesama mukmin, selalu ingatkan mati dan tawakal. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudahkita perlu sekali mujahadah. Ditegaskan sekali lagi bahawa dalam peringkat mujahadah kita masih tera- sa berat dan susah. Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenarnya. Insya-Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati akan terasalah lazatnya. Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluar kan harta atau barang kita terutama yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada yang memerlukan. Mulanya tentu terasa berat dan payah tetapi janganlah menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapat pahala sedekah. Sayidatina Aishah r.a di waktu tiada apa-apa untuk dimakan, beliau cuba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu inginnya mereka pada pahala dan rindunya kepada Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT: Siapakah yang mahu meminjam- kan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.(Al Hadid: 11) Setiap kali kita rasa sayang pada harta kita setiap kali itu pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama ke- lamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlulah kita miliki dan untuk itu kenalah mujahadah. Jika tidak iman juga turut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah. 3. TAJALLI Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperolehi tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.Agak sukar untuk ditulis apa itu tajalli sebenarnya sebab ia hanyalah sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasai sendiri gula itu. Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kehebatan Allah.Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan dan pergantungan tiada pada yang lain lagi selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan baha- gia. Tiada apa pun kesusahan dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan pemberian daripada kekasihnya, Allah SWT.Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman dunia ini sudah terasa sebagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati. Hasad dengki menjadikan jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya tidak selamat di du- nia maka tidak mungkin dia boleh selamat di Akhiat. Firman Allah: Hari khiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.(Asy Syuara’: 88-89)
1. HASAD DENGKI Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi. Hadis ada mendedahkan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam Neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka ialah ulama kerana hasadnya. Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad: Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkun mereka padamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu. (Muhammad: 29-30) Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwanya sentiasa menderita dan terseksa.Bahayanya hasad dengki ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu. Bila kita berhasad dengki, kita akan hina meng hina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan meng- hapuskan kebaikan lainnya. Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persauda- raan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah. Walau banyak mana sekalipun sembahyangnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka. Pernah sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW: Sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang harinya dan di malam harinya bersembahyang tahajjud tetapi selalu menyakiti jirannya dengan lidahnya. Jawab baginda Rasulullah: “(Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka. ” Orang yang kaki tahajjud dan puasa sunat pun masuk Neraka kerana hasad dengki, apalagi kita yang tiada bertahajud, puasa sunatpun tidak, masih lemak dengan hasad dengki dan umpat-mengumpat ini. Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takut kan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Allah berfirman: Hai orang yang beriman, jangan lah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain-lain) dan barangsiapa yang tidak ber taubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al Hujurat: 11) Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepada nya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 12) Begitulah pujukan-pujukan Allah pada kita supa ya kita tidak lagi berhasad dengki, umpat mengumpat dan buruk sangka. Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah: Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersa- manya. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan. Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu. Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hen- dak merosakkan mujahadah kita. Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu. Ingatlah selalu Firman-Nya: Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu. (Al Ankabut: 69) Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan ke lebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlumbaan maka datanglah dengki itu. Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi. Firman Allah: Terjemahannya: Janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (An Nisa’: 32) Allah yang melebih dan mengurangkan pembe rian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba- Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menung gu ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: Barangsiapa tidak redha terhadap taqdir yang berlaku ddn tidak sabar terhadap bala (cubaan) daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.(Riwayat: At Tabrani) Dalam Al Quran Allah berfirman: Dialah yang menjadikan mati dun hidup supayd Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk: 2) Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara ini. Firman-Nya lagi: Sesungguhnya Kami telah mencip- takan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al Insan: 2) Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah. Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.
2. PEMARAH Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya maka tinggilah egonya dan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya kurang- lah rasa ego maka kuranglah sifat pemarahnya. Lihat antara seorang ayah dengan anaknya. Jarang kita dengar si anak memarahi ayah. Yang selalu berlaku ialah ayah memarahi anak. Atau antara tuan rumah dengan orang gajinya. Tidak pernah orang gaji marahkan tuannya tetapi tuan selalu marahkan orang gaji itu. Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah gurunya tetapi guru selalu marahkan muridnya. Sebagai misalan yang lain, ketua pejabat dengan pekerjanya. Jarang kerani arahkan “boss”nya tetapi boss selalu marahkan keraninya. Begitulah seterusnya. Jarang kita temui seorang ayah, guru, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yang tidak ber- sifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka. Pendeknya sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki. Pemarah juga adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji. Ia boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu se- orang yang pemarah adalah seorang yang biadap terhadap Allah SWT. Kenapa mesti marah ? Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid: Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi. Istirehatkun hati dari kata-kata “barangkali” dan “kalau “. Setiap kesilapan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah. Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya: Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lem- but. Beliau ditanya orang: Dengan siapakah beliau belajar berlemah lembut itu? Ahnaf menjawab, “Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang berehat- rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. “Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya, “Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mu- lai hari ini kamu aku merdekakan.” “Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim,” Kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya. Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya. Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang. Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu dirasakan mendapat peluang untuk mende katkan lagi hatinya pada Allah SWT. Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya. Bukan sahaja dia tidak marah malah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais mem- bebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentad- biran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab dan tanpa “kalau” lagi. Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terha dap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya). Demikian rasa marah lahir dari perasaan “ketuan an” yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar, kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain. Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaaf- kan kesalahan orang dan bertolak ansur dengan sesama manusia. Sebab kita manusia sama sahaja yang datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk hanyir, bodoh dunggu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali. Firman Allah: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur. (An Nahl: 78) Allah-lah yang mencantikkan kita kemudiannya dan diberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap sahaja. Tujuan- nya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur). Bukan untuk kita rasa kita lebih mulia, kita hebat hingga datang pula perasaan-perasaan sombong, riak, bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita. Sepatutnya bila kita rasa ada kelebihan pada kita, kita jadi takut pada Allah. Takut kalau-kalau nikmat itu tersalah guna hingga menderhakai Allah Taala dan berdosa pada manusia. Takut kalau-kalau nikmat itu menjadikan hati rasa “tuan” maka timbullah sifat ego yang besar yang membiakkan bermacam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah. Firman-Nya: Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakit mereka. (Al Baqarah: 10) Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa “ketuanan” kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi. 1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. Kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. Kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuatkan kita sentiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita. 2. Bila datang rasa hendak marah kita kata begini: ‘Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu. Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka. 3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?
3. GILA DUNIA Gila dunia juga adalah penyakit hati atau satu maz- mumah yang menghalang kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni penghalang untuk mencapai darjat kerohanian yang tinggi). Seorang pencinta dunia ialah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluas dan membanyakkan ketinggian dan kekayaan di dunia maka fikirannya sentiasa bekerja untuk tujuan itu dan lahirnya ia bertungkus lumus untuk itu. (Dunia ialah segala sesuatu yang tiada manfaatnya untuk Akhirat; sebaliknya apa sahaja perkara yang boleh diuntukkan pada akhirat maka ia bukan lagi disebut dunia). Lawan kepada penyakit gila dunia ialah sifat zuhud iaitu hati yang tiada keinginan kepada sesua tu yang tiada manfaat untuk akhirat. Firman Allah: Itulah negara Akhirat (syurga) yang Aku jadikan (syurga itu) untuk orang-mang yang tidak menginginkanketinggian dan kerosakan di muka bumi ini. (AI Qashash: 83) Hati yang tiada keinginan untuk jadi “tuan” dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kero- sakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah bakal penghuni syurga. Firman Allah: Hari Qiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara’: 88-89) Mungkin kita bertanya: Bagaimana boleh saya buang keinginan kepada dunia yang indah ini? Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan-tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pula sangat cinta padanya? Pertama, ketahuilah bahawa ada antara dunia ini yang diharamkan dan wajiblah kita jauhi. Tentang yang dihalalkan, tidak berdosa kalau diambil tetapi janganlah berlebih-lebihan iaitu lebih dari keperluan. Rasulullah SAW pernah menyatakan benci kepada dunia, kerana dua perkara. Sabda baginda: Halalnya akan dihisab dan haramnya diseksa (dalam Neraka). Satu hari ketika baginda berjalan bersama saha- bat-sahabat, Rasulullah terjumpa seekor bangkai kambing. Baginda bertanya sahabat, ‘Mengapa bangkai ini dibuang oleh tuannya?” Sahabat menjawab, “Kerana ia tidak berguna lagi maka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya.” Maka bersabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang menguasai diriku, bahawa dunia ini lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya. Seterusnya baginda bersabda: “Dunia ini terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dulamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah.” Dari itu ketahuilah mengambil dunia ini lebih daripada keperluan atau bukan untuk mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya. Kalau begitu ia akan jadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita daripada Allah. Bagi orang yang menyedari hakikat ini tentu mereka tidak cinta lagi kepada dunia. Dunia yang nampaknya indah ini rupanya buruk sifatnya. Umpama bunga dedap, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tiada baunya. Atau umpama perempuan cantik yang jahat perangainya tentu tia da gunanya. Kita orang awam yang tidak kenal sifat dunia ini, kecantikannya menawan hati. Tetapi bagi bijak pandai, iaitu orang-orang arif seperti Nabi dan Rasul, para muqarrobin dan solehin, mereka kenal sangat dunia ini tentang buruk dan hinanya. Sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka ambil bahagian dunia ini yang tidak boleh tidak sahaja. Lebihnya adalah umpama najis pada mereka sebab itu mereka buang sahaja. Tugas kita sekarang mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita kepada Allah dan hari Akhirat akan timbul dan bernyala-nyala dalam dada kita. Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya: Harta, wang ringgit, pakaian, makanan, kenderaan, tempat tinggal dan lain-lain kekayaan kita yang halal yang kita “bank”kan selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah. Kedudukan kita, jawatan, pangkat, nama yang masyhur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian kita yang memungkinkan kita rasa “tuan” di dunia ini hendaklah dialatkan untuk mencari keredhaan Allah sama ada untuk menegakkan hukum Allah, mempergiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlas dalam pentadbirannya dan membuka peluang-peluang yang banyak untuk Islam dan umatnya. Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia hanya kerana keserono kan duniawi tetapi arahkan usaha itu kepada agama Allah untuk negara Akhirat yang kekal abadi. Bahagi-bahagikan isi dunia yang datang kepa- da hamba-hamba Allah yang lebih memerlu kannya. Kosongkan hati kita daripada keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi. Pintalah hidayah dan taufik Allah selalu agar kita menjadi seorang yang zahid yang berilmu yang menolak dunia kerana Allah sebagaimana yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW. Sabda baginda: Dua rakaat sembahyang dari seorang alim yang hatinya zuhud bbih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia kerana ibadah tanpa ilmu tiada bernilai. Firman Allah SWT: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginanan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga). Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik dari yang demikian itu ? Untuk orang-orang yang bertaqwa terhadap Tuhan mereka ialah Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Mereka itu selalu berdoa: “Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampuni- lah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa Neraka. ” (Ali Imran: 14-16) Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat.

Jumaat, 19 Oktober 2012

70 ribu Yahudi Isfahan Di Iran Akan Bersama Dajjal

Yang mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034: "Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: 'Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi."
Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang katanya anti-Zionis! Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka. Padahal, orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat. Bandingkan dengan sinagog yang bertebaran di bumi Iran. Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. Ahli Parlimen Iran Morris Motamed (yahudi) Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa? Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini. Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy. Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Dan mereka menganggap Isfahan sebagai kota yang lebih khusus lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur. Sejarah sudah menyimpan hal ini, dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan. Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak-anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.-detikislam Berikut Adalah Senarai Penuh Huil Yahudi Di Iran Yang Dikenali Sebagai Sinagogue Kenisa-ye Bozorg (Mirakhor's kenisa) (Isfahan) Abdollah Zadeh Synagogue (Tehran) Abrishami Synagogue (Tehran) Bagh Saba Synagogue (Tehran) Del Rahim Synagogue (Shiraz) Ettefagh Synagogue (Tehran) Ettehad Synagogue (Tehran) Haim Synagogue (Tehran) Fakhrabad Synagogue (Tehran) Kenisa-ye Bozorg (Hamadan) Kenisa-ye Bozorg (Sanandaj) Kenisa-ye Bozorg (Shiraz) Kenisa-ye Kamal (Yazd) Kenisa-ye Keter David (Isfahan) Kenisa-ye Kohanim (Shiraz) Kenisa-ye Molla (Shiraz) Kenisa-ye Molla Mishi (Shiraz) Kenisa-ye Molla Owram (Shiraz) Kenisa-ye Molla Rabbi (Isfahan) Kenisa-ye Rabbizadeh (Shiraz) Kenisa-ye Sang-bast (Isfahan) Kenisa-ye Shokr (Shiraz) Khorassaniha Synagogue (Shiraz) Kohan Synagogue (Tehran) Kourosh Synagogue (Tehran) Levian Synagogue (Tehran) Mahariv Synagogue (Tehran) Mullah Jacob Synagogue (Isfahan) Mullah Neissan Synagogue (Isfahan) Nosrat Synagogue (Tehran) Rafi Nia Synagogue (Tehran) Rah-e Danesh Synagogue (Tehran) Synagogue of Gisha (Tehran) Tafian (Hakim)(pesyan) Synagogue (Tehran) Yusef Abad Synagogue (Tehran) Zargarian Synagogue (Tehran) Kalu Lu Tak Cukup Panas Baca Info Ini Tunggu Info Seterusnya... DR Yusof al-Qardawy yg dianggap sebagai antara penasihat kerohanian/ umum jemaah Ikhwan Muslimin ....dlm khutbah Jumaatnya di DOHA, QATAR pada 12 oktober 2012 telah mengisytiharkan IRAN, RUSIA dan CHINA sebagai negara2 musuh umat Islam zaman kini.... Mereka secara terang2an telah saling membantu dlm memerangi rakyat Syria skrg sejak lebih 18 bulan ini yg telah mengorbankan lebih 25 ribu nyawa umat islam yg tak berdosa.... ...manakala angka pelarian pula hampir mencecah 2 juta org.. Beliau meminta umat Islam yg bakal ke Mekah utk menunaikan Haji tahun ini supaya berdoa semoga Allah swt segera menghancurkan rejim2 tersebut khasnya IRAN yg disifatkannya telah mengkhianati umat Islam secara terang2an... ANTARA lain kata beliau: " Iran adalah musuh kita musuh (umat islam) dan umat arab...mangsa2 pembunuhan di Syria adalah akibat kerja2 orang Iran, China, Russia di samping tentera rejim Nusairi sendiri.." " org2 Iran telah berdiri bersama rejim Nusairi di Syria utk memerangi bangsa arab/ Syria semata2 utk memenuhi hasrat mereka menubuhkan kembali empayar Parsi mereka (yg telah musnah dulu).." " sejahat2 Shah Iran dahulu ia belum sampai utk memerangi suatu bangsa lain sebagaimana yg kamu lakukan skrg! (merujuk kepada kerajaan/ org Iran...) " demikian juga Hizbola Lubnan......yg telah tergamak mengirim pejuang2nya ke Syria...(utk tujuan yg sama)..akhirnya mereka pulang dengan membawa keranda2 berisi mayat pejuang2 mereka..." " wahai masyarakat Iran, takutlah kalian pada Allah swt terhadap tindakan kalian pada umat islam Syria saat ini...sblm Allah segera membalas tindakan kejahatan kalian dengan menimpakan balasan siksaan nya terhadap kalian semua.."- DR Yusof al-Qardawy lighting The First Fire Is Easy wasalam

Sembang Rakyat Jangan Samun Hak Rakyat: KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongk...

Sembang Rakyat Jangan Samun Hak Rakyat: KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongk...: Kedatangan Perdana Menteri Najib Altantuya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini rupanya bukan setakat law...

Selasa, 11 September 2012

Wangi-wangain Buat Jiin Muntah


Minyak wangi buat jin muntah.... Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia. Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut. Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual. Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Isnin, 10 September 2012

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?


Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
sumber

Sabtu, 8 September 2012

Kajian mengenai bulan dan sikap anda


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Zuriat


Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.

Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya
yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anakb yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah AnNahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman h idup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri..
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasu k di kalangan orang yang zalim"
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Dorongan Suami semasa isteri bersalin:
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala.
Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.


Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormone yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa Cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsidengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.


Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Menyambut Kelahiran Dalam Islam


Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.


Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita".

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Isnin, 23 Julai 2012

5 Perkara Racun Dan 5 Perkara Penawar

Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya . Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya . Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya . Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya . Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya .
Sabda Nabi S.A.W : akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara: Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati . Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab . Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur . Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat . Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah. Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian : hartanya untuk warisnya . Nyawanya untuk Malaikal Maut . dagingnya untuk ulat-ulat . tulangnya untuk tanah . amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

Ahad, 22 Julai 2012

Terjawab Sudah!! Mana keluar dulu Ayam atau Telur

Dalam proses kejadiaan seekor ayam apa yang kita lihat adalah seekor ayam akan menetas dari sebiji telur, Pernahkah korang terfikir yang mana wujud dahulu ayam mahupun telur? Kini terjawab sudah dimana satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik,Colin Freeman dari University of Sheffield telah membuktikan yang mana wujud dahulu samaada ayam atau telur.
yang mana wujud dahulu samaada ayam atau telur? Cukup mengejutkan, jawabannya adalah Ayam. Penjelasannya sebagai berikut: Seorang penyelidik british, Colin Freeman dari University of Sheffield, melakukan penyelidikan mengenai protein yang ditemukan pada cengkerang telur yang disebut ovocledidin-17. Dengan menggunakan sebuah superkomputer bernama HECToR yang berlokasi di Edinburgh, Skotlandia, Mr. Colin dan kumpulannya berhasil melakukan proses simulasi biomineralisasi iaitu proses pembentukan mineral atau organ solid di dalam mahluk hidup seperti yang dijelaskan pada tulisan ilmiahnya yang berjudul "Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein". Dari situ diketahuilah bahwa protein ovocledidin-17 ternyata juga ditemukan pada sel ovarium ayam. Protein ovocledidin-17 berfungsi untuk mempercepat pembentukan cengkerang telur sehingga dalam waktu 24 jam, telur akan siap dikeluarkan. Walapun bukan merupakan tujuan utama dari kajian, hal ini memberi jawapan atas pertanyaan "Lebih dulu mana ayam atau telur?". Dan jawapannya adalah ayam, dengan alasan dimana telur memerlukan protein ovocledidin-17 yang terdapat di dalam ovarium ayam agar terbentuk.

Bersahur Cara Rasulullah

Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923) Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar. Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120) Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643) Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664) Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919) Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan. Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187) Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920) Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114) Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921) Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda. Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah: 1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh. 2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya

Sabtu, 21 Julai 2012

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita...!!

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita. 1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka. 3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum. 6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Selasa, 26 Jun 2012

Khasiat Air Mani & Air Mazi Untuk Lelaki dan Wanita

Lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Khasiat Air Mani untuk Wanita Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri. Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Khasiat lain sperma untuk wanita: * Rambut isteri semakin hitam dan berkilat. * Mengurangkan jerawat. * Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira. Edah dan Air Mani Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru. Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad.

Tajuk Apa Hari Ini

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin