Jumaat, 17 Mei 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit. 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati). a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong). a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. b) Bersin i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 3. BATUK a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG. c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 4. KERONGKONG a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius. 5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman) a) Bibir pucat i) Sistem penghadaman yang lemah. ii) Perut mengandungi angin. iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin. 6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah. a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 8. KULIT Berpeluh : a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI a. Sakit Sendi i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism). iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 14. TANDA-TANDA DALAMAN A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. b) MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman 18. KENCING a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 19. BUANG AIR BESAR a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 20. BADAN a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah. 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : a) Sistem jantung yang lemah. b) Sistem saraf otak yang lemah. c) Masalah pengaliran darah. 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Selasa, 30 April 2013

Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua darjat..!!!

Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya tertangkap…. Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman : 4 tahun penjara 3 sebatan Kes amil ini direman bermula disebabkan : Dilantik oleh Majlis Agama untuk mengutip zakat telah ‘gagal’ memulangkan wang zakat yang dikutip Beliau telah melarikan wang kutipan zakat tersebut Ini satu jenayah. Justeru, beliau direman Akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Semoga jadi pengajaran buat semua. Lain kali, jangan sesekali menyalahgunakan duit zakat. Masih ramai lagi yang belum dapat bantuan & lebih memerlukannya. Kadang-kadang nak mohon bantuan zakat cukup sukar lagi. Jadi, yang salah tetap salah, tidak kira orang atas ataupun orang bawah yang buat. Salah tetap salah. Tidak boleh diselindung-selindung lagi. Jadi, kes untuk rakyat biasa telahpun selesai. Apabila kami membaca laporan kesalahan & hukuman yang dikenakan terhadap bekas imam ini, kebetulan pula kami ada keluarkan satu lagi kes rakyat Malaysia, kali ini melibatkan bertaraf menteri yang mana perbuatannya “lebih kurang sama sahaja bunyinya” dengan kes bekas imam di Kulaijaya, Johor ini. Pinjam, seleweng, salahguna duit zakat untuk tujuan menampung kos guaman kes Qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi yang peliknya masih lagi tiada tindakan yang selanjutnya daripada pihak yang berkuasa? Samada nak jatuhkan hukuman itu perkara nombor dua. Adakah situasinya masih lagi berbeza selepas disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara? Adakah nasib amil tadi akan berubah jika beliau terus buat bayaran semula duit zakat yang telah beliau gunakan itu? Apa pendapat anda?

Jumaat, 26 April 2013

Kenapa risau untuk berubah?

SEORANG teman pernah mengungkap ratap keluhannya tentang keadaan kecelaruan politik yang terpaksa ditempuhi hari ini. Pernyataan itu diungkap dalam catatannya di Facebook lebih kurang begini: “Barisan Nasional bukanlah pilihan, tetapi Pakatan Rakyat juga membimbangkan ...” Keluhan seperti ini sebenarnya dikongsi rasa kebanyakan anak muda hari ini yang sudah muak dengan perilaku pemimpin BN, dan dalam masa sama, mereka tetap berwaspada ke atas kelemahan Pakatan. “Apa pilihan yang ada?” demikian antara deretan pertanyaan orang-orang dalam kumpulan ini. Tajribah eksperimen dalam menukar kerajaan adalah sesuatu yang amat mahal harganya bagi mereka barangkali. Seolah-olah, jika ditakdirkan Pakatan memerintah, maka keadaan menjadi lebih buruk dan binasa teruk dibanding sebelumnya ketika di bawah BN. Sedangkan perbandingan antara BN dan Pakatan ini boleh dijelaskan dengan pernyataan: “Seburuk-buruk Pakatan adalah sebaik-baik BN.” Kelompok ‘atas pagar’ ini mesti diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk membuat penilaian secara bijaksana. Kelompok ini perlulah dimesrakan selalu dengan pujuk rayu bahawa “menukar kerajaan bukanlah salah atau satu jenayah”. Dan, hakikat ini (percubaan menukar kerajaan) sememangnya lumrah, dan sering berlaku di kebanyakan negara demokrasi. Dan, ketakutan ini sedang diciptakan Umno-BN setiap hari. Yang terhidang dan siap tersaji sebagai santapan fikiran umat hari ini adalah “keburukan menukar kerajaan”. Kita patut meluruskan semula garis-garis penyimpangan ini. Betapa eksperimen menukar kerajaan tidak sepatutnya digambarkan sebagai “jenayah.” Hal ini membuat Dr Mahathir Mohamad jadi resah selalu. Dr Mahathir rela meletakkan jawatan sebagai PM, tetapi beliau tidak merelakan kerajaan BN bertukar. Hal ini juga disokong Pengerusi KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen), Ahmad Lutfi Othman ketika cuba mengungkap beberapa pola pemikiran yang seringkali bermain di fikiran pengundi yang dahagakan perubahan, tapi dalam masa sama masih kekal berada di dalam zon curiga itu. “Dr Mahathir memang takut apabila rakyat cuba melakukan eksperimen menukar kerajaan ini,” begitu luahnya dalam suatu temubual ringkas bersama beliau di pejabat Harakah dekat Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Lutfi, memang ada kalangan rakyat yang berasa muak dengan BN, tetapi golongan ini juga masih kekal menaruh kewaspadaannya ke atas Pakatan, mungkin disebabkan pendedahan media tentang kurang persefahaman di antara parti-parti komponen. “Majoriti rakyat dan jelak dengan karenah Umno-BN terutama berkaitan kecurangan dan korupsi tetapi mereka juga diragukan untuk membuat perubahan,” tambahnya. Hal sedemikian tidak boleh dipersalah ke atas rakyat seratus peratus apatah lagi dalam keadaan BN masih menakluk media awam yang didanai rakyat. Jelas, ini bukannya demokrasi tulen. Bagaimanapun, dari sudut lain, Ahmad Lutfi turut menggesa golongan yang masih was-was dengan Pakatan agar berani mencuba. Pengalaman memerintah beberapa negeri dan pujian Ketua Audit Negara terhadap perjalanan ekonomi negeri masing-masing menjadi testimoni terbaik. “Perubahan hanya dapat dilakukan dengan menukar kerajaan, rejim yang telah memerintah hampir 6 dekad sudah mempunyai banyak peluang tapi disesiakan begitu saja,” kata Ahmad Lutfi. Baginya, perubahan pemikiran rakyat itulah yang lebih diutamakan sebenarnya. “NGO dan masyarakat sivil contohnya mestilah diperkasakan,î kata beliau lagi sambil menekankan sikap terbuka pemimpin Pakatan bila memerintah nanti. Ahmad Lutfi turut menekankan, perjuangan rakyat tidak berakhir hanya keran Pakatan berhasil menggulingkan BN kelak. Daripada segi lain, beliau menyeru rakyat agar melihat kepada kekuatan gerakan massa sebagai jentera yang paling utama dalam usaha membentuk suasana politik yang baharu. Paling mustahak, tegasnya, sebarang kebimbangan atau kerisauan untuk menukar kerajan mesti dibuang. Rakyat harus diyakinkan bahawa penggiliran parti pemerintah adalah kelaziman dalam sebuah negara demokrasi. “Sistem pentadbiran awam kita sudah kukuh, dan ia tidak akan terganggu, malah diperkukuhkan lagi apabila Pakatan memerintah. Cukuplah 57 tahun rakyat beri kesempatan kepada Umno, bukan tidak ada jasanya tetapi lebih baik kita mencari sesuatu yang lebih baik, ‘kan?” katanya. Setelah mengundi nanti, maka berdoalah dan bertawakallah dan terus-menerus berusaha agar keadaan akan menjadi semakin lebih baik dibanding hari-hari sebelumnya di bawah pentadbiran zalim Umno-BN. Ahmad Lutfi sempat memaklumkan perkembangan membanggakan tentang sambutan derma orang ramai terhadap kempen dana penerbitan KAMI, yang dilancarkan Dr Haron Din baru-baru ini. “Alhamdulillah, KAMI sudah mengedarkan lebih 70,000 naskhah sisipan Bangkit secara percuma dan banyak lagi akan dibekalkan kepada pengundi, termasuk bahan penerbitan mengenai keperluan untuk melakukan perubahan,” tambahnya.

Rabu, 24 April 2013

Isnin, 22 April 2013

Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud.

Manusia, apabila diberikan sesuatu kelebihan oleh Allah akan mula jadi takbur, sombong, riak, bongkak dan lupa diri kecuali mereka yang punya keikhlasan hati, tawadduk, iman dan taqwa kepada Allah. Begitulah apa yang terjadi di Gombak baru-baru ini. Serangan di ceramah Pakatan Rakyat di serang oleh kumpulan samseng UMNO yang tidak berakhlak yang diketuai oleh Ketua UMNO kawasan Gombak yang juga merupakan anak kepada Mahaguru Silat Lincah Malaysia. Sepatutnya kelebihan bersilat yang dianugerah Allah digunakan untuk kebaikan, meleraikan jika didapati ada dua puak yang bergaduh secara baik dan mesra, tetapi sebaliknya yang ditonjolkan ialah mereka ingin menunjukan mereka hebat, jaguh dan tidak ada siapa yang boleh menentang mereka kerana mereka ahli silat dan penyokong tegar UMNO. Apakah mereka yakin dengan silat mereka itu tidak ada siapa yang boleh mengalah dan menumbangkan mereka? Inilah golongan yang syirik kepada Allah dengan meresakan mereka punya kehebatan dan kuasa dan bebas berbuat apa saja. Inilah perangai dan akhlak Zionis dan iblis sebenarnya. Persatuan silat lincah ini memang sudah diketahui akan kecondongan mereka kepada UMNO selama ini apatah lagi persatuan mereka mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan UMNO. Namun kini budaya samseng dalam UMNO juga telah terpalit dalam persatuan ini seolah-olah mereka menjadi perlindung kepada budaya ganas dan samseng UMNO. Apakah ini tujuan sebenar Persatuan Silat Lincah ini ditubuhkan? Jika kamu hendak tunjuk hebat sangat, hantar sahaja kesemua ahli kamu ke Palestin itu berdepan dengan Israel, jika berani. Pasti mereka tidak akan berani kerana dalam UMNO walau siapa pun mereka, sifat untuk berjihad tidak ada dalam diri mereka, yang ada cuma sifat untuk menyusahkan orang, memporak-porandakan perpaduan rakyat dan merompak harta rakyat. Mereka cuma berani di sini sahaja itu pun kerana dilindungi oleh UMNO dan polis. Kami dari pembangkang tidak sedikit pun gerun dengan silat kamu kerana kami hanya takut kepada Allah. Jika Allah mengizinkan kami menumpaskan kamu, insyaallah tidak ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun kamu membawa Mahaguru silat kamu yang terkenal dengan samseng dan takburnya itu. Jika beginilah sikap dan akhlak puak UMNO, apakah rakyat ingin lagi menyokong dan menyokong UMNO? Tidak mustahil, dimasa hadapan jika UMNO masih berkuasa lagi, mereka akan menggunakan samseng seperti ini untuk mengugut dan merampas harta atau tanah-tanah rakyat untuk digadai atau dijual untuk mendapatkan untung atas angin dengan alasan untuk pembangunan, jika ada rakyat yang ingkar terutamanya di kampung-kampung akan dibelasah, dihalau dan dibakar rumah mereka. Tidak mustahil ini boleh berlaku. UMNO akan berbuat apa sahaja jika mereka terus diberikan kuasa untuk memerintah. Keganasan yang mereka lakukan sekarang adalah bukti bahawa mereka akan sanggup melakukan lebih dari itu dimasa akan datang sekiranya apa yang mereka inginkan dihalang. Oleh itu dicadangkan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas PRU13 nanti, pastikan Kerajaan baru nanti juga turut mengharamkan Pertubuhan Silat Lincah ini dari terus bertapak dalam negara ini. Batalkan pendaftaran mereka dan haramkan semua aktiviti mereka kerana persatuan ini sudah menjadi bahaya dan mula bergerak ala keganasan sekarang ini. Rakyat ingin berceramah diugut dan diserang. Tanah-tanah milik rakyat (orang Melayu) digadai secara paksa. Rumah-rumah Allah boleh diroboh, disekat dari dimakmurkan. Biasiswa untuk pelajar anak-anak orang miskin dan tidak menyokong UMNO dinafikan. Bantuan untuk rakyat miskin disekat kecuali yang menyokong UMNO. Pelajar-pelajar di luar negara yang tidak mirip kepada UMNO dinafikan hak bantuan kewangan dan tempat tinggal. Agensi penguatkuasa undnag-undang yang sepatutnya menegakan keadilan, menjaga keselamatan rakyat diperkudakan untuk kepentingan pemimpin UMNO. Rakyat bawahan buat salah kecil pun diambil tindakan seperti penjenayah sedangkan dalam masa yang sama pemimpin UMNO dan anak beranak mereka bebas buat sesuka hati walaupun melanggar undang-undang dan menindas rakyat dan banyak lagi kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO semenjak mereka memerintah. Polis nampaknya seperti hilang taring bila berdepan dengan UMNO. Mereka khianat kepada amanah dan tanggungjawab semata-mata untuk menjaga UMNO. Negara ini bukan milik UMNO. Rakyat seolah-olah jika ingin bebas dan mahukan sesuatu mesti menyokong UMNO. Harta negara ini bukan milik UMNO. Ingatlah, sekiranya rakyat masih memberi mandat dan menyokong UMNO dan PRU13, tunggulah kezaliman yang berganda akan mereka lakukan nanti. Mereka tidak akan peduli apa yang rakyat hendak bantah atau pertikaikan kerana bagi mereka dalam masa untuk menunggu PRU14, mereka akan buat apa saja kerana rakyat tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Ingatlah sebelum terlambat. Golongan yang begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan UMNO ialah golongan yang ada kepentingan peribadi dan anak beranak bukan untuk membela orang Melayu dan rakyat. Oleh itu, jangalah mudah terpedaya dengan hasutan, lakunan dan pujuk rayu mereka supaya rakyat menyokong UMNO lagi. Mereka semua hanyalah iblis yang bertopengkan manusia sahaja. Penipu, pendusta, penyangak, pengkhianat dan penindas rakyat yang manis dimulut dan senyuman dibibir yang dibuat-buat sedangkan mereka lebih bahaya dari racun. Rakyat dan negara tidak akan pernah selamat lagi sekiranya UMNO dibiarkan terus wujud lagi. Hancurkan UMNO, tumbangkan UMNO. “Ya Allah, hancurkan UMNO dengan sehancur-hancurnya, Engkau porakporandakanlah serta pecah-pecahkanlah hati-hati puak-puak mereka sehingga mereka berpecah dan menzalimi sesama sendiri. Kezaliman, penipuan, penindasan serta penghinaan mereka terhadap kami sudah keterlaluan dan sudah melampau, Ya Allah. Lindungilah kami Ya Allah dari puak UMNO ini dan janganlah engkau kumpul atau masukan kami dalam golongan UMNO ini samada di dunia atau di akhirat. Janganlah engkau condongkan hati-hati kami untuk bersama, menyokong atau rasa simpati terhadap golongan zalim, penindas dan penipu ini, Ya Allah. Hancurkanlah, tumbangkanlah, musnahkanlah UMNO ini demi untuk menyelamatkan Islam, negara, aqidah, akhlak, harta dan keselamatan kami semua Ya Allah. Amin”. Wallahualam.

PRU 13: Panas, celaru dan sesak

Pilihan Raya Umum ke-13 ini ialah yang pertama dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bagi Barisan Nasional, dan kali pertama Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya umum bersama selepas ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Selesai penamaan calon pada 20 April lalu, pilihan raya kali ini mencatat sejarah dengan jumlah 579 calon merebut 222 kerusi Parlimen, dan 1,321 bersaing di 505 kerusi negeri, dan tiada satu pun kerusi dimenangi tanpa bertanding. Pilihan raya umum kali ini muncul menjadi pilihan raya yang dikuasai isu-isu panas sehingga menyentuh pelbagai hal sensitif, bercelaru dengan parti-parti pemerintah dan pembangkang menyaksikan jumlah besar ahli bertanding bebas dan pada masa sama gagal mencapai persefahaman asas bertanding satu lawan satu menentang BN, dan jumlah calon yang banyak hingga berlaku persaingan sehingga tujuh penjuru. Barisan Nasional Kebimbangan menghadapi tentangan ahli menjadi realiti apabila lebih 20 ahli bertanding bebas tanpa mandat parti, dan menghadapi tindakan pecat. Ini berlaku selepas proses panjang pemilihan calon, yang dilihat mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan pengundi muda dan mengemukakan imej baharu yang lebih segar kepada pengundi, selepas bencana Pilihan Raya Umum ke-12. Paling berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Muka-muka baharu yang ramai dicalonkan memungkinkan tindakan protes daripada orang lama yang tidak berpuas hati. BN walau bagaimanapun kelihatan mempunyai keyakinan baharu untuk menhadapi pilihan raya kali ini. Pakatan Rakyat Persetujuan paling asas dalam pilihan raya, satu lawan satu menentang BN gagal dilaksanakan, apabila bertembung sesama sendiri di tujuh kerusi; satu persekutuan dan enam negeri, melibatkan PKR dan PAS. PKR dan DAP juga menghadapi ahli bertanding bebas ekoran tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan utama parti. Isu pertembungan sesama sendiri menjadi berita panas dalam kalangan PR seminggu sebelum penamaan calon. Perkembangan ini jauh sekali daripada kegembiraan selepas pilihan raya 2008, dan semangat yang diperhatikan sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, kempen PR kali ini muncul sebagai kempen paling yakin dalam usaha menggantikan BN sebagai kerajaan di peringkat persekutuan. Kerusi marginal Kerusi-kerusi dimenangi dengan majoriti tipis menjadi perhatian dalam setiap pilihan raya, dan dalam persaingan yang dijangka sengit kali ini, kedua-dua BN dan PR berharap dapat merampas kerusi-kerusi panas ini, seperti PAS yang mensasarkan Arau dan BN mensasarkan Kuala Selangor. Sejumlah 14 kerusi Parlimen di seluruh negara dimenangi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kurang 1,000 undi. Negeri-negeri medan persaingan utama Selangor, Terengganu, Perak, Kedah dan Kelantan kesemuanya mempunyai jumlah kerusi marginal yang agak banyak. Daripada 32 kerusi negeri di Terengganu, 12 dimenangi dengan majoriti bawah 1,000 undi. Parti-parti kecil Parti yang melalui laluan sukar sejak penubuhan, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, bertanding di dua kerusi persekutuan dan 11 negeri. Parti Berjasa kembali bersaing, mengambil kesempatan daripada sentimen negatif terhadap PAS, dengan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan lima kerusi negeri. Pilihan raya kali ini akan menjadi medan ujian kepada parti-parti kecil terbabit, mengukur sejauh mana kemampuan dan populariti mereka. "Malaysian spring" Jangkaan tentang protes massa besar-besaran pada Pilihan Raya Umum ke-13 sentiasa menjadi topik yang diperdebatkan antara dua gabungan utama BN dan PR, dengan masing-masing menuduh pihak lawan akan mencetuskan kekacauan sekiranya tewas. Pelbagai petunjuk memberi gambaran kecenderungan sesetengah pihak dalam kalangan penentang BN untuk mencetuskan protes massa "Malaysian spring," sekiranya tidak berpuas hati dengan tahap integriti pilihan raya kali ini. Politik berasakan kaum Sekuat mana pun retorik disuarakan kedua-dua belah pihak sama ada BN mahupun PR, politik berasakan kaum masih menjadi senjata penting kempen politik di negara ini. Pemilihan kerusi untuk ditandingi tidak dapat mengabaikan komposisi pengundi, isu ketuanan Melayu masih menjadi bahan kempen Umno, sebahagainnya digunakan untuk menafikan beban sejarahnya sendiri yang penuh dengan pencabulan amanah, dan kebimbangan terhadap dasar dan peraturan bersumberkan Islam masih dimomokkan kepada pengundi Cina. Ketiadaan debat ideologi Hampir semua isu kedua-dua kumpulan utama, BN dan PR berasaskan kepada isu, dengan kedua-dua menaburkan janji-janji populis. Pemerhatian terhadap ideologi parti-parti bertanding kebanyakannya disembunyikan dengan petikan-petikan kenyataan ringkas dan pelbagai imej dan simbol pop. Kebangkitan liberal dan reaksi konservatif kurang dinilai dengan lebih mendalam di media. Sentimen kelihatan menguasai hampir sepenuhnya pilihan raya kali ini.
Blog Widget by LinkWithin