;

Selasa, 21 September 2010

Seks penawar terbaik bagi suami isteri atasi tekanan

Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.

Dr. Narayana Reddy berkata, slogan ‘penyembuhan seksual’ di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti seks dianggap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.

Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial,” katanya kepada Bernama.

"Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria,” kata Dr. Narayana yang berpangkalan di Chennai.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin