Rabu, 16 November 2011

Mandian Syurga rangsang suami isteri


Mengapa malu melakukan aktiviti mandi bersama yang merangsangkan anda dan suami? Bukankah ia halal dan menjadi amalan Nabi SAW dan isteri baginda Aisyah RA? Namun begitu jangan hanya amalkan mandi bersama saja untuk merangsangkan cinta anda berdua tapi cubalah beberapa petua mandian yang sebenarnya lebih penting diamalkan untuk pasangan suami isteri supaya cinta mereka kekal selama-lamanya hingga ke syurga. Mandian syurga ini terdiri dari tiga wangian mandian, antaranya ialah:

1. Wangian taubat
2. Wangian ujian
3. Wangian ibadat

Apakah ramuan wangian taubat itu?

Seorang suami yang bermasalah dengan sikap dan sifatnya yang kasar atau tidak bertanggung jawab dalam memberi nafkah kepada isteri, merendah-rendahkan maruh isteri, mendera fizikal dan mentalnya, suami sebegini memerlukan wangian taubat sebagai penawar penyakitnya. Begitu juga isteri yang suka membuli suami, membelanjakan hartanya dengan boros, menjual murah maruahnya tanpa segan malu kepada lelaki lain dan tidak menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami, sememangnya kedua-duanya perlu dibersihkan sebersih-bersihnya dengan mandian wangian taubat.

Jika mahu perkahwinan kembali bahagia, suci dan bersih dari sebarang penyelewengan, semestinya mereka tundukkan hati dan bertanya kepada diri sendiri, mahu ke manakah hidup ini dikemudi? Pasangan yang mahukan bahagia pasti akan berusaha sekuatnya mencari jalan keluar dari masalah yang mereka hadapi dan sememangnya hanya satu jalan saja yang pertama-tama mereka harus pilih iaitu bertaubat kepada Allah SWT. Taubat membawa maksud menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lagi, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat: 135)

Kalau hanya setakat menyesal kemudian berterusan dengan sengaja melakukan dosa lagi, ia tidak akan merubah apa-apa. Bertaubatlah dengan sebenar-benarnya bersama pasangan anda. Walaupun anda berdua tidak pernah melakukan dosa besar tapi bertaubatlah dari kelalaian kerana dunia, sifat sombong dengan amal baik dan melengah-lengahkan ibadat. Bertaubatlah dari sifat tidak bersyukur kepada pasangan anda, suka mencari kesilapannya, enggan membantu jika dia kesusahan dan mungkin sesekali hati anda pernah berpaling kepada wanita lain selain isteri atau lelaki lain selain suami.

Wangian yang kedua ialah wangian ujian. Orang beriman akan melalui proses pembersihan sebelum mereka berjumpa Allah SWT. Melalui ujian dunia yang menyakitkan yang datang silih berganti, orang mukmin yang sabar akan dihapuskan dosa-dosanya. Dalam berumahtangga tidak mungkin kita terlepas dari sebarang bentuk cabaran, ia pasti hadir di tengah-tengah keseronokan bercumbu kasih dengan pasangan. Jadi, nikmati saja wangian ujian itu bersama suami anda kerana ia akan membuat anda berdua bersih dari sebarang dosa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah sekali-kali seorang mukmin ditimpa kesulitan, kecemasan, kepayahan dan kesedihan hatta duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kadangkala isteri tidak banyak masa untuk melayan suami kerana tugas-tugas rumahtangga dan kerjaya, suami hendaklah bersabar dengan ujian sebegini, elok lagi jika dia bersedia meringankan kerja-kerja isteri agar kemesraan itu dirasa bersama dalam susah dan senang.

Setelah mandi dengan dua wangian tadi maka sempurnakanlah bilasan terakhir anda dengan wangian ibadah. Wangian ini amat berkesan untuk membersih daki-daki dosa kecil yang sering dilakukan setelah sebelumnya dosa besar dicuci dengan wangian taubat. Ibadah solat menjadi penghapus dosa setiap hari sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat lima waktu, solat Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa-dosa kecil yang dilakukan di antara keduanya selagimana dosa besar dihindari.” (Hadis riwayat Imam Muslim dan Tirmizi)

Manakala zikrullah amat elok diamalkan bagi mereka yang kesuntukan masa. Ia tidak perlukan wuduk atau menutup aurat dan amat ringan dilakukan padahal amat berat pada timbangan amal. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiap yang berzikir 100 kali iaitu Lailahaillallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syai’in qadir. Nescaya dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus 100 kejahatan, pahala sama seperti memerdekaan 10 orang hamba dan menjadi pemelihara baginya dari gangguan syaitan pada hari itu hingga petang harinya.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kesemua wangian tadi menemani anda dan suami setiap hari. Insya Allah rangsangan cinta itu akan lebih kuat dan segar kerana wangian ini membawa kepada kenikmatan syurga sebenar.

FORMULA MENDAPATKAN KETENANGAN HATI


Ketenangan hati adalah punca kebahagiaan. Jika ia dapat dibeli dengan wang ringgit, sudah tentu orang yang memiliki kekayaan sahaja yang dapat tersenyum lebar. Atau mungkinkah ketenangan hati hanya boleh dirasai oleh orang yang glamor dan terkenal, cantik, seksi atau segak sahaja? Tidak semudah itu meletakkan harga ‘ketenangan’ pada apa yang mereka miliki. Bukankah Allah Taala Maha Adil. Rupanya ketenangan itu bersifat abstrak dan susah untuk diprediksi. Si miskin yang tinggal di rumah usang di pinggir desa pun mampu tersenyum bila mendapat seratus dua ringgit sebulan, hasil usaha dengan hati yang cekal dan gagah mengharung nasib. Berbanding mereka yang mengeluarkan seribu dua ribu ringgit untuk melepak di hotel-hotel terkemuka tetapi berhati risau dan sedih, takut dan pengecut menerima suratan takdir. Ada yang mengorbankan maruah dan sifat manusiawinya untuk kemewahan semata, padahal dia tidak mampu memberi ‘ketenangan’ yang diimpikannya selama ini.

Ketenangan yang dicari menjadi formula yang amat berharga. Di manakah ia tersembunyi? Ada yang mencarinya di tempat yang salah, ada juga yang menemuinya di tempat yang betul tetapi terseleweng akibat kecetekan ilmu. Sesungguhnya ketenangan itu milik Allah Taala, hanya Dia yang boleh meletakkannya di dalam hati makhluk-Nya. Manusia boleh mencari ketenangan semahunya tetapi sayang, ke manapun dia pergi sulit untuk dijumpai. Rupanya Allah Taala belum berkenan menitiskan ‘benih ketenangan-Nya’ ke dalam hati si pencari ini. Padahal telah banyak air mata yang ditumpahkannya untuk membeli ketenangan abadi. Kasihan sungguh orang seperti ini. Hanya belaian rahmat Allah Taala saja yang mampu mengusap air matanya.

Hamba ini tak tahu bahawa ketenangan yang dicarinya selama ini berada dekat di hatinya, tempat yang disinggahi para malaikat, di situlah hujan rahmat sentiasa turun mendamaikan jiwa. Di manakah destinasi itu? Ketenangan hanya dapat anda rasai bila berada dekat dengan Allah Taala. Dekat sedekat-dekatnya, hingga kita tidak pedulikan apa-apapun melainkan Dia. Mengapa manusia lupa bahwa hanya Allah saja yang Maha Tahu formula yang paling baik untuk mendapatkan ketenangan? Bukankah Allah Yang Maha Mencipta pasti memegang segala rahsia kebahagiaan? Allah Taala telahpun menurunkan syariat-Nya yang mengandungi formula-formula yang hebat itu. Tetapi manusia justeru memilih formula yang lain. Semakin dia menjauh diri dari Allah SWT, semakin tersiksa batinnya. Hawa nafsunya semakin tenat kerana tidak pernah puas mencari kebahagiaan palsu.

Formula ketenangan itu ada pada ilmu yang bermanfaat. Carilah rahmat Allah SWT di atas lembaran-lembaran al-Quran, terangilah jalan anda dengan suluhan Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda. Ketenangan berpunca daripada destinasi ini. Iaitu kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dengan menuntut ilmu, mengkaji dan mengamalkannya. Nescaya kita tetap berada pada landasan yang betul walaupun zaman berubah.

Ahad, 23 Oktober 2011

3 Hutang yang mendapat jaminan dan pujian Allah SWT


1- Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus dalam kancah maksiat.

2- Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di Jalan Allah SWT.

3- Berhutang untuk mendapatkan kain kafan bagi menyempurnakan jenazah yang mati.

Khamis, 20 Oktober 2011

Padah apabila abai keinginan seks suami


Mood suami isteri kadang-kadang tak sama. Saat isteri sibuk suami pula mahu dibelai. Begitu juga isteri yang rindu tetapi suami tak dipeduli, tentu tersiksa rasanya. Mengapa pendamkan rindu anda, cakap saja yang anda mahukan si dia saat ini. “Pulanglah atau saya tinggu awak sekarang di bilik romantik kita!” Mesejkan saja begitu, biarkan suami anda berdebar-debar. Tidak salah memaksa pasangan untuk bersama anda saat yang amat anda mahukan. Ketundukan pasangan mengikut saja kemahuan anda menunjukan dia amat mengambil berat terhadap perasaan anda.

Bagaimana pula jika anda benar-benar sibuk tetapi suami mahukan anda saat itu juga. Isteri yang meletakkan prioriti hatinya untuk suami tidak akan tergamak meninggalkan suami kerinduan. Melainkan ada sebab-sebab dendam peribadi yang belum selesai! Mana boleh bersama jika hati masih sakit? Suami pula tak faham perasaan isteri, mahu paksa saja tanpa usul periksa, akhirnya kedua-duanya bertemu dalam keadaan isteri tidak reda, suami pula tak mendapat kerjasama isteri.

Hakikatnya ramai suami isteri boleh menyelesaikan konflik mereka hanya dengan berada di atas katil dan melakukan aktiviti seksual, lepas itu semua masalah boleh selesai tanpa perlu perbincangan. Kepuasan seks keduanya lebih berkesan lagi daripada berbincang tapi tak selesai. Ada juga yang melakukan pendekatan selepas melakukan seks lalu berbincang dari hati ke hati. Inilah yang paling elok untuk diamalkan kerana saat kepuasan sudah dikecapi, kedua-duanya berasa tenang dan mudah untuk memahami satu sama lain dalam keadaan yang seronok sebegini.

Jika isteri abaikan pelawaan suami maka tidak akan berakhir konflik mereka sampai bila-bila. Berbincang saja tidak akan menyelesaikan masalah. Ia mesti dibincang dengan sentuhan dan kepuasan layanan. Singkirkan dulu ego anda dan taatilah perintah Allah supaya isteri mentaati suami selagimana dia tidak menyuruh bermaksiat kepada Allah. Kalau anda masih marah, buat-buatlah merajuk tapi manja. Tunjukkan bahawa anda minta dipujuk, didengar segala keluhan, difahami perasaan yang terbuku, akhirnya tunjukkan yang anda mahu diperlakukan dengan lembut. Suami pula jangan buat-buat tak tahu, jangan anggap seks boleh selesaikan segalanya, boleh jadi isteri tak puas lagi dan dia memerlukan lebih dari sekadar seks iaitu sentuhan hati.

Tetapi, isteri jangan sesekali lari dari sentuhan suami akibat terlalu marah. Buruk padahnya jika menutup pintu perdamaian dengan suami. Boleh jadi sikap anda ini akan menjadi kebiasaan buruk yang merosakkan mood suami, kasih sayang boleh terjejas dan tidak ada kekecewaan yang paling dalam dirasai suami sedalam kekecewaan dipinggirkan isteri sendiri.

Suami tak boleh menunggu jika rindunya datang. Isteri mesti memahami keghairahan suami lebih penting dari memasak di dapur atau menyusukan anak atau mengemas rumah. Mengikut kehendak suami bukan bermakna anda menjadi hambanya, bahkan sebenarnya anda telah menjadi ratu di hatinya. Kedudukan anda begitu hebat di jiwanya, sehingga suami berasa andalah satu-satunya yang dapat menolong ketika itu. Dia umpama anak kecil waktu itu. Andalah penyelamat suami yang dahagakan kasih sayang, bukan hamba seks atau mangsa dera sebagaimana yang selalu dikobar-kobarkan aktivis hak asasi wanita. Kecuali memang sahlah suami anda zalim, menganiaya tubuh badan anda, takkanlah setakat menyakiti hati kerana tak ikut kemahuan isteri maka suami boleh semena-menanya dijauhi?

Kalau isteri benar-benar bijak, dia akan mengambil peluang dari kelemahan suami yang sedang rindu ini. Isteri secara halus menguasai suami ketika suami benar-benar memerlukannya. Nyatalah sebenarnya isteri lebih berperanan daripada suami yang tewas kerana kerinduan, isteri boleh memainkan mood suami sehingga dia merasai ketenangan. Tangan anda yang membelainya dengan lembut sesungguhnya memiliki kekuatan berbanding ego suami.

Jika anda boleh mengalahkan ego anda sendiri nescaya anda boleh mengalahkan suami anda. Semua kejayaan hanya dapat diperolehi setelah anda mengawal diri sendiri. Tiada siapa yang menang dan kalah dalam percintaan. Orang yang saling mencintai tidak akan memiliki perasaan terpaksa, terdera, terancam oleh pasangannya. Kerana cinta akan melahirkan perasaan rela dan reda hati kepada pasangan. Inilah darjat cinta tertinggi.

Rindu suami mesti diubat cepat-cepat, jangan tunggu sampai moodnya hilang, nanti anda sendiri rugi masalah pula tak selesai bahkan makin menjadi. Jika ia memanggil untuk bersama, inilah peluang keemasan yang tidak harus ditolak. Kepuasan jasad dan perasaan mesti dicari bersama, jangan setengah-setengah! Setelah puas maka berbincanglah soal hati. Barulah kita faham maksud dan kenyataan yang diluahkan Rasulullah SAW kepada para isteri dalam sabdanya yang bermaksud: “Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, hendaklah isteri melayaninya walaupun dia sedang memasak di atas dapur api.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Para isteri hendaknya menjadikan hubungan intim itu sebagai peluang menakluk hati suami bukan malah merasa terdera.

Rabu, 19 Oktober 2011

20 Keistimewaan Wanita


Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.



4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.



5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.



6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.



8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.



9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.



12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)



15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.



17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.



19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.



Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

Ahad, 16 Oktober 2011

10 MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN SEX


Strawberry. Buah dengan penampilan yang segar dan menggiurkan ini mengandung antioksidan dan memperbaiki sirkulasi darah. Jika sirkulasi darah Anda lancar, tentunya tubuh Anda terasa lebih segar dan siap untuk menghadapi “serangan” yang panas dari pasangan. Olah strawberry sebagai smoothies, campurkan ke dalam cornflakes, atau celupkan ke dalam cokelat cair.

Telur. Entah direbus, diceplok, didadar, telur mengandung vitamin B6 yang membantu tubuh menyeimbangkan level hormon dan mengatasi stres. Apakah suasana di kantor telah menurunkan mood Anda dalam bermesraan dengan suami? Buatlah roti isi telur, atau makanan lain yang mengandung vitamin B6, seperti bayam, wortel, kacang polong, biji bunga matahari, bibit gandum, atau ikan, untuk memperbaiki mood Anda.

Steak. Daging sapi dan daging unggas berwarna gelap dapat membantu kendali produksi prolaktin dalam tubuh, yaitu hormon yang pada kadar yang tinggi dapat mengurangi dorongan seks Anda. Namun Anda yang lebih menyukai sayuran pun bisa mendapatkan semangat atau dorongan yang sama dari nasi merah, roti gandum, sayuran berwarna hijau, dan keju yang lunak (seperti Cheshire atau Lancashire).

Bawang. Nafas bau bawang memang enggak seksi, tetapi itu kalau hanya terjadi bila Anda berciuman tanpa menggosok gigi lebih dulu. Kenyataannya, bawang merah atau bawang putih memperlebar pembuluh darah dan memperbaiki sirkulasi darah di tubuh bagian bawah. Tumis brokoli bawang putih, atau kebab daging dan bawang boleh Anda nikmati beberapa jam sebelumnya.

Cokelat. Nah, ini dia biangnya. Ada alasan mengapa makanan ini menjadi pilihan mayoritas wanita. Cokelat berisi senyawa yang disebut methylxanthine, yang memicu pelepasan hormon dopamine dalam tubuh. Lepasnya hormon dopamine dapat memberikan rasa kesenangan pada diri Anda, dan membuat Anda meleleh ke dalam pelukan Si Dia.

Jeruk. Buah ini kaya dengan vitamin C, yang meningkatkan stamina tubuh dan memerangi flu. Manfaat lain jeruk yang tidak Anda ketahui adalah meningkatkan kadar oxytocin, hormon yang mendorong Anda untuk bersentuhan dengan orang lain, entah dengan memeluk atau meringkuk ke dalam pelukan Si Dia. Bosan dengan jus jeruk, masukkan saja potongan buah jeruk ke dalam salad atau jadikan saus crepes.

Oatmeal. Makanan yang biasa Anda jadikan sarapan ini tidak hanya baik untuk menurunkan kolesterol, tetapi juga meningkatkan kadar testosteron di dalam darah. Seperti yang Anda ketahui, hormon testosteron penting bagi kesehatan pria maupun wanita. Fungsinya antara lain adalah meningkatkan libido dan energi!

Jahe. Entah Anda olah sebagai wedang jahe, atau Anda kunyah di sela-sela menikmati sushi, rempah ini mempercepat metabolisme Anda sehingga tubuh Anda mendapatkan energi seksual yang baru.

Kacang walnut. Snack ini mengandung asam lemak, yang merupakan komponen utama dalam hormon seksual. Kudap kacang ini begitu saja, atau tambahkan ke dalam adonan brownies Anda.

Madu. Selain dipercaya dapat menjaga stamina tubuh, madu juga mengandung boron, mineral yang dapat meningkatkan kadar testosteron yang mendorong libido. Konsumsi madu sebagai pengganti gula dalam teh, atau jadikan bahan untuk mengolah ayam panggang

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kuasa bibir isteri, kepuasan atau penderitaan suami?


Perang mulut kadang melanda bahtera rumahtangga, membuat hati suami panas dan isteri pula makin ganas. Sememangnya keterampilan berbahasa dan kelembutan pertuturan memainkan peranan utama dalam menegakkan komunikasi positif antara mereka. Tapi sayang ramai pasangan yang hebat dalam bab-bab lain tetapi gagal mengamalkan yang satu ini. Apakah perkara-perkara yang perlu dihindari oleh suami dan isteri ketika berkomunikasi? Dan bagaimanakah cabaran-cabaran itu boleh diharungi untuk mendapatkan komunikasi positif?

1. Jangan menjawab

Adakalanya kita hanya perlukan ‘senyap dan diam’ untuk mendinginkan keadaan. Iaitu apabila emosi pasangan sudah tidak terkawal lagi dan jika dia tidak boleh berfikir dengan rasional seketika. Daya kawalan diri amat diperlukan untuk menenangkan perasaan anda jika berhadapan dengan pasangan sebegini. Banyakkan mengingati Allah, alihkan tumpuan anda kepada benda lain. Anda boleh hadapi pasangan dengan wajah bersalah tetapi sebenarnya hati anda berada di tempat lain. Selepas emosi pasangan reda, dan anda telah memastikan dia boleh berfikiran waras maka saat itulah masanya untuk menjelaskan duduk perkara sebenar atas salah faham yang terjadi.

2. Jangan membisu

Ini pula sikap tidak bertanggungjawab yang sering dtunjukkan suami isteri yang bermasalah. Sudah tidak peduli lagi dengan pasangan, engkau-engkau, aku-aku, sikap sebegini muncul apabila mereka sudah berputus asa terhadap pasangannya. Telah berkali-kali diberi nasihat tapi suami tak endahkan atau isteri tetap berdegil, akhirnya mereka mengambil sikap biarkan saja. Aib isteri akhirnya dijadikan alasan untuk suami bercinta lagi dan boleh jadi akibat membisu ini akan membawa padah yang lebih berbahaya lagi dalam rumahtangga mereka. Tiada kesepakatan, tiada diplomasi, tiada perbincangan dari hati ke hati, maka alamat runtuhlah kepercayaan satu sama lain.

3. Jangan berleter

Orang yang tak suka berzikir mengingati Allah biasanya suka cakap yang bukan-bukan. Jika ada tanda-tanda bibir kita tak berhenti menyumpah seranah, mencari-cari kesilapan pasangan, menyalahkan keadaan dan takdir hari ini, maka sedarlah bahawa anda telah dijangkiti penyakit teruk. Lidah memang berkait rapat dengan hati, jika hati sakit, lidah pun meracau tak tentu hala. Mencari mangsa siapa saja yang berada di sekeliling; anak-anak, suami, mertua atau ipar duai, semua serba tak betul padahal hati dan perasaan anda yang tidak stabil ketika itu.

4. Jangan bersaing.

Suami isteri suka berlawan sesama sendiri, siapa menang dan siapa kalah, siapa tunduk dan siapa penakluk. Padahal Allah mencipta mereka untuk saling melengkapi, kelemahan yang satu ditutup oleh kelebihan yang lain dan begitulah sebaliknya. Sikap ini didasari oleh latar belakang suami isteri yang sama taraf atau mungkin sebaya, harta benda dan nasab keturunan juga menjadi faktor yang menjurus ke arah amalan suka bersaing. Kalau setakat isteri mahukan kedilan, tidaklah salah di sisi agama, tetapi jika caranya sampai berani memijak kepala suami, menidakkan rasa hormat dan takzim agaknya semangat liberalisme sesat telah merasuki pemikiran isteri.

5. Jangan mengugut

Suami jangan sesekali pergunakan nama agama untuk mengugut isteri. Sikit-sikit mengancam: “Engkau nusyuz! Derhaka! Aku tak reda!” lalu mula pulaukan isteri dengan tak semena-mena. Sebelum berani mengancam isteri seperti itu, cubalah bertanya pada diri anda sendiri; sudahkah sistem pergaulan yang disuruh oleh Al-Quran anda amalkan? Jangan mengata isteri derhaka kalau anda pun derhaka dengan firman Allah ini, maksudnya

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) secara makruf, kemudian apabila kamu tidak menyukai (sikap) mereka maka bersabarlah kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Nisa’ ayat: 19)

6. Jangan suka menuduh

Jika tiada bukti yang terang maka kita tidak boleh menuduh seseorang dengan sesuatu yang belum jelas kesahihannya. Suami isteri sering dihinggapi penyakit curiga, apatah lagi jika mereka saling berjauhan. Atau mungkin sebelum berkahwin pernah terlibat skandal yang mengaibkan. Kisah silam pasangan akan sentiasa menghantui seseorang, kalau dulu suami kaki perempuan mungkin sampai saat ini isteri sentiasa berwaspada. Ataupun kalau isteri ada ramai bekas kekasih, suami mana yang tak cemburu jika isteri ditinggal agak lama. Emosi yang tak stabil memainkan peranan dalam mengapi-apikan perasaan curiga ini. Ditambah lagi dengan tiadanya bimbingan agama dalam melayari percintaan, agaknya sulit untuk mereka keluar dari kepompong curiga dan cemburu sebegini.

Setelah memahami 6 gaya komunikasi positif ini ada satu lagi petua terakhir yang tak kalah berharga untuk kita kongsi bersama, iaitu nasihat Rasulullah melalui sabda baginda yang bermaksud:

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir beliau bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah jalan mendapat keselamatan? Baginda bersabda: Tahanlah lidahmu, tetaplah di dalam rumahmu dan tangisilah dosamu.” (Hadis hasan riwayat Al-Tirmizi)

Oleh itu, sebelum menuduh, mengata, mencela dan menghina pasangan cubalah tangisi dosa-dosamu dahulu, wahai suami, aduhai isteri!

Selasa, 11 Oktober 2011

Rahsia Handphone Anda


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:

1. Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Tidur berbantalkan lengan suami


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Isnin, 10 Oktober 2011

Kenali Wanita


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Khamis, 6 Oktober 2011

Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

p/s : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.

Selasa, 4 Oktober 2011

Petua Seks Orang Melayu Zaman-Berzaman


Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllahisteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkankepada isterinya engkau dengan tenang.

2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatanyang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: “Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)”. Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk.

5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya (kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki.

6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Hikmah Menjadi Wanita


Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa

Isnin, 3 Oktober 2011

Beza air mazi , air mani dan air wadi untuk wanita


Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.

Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.

Sabtu, 1 Oktober 2011

ADA APA DENGAN 'CECAIR PUTIH' ANDA


Hasil penelitian Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengungkapkan air mani berisi kandungan gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandungi 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 persen US AKG kalium, tembaga dan zink.

dari Netdoctor, Jumaat (15/10/2010), berikut rincian kandungan nutrisi pada air mani:



Gula

1. Fruktosa: gula yang sangat manis yang juga terkandung di dalam buah-buahan dan madu
2. Sorbitol: pemanis yang sering dijadikan sebagai pengganti gula pada penderita diabetes
3. Inositol: zat manis ini dapat meningkatkan pertumbuhan rambut yang sehat dan sering dianggap sebagai makanan otak

Protein dan asid amino

1. Glutathione: antioksidan penting yang dapat mengikat racun seperti logam berat, pelarut dan pestisida
2. Deoxyribonucleic acid (DNA): asam nukleat yang mengandungi instruksi genetik yang digunakan dalam pengembangan dan fungsi dari semua organisme hidup
3. Creatine: pasokan energi untuk kontraksi otot

Mineral

1. Fosfor: membantu tubuh menyerap kalsium untuk membuat tulang kuat
2. Zink
3. Magnesium: membantu mempertahankan otot normal dan fungsi saraf, menjaga irama jantung stabil, mendukung sistem kekebalan tubuh yang sehat, membuat tulang kuat, membantu mengatur tingkat gula darah, meningkatkan tekanan darah normal, dan juga terlibat dalam metabolisme energi dan sintesis protein.
4. Kalsium: membuat tulang kuat
5. Kalium: sangat penting untuk pertumbuhan normal tubuh dan untuk penggantian jaringan usang

Vitamin

1. Ascorbic acid (vitamin C): dapat membantu seseorang nampak lebih muda dan cantik. Vitamin C juga mendorong pertumbuhan rantai protein dalam kolagen, yang merupakan bahan utama dalam semua jaringan berserat.
2. Vitamin B12 : meningkatkan energi
3. Kolin: mempertajam pikiran

Hormon

1. Testosteron: mendorong fungsi seksual dan meningkatkan dorongan seks
2. Prostaglandin: berpartisipasi dalam berbagai fungsi tubuh seperti kontraksi dan relaksasi otot polos, dilatasi dan penyempitan pembuluh darah, kontrol tekanan darah, dan modulasi peradangan.

Produk tubuh

1. Asid laktat
2. Urea
3. Asid urat
4. Nitrogen

Gara-gara kandungan sperma yang bergizi ini banyak yang percaya sperma yang ditelan perempuan bikin awet muda. Tapi hingga kini belum ada kajian yang menunjukkan menelan sperma melambat proses penuaan.

Efek yang mungkin ditimbulkan hanyalah psikis saja, dalam hal ini sang perempuan merasa bahagia dan berhasil memuaskan pasangannya.

juga belum ada bukti ilmiah yang menunjukkan apakah bahan tersebut bermanfaat ditelan oleh manusia. Yang jelas air mani yang sihat dan tidak terinfeksi penyakit akan membuat calon embrio juga sihat.

Rabu, 28 September 2011

Bukan Fantasi, Tapi Realiti Umat Islam Zaman Sekarang

Melayu, Arak dan UMNO


Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.

Mengaku parti Islam tetapi takut hudud


SHAH ALAM - Pas membidas UMNO yang mengaku sebagai parti Islam tetapi takut untuk melaksanakan hukum hudud.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno yang diberi mandat memerintah selama 54 tahun tidak melaksanakan hukum Allah meskipun mengaku sokong hudud.

“Mencabar Pas melaksanakan hukum Allah menunjukkan Umno seolah-olah tidak berkewajipan untuk melaksanakannya sedangkan mereka pernah mendakwa parti Islam ketiga terbesar di dunia.

“Saya mahu nasihatkan Umno agar jangan rasa bebas daripada tanggungjawab melaksanakan hukum Allah sehinggakan kelihatan langsung tidak berusaha agar hukum Allah ini dapat dilaksanakan,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily semalam.

Tuan Ibrahim optimis kontroversi isu hudud yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan ramai yang mempunyai sangka buruk terhadap undang-undang Islam itu akan lebih memahami hudud.

“Sifat manusia takut pada perkara yang tidak diketahui namun selepas mengetahui dan memahaminya, mereka tidak lagi takut,” katanya. Beliau juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu,” katanya.

Khamis, 8 September 2011

Isnin, 5 September 2011

Tips Mengenali GADIS Masih DARA atau TIDAK


Tips Mengenali GADIS ini Masih DARA atau TIDAK
Pasangan hidup adalah salah satu perkara yang menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah di dalam keluarga. Tentunya selain ketaqwaan, nasab (garis keturunan) dan memiliki sedikit harta (bukan dalam maksud material), kecantikan serta keperawanan seorang gadis sangat digalakkan dan menentukan dalam memilih pasangan. Berikutnya adalah sedikit tips untuk ANDA melihat dan MENGENAL seorang gadis yang masih suci. Semoga dapat manfaat, dan ini adalah tips buat ikhwan-ikhwan yang benar-benar mahu membina rumah tangga, jadi jangan disalah gunakan ya…

KRITERIA WANITA PILIHAN ADA 4
1. Agak hitam rambutnya, hitam alisnya, hitam bulu matanya, hitam bola matanya.
2. Agak putih badannya, putih giginya, putih kedua telapak tangannya.
3. Agak kemerah merahan bibirnya, kemerah-merahan pipinya, kemerah-merahan gusinya.
4. Agak sedang kepalanya, dagunya, sedang payudaranya, semerbak keringatnya, harum bau mulutnya, hidungnya dan badannya.

Wallahu a’lam bissawab. Untuk lebih spesifik ada beberapa PERKARA yang perlu diperhatikan diantaranya :


DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Jika selalu senggama licinnya hilang, justeru itu akan timbul kedutan (garis-garis) yang kadang-kadang nampak, kadang-kadang tidak ketika berbual. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimakan usia. Kedutan kerana dara yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, sementara kedutan kerana dimakan usia sentiasa nampak dan kekal. Jangan dihilangkan dengan sebarang minyak, walaupun pada zaman sekarang ada bermacam-macam minyak.Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi gadis yang sudah bersuami dengan yang belum bersuami. Perhatikan betul-betul, pasti akan nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa garis-garis kedutan timbul dan melekuk di dahi gadis itu. Perhatikan betul-betul, sebab garis-garis itu tidak begitu nampak (jelas). Wallahu a’lam.


HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang-kadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tidak percaya cuba lihat hujung hidung anak perempuan, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh kerana itu disebut lelaki hidung belang. Wallahu a’lam

MATA

Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati…..

Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantikkah, bugarkah, kuruskah, dan sebagainya. Kadang-kadang kita memandang wanita cantik dibahagian luaran sahaja, tetapi bahagian dalamannya sudah habis, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak cuba lihat matanya.

Jika bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. Lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata, disamping warna hitam di bawah kelopak mata kelihatan sedikit berkedut. Gadis yang masih suci matanya berseri-ser, tidak ada warna hitam, lebam mahupun garis-garis. Apabila gadis itu tertawa di bawah kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedutan, bergaris dan lain-lain. Wallahu a’lam.( maksud lebam mata bukanlah kerana kurang tidur loh.)
PUNGGUNG

Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
Punggung yang sudah mendapat sentuhan lelaki akan menjadi besar, lebih-lebih lagi yang sudah melakukan hubungan badan. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cubalah perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya. Kalau berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang, artinya dia masih suci. Bagi yang pernah melakukan hubungan badan, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih-lebih lagi ketika ia sedang berjalan, goyangannya tidak melantun.

Kenapa punggung gadis yang pernah melakukan hubungan badan boleh jatuh? Ketika melakukan hubungan badan lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu kebahagian kemaluan, sebab ketika masa puncak (orgasme), punggung gadis menjadi tegang.

Apabila sudah selesai perhubungan badan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan badan, punggung akan semakin jatuh lesu dan leper. Wallahu a’lam.
TELINGA

Telinga termasuk salah satu pancaindera yang boleh digunakan untuk mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. Di negeri China telinga menjadi petunjuk untuk mengetahui penyakit di dalam tubuh seseorang. Gadis yang belum pernah disentuh oleh lelaki, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara automatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tetapi pernah disentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat. Wallahu a’lam.

PAYUDARA

Peranan payudara memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki sahaja, tetapi payudara sebagai bukti jika gadis itu pernah disentuh atau tidak. Payudara gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, tegangnya berkurangan dan membesar sedikit daripada ukuran asal, lebih kerap disentuh, lebih kendur.

Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan terbuai jatuh (ke bawah) dan berbuai sesekali bermakna ketegangan sudah hilang. Kalau belum kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai ketika berlari tetapi buaiannya tidak terlalu terbuai-buai bermakna ketegangannya masih ada.

Puting payudara yang pernah disentuh menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Payudara yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan pula menuduh gadis yang berpayudara besar itu kerana diramas. Sebab, payudara yang besar diramas dan yang besar kerana semulajadi memang berbeza.

Payudara yang diramas menjadi besar tetapi tidak tegang. Sementara payudara yang besar kerana semulajadi sentiasa tegang dan ketiks berjalan tidak bergoyang, kalau yang diramas bergoyang terbuai-buai seperti telinga gajah, berbuai kekiri, kekanan, keatas, kebawah terkadang melambung-lambung ketika gadis itu berjalan atau berlari.

Mengapa payudara bila kena sentuhan boleh jatuh dan apakah hubungan telapak tangan dengan otot payudara? Ketika payudara dipegang atau diramas-ramas gadis akan merasa gairah, ketika ghairah hormon-hormon akan mengisi ruang payudara sehingga menjadi tegang. Setelah ghairah payudara yang tegang lalu mengendur dan menjadikan ototnya mengendur pula. Payudara yang dihisap putingnya menjadi lebam, yang belum kena hisap putingnya berwarna merah jambu. Sekiranya gadis itu tidak suci, payudaranya jatuh terjuntai seperti buahbetik yang terjuntai di pohon.

Payudara memang terkandung seribu tanda, termasuk mengetahui wanita yang sudah mempunyai anak atau belum. Perhatikan putingnya kalau tegangnya menghala ke atas iaitu mendangak ke atas bererti wanita itu sudah pernah melahirkan, kalau putingnya sentiasa terjojol keluar dan mendongak ke atas bererti wanita itu sudah pernah melakukan hubungan badan, tetapi belum pernah beranak. Namun payudara sering kali dianggap sebagai simbol seks, sebahagian besar wanita dan lelaki sangat menyukai buah dada disaat melakukan hubungan seksual, kerana mereka dapat mencapai orgasme (kenikmatan) hanya kerana dari rangsangan payudara.

Seorang gadis jika telah dewasa, sangat kecil kemungkinan ukuran payudaranya berubah, kecuali bila berat badannya bertambah. Pembengkakan payudara kerana kehamilan, menyusu atau pengaruh pil kontrasepsi adalah bersifat kondisional. Postur tubuh yang baik akan membentuk payudara nampak lebih besar. Cuba bertanya, apakah ia senang payudaranya disentuh atau tidak? Sebahagian wanita memiliki puting payudara yang sangat sensitif sebahagian yang lainnya tidak, mereka mungkin ingin payudaranya disentuh atau mungkin tidak. Tetapi umumnya wanita menyukai sentuhan lembut dan ciuman pada payudara dan juga pada puting payudara. Payudara dan putingnya akan mengeras apabila dirangsang. Begitulah tanda-tanda yang paling jelas bila ia terangsang, meskipun tidak semuanya demikian. Tanda-tanda lain adalah cairan pada liang vagina, kemerah-merahan di dada dan meningkatkan kecepatan denyut jantung dan pernafasan. Wallahu a’lam.

GARIS TELAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang kelihatan retak), bukan kerana mungkin disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandungi kimia, bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua telapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika di picit langsung menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan telapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sebentar saja kira-kira seminit, bila digenggam terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, jika kelihatan pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah hilang.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya, kira-kira seminit, lalu lepaskan, tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan?. Kalau ia menjawab tiada rasa, mintalah maaf banyak-banyak, kemungkinan ia tidak suci lagi. Tapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. Alhamdulillah nampaknya masih suci. (Yg uji adalah orang lelaki)

JARI TANGAN
a>Dengan jarilah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan, begitu pula halnya jari-jemari perempuan, jari adalah kawasan yang paling asas untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah, terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya pun boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternoda..hehe..betul tak?.

Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu d belai-belai dan di ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan jejari lelaki sememangnya membawa satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke zon-zon yang lain.

Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tidak percaya cubalah lihat betapa bahagianya berjalan sambil bergandingan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu biasa disentuh atau tidak, cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, selama bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah serta tersentak?. Kalau dia terkejut dan tersentak bererti besar kemungkinan dia masih suci, kalaupun dia pernah berasmara, mungkin belum sampai 'tersondol'. Jika saat jari kelingkingnya disentuh dia nampak rileks saja, besar kemungkinan kesuciannya sudah lenyap. Wallahu a’lam.
PERUT


Peribahasa mengatakan biar pecah di perut jangan pecah di mulut, begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah kegadisannya, pasti pecah perut. Bila gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit. Kerana kebiasannya gadis yang belum pernah melakukan hubungan badan pinggangnya masih ramping dan perutnya masih kempis. Mengapa perut menjadi buncit sedikit? Saat gadis itu melakukan hubungan badan sudah tentu gadis itu sampai ke puncak (orgasme), ketika sampai ke puncak gadis itu tidak tahan dan menahan dibahagian perut. Otot-otot bahagian perut menegang ketika orgasme dengan daya tahan yang sangat tinggi dan kuat.

Ketika itulah perut itu mengembang dan setelah melakukan hubungan badan perut menjadi membuncit. Satu lagi tanda di perut, kalau gadis itu sudah pernah melakukan hubungan badan, ada garis panjang dari bawah buah dada sampai ke perut dan dari pusar sampai kekemaluan. Garis ini tidak terjadi kepada semua gadis, tetapi kalau ada gadis yang memiliki garis ini ertinya ia tidak suci lagi. Ada sebagian gadis yang sudah pernah melakukan hubungan badan hanya memiliki garis dari bagian bawah pusar sampai kekemaluan. Kalau gadis itu sudah hamil, garis itu akan terbagi dua, cuba lihat perut wanita yang hamil, mesti ada garis retak yang melintang di perutnya. Gadis yang masih suci umumnya perutnya masih lembut. Bagi yang sudah pernah melakukan hubungan badan, kulit perutnya agak kasar sedikit. Ada juga yang menjadi keras sebab hormon dan lemak mewujudkan gumpalan dibahagian bawah dinding perut. Wallahu a’lam
RAMBUT


Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang rapi, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak ghairah. Pada zaman nenek moyang kita dulu, mungkin juga masih diamalkan sampai sekarang. Ketika seorang gadis hendak dinikahkan, mak andam pengantin terlebih dahulu memotong rambut di dahi, disebelah belakang telinga kiri dan kanan. Rambut-rambut inilah yang mereka sebut rambut perawan.

Dengan menggunting rambut-rambut ini, mereka dapat mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. Untuk membuktikannya cuba sediakan sebiji buah kelapa muda yang sudah dilubangkan dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut-rambut itu terapung dipermukaan air kelapa ertinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam ertinya gadis itu sudah tidak suci. Satu lagi caranya, kalau ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya. Alhamdulillah nampaknya ada harapan kegadisannya masih ada. Wallahu a’lam.
BIBIR

Percaya atau tidak bahwa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan menjadikan pergerakan darah mengalir pada bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis lembam (bengkak) atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak pucat dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah kena cium akan nampak lembam walaupun hanya sekali saja, dan dapat merubah bibirnya kerana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir seperti irisan jeruk.

Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi nampaknya kalau diperhatikan betul-betul. Ada pula yang mengatakan gadis yang tidak suci ketika ia tertawa bibirnya nampak lebih besar/tebal daripada tidak tertawa dan bibir bawah kelihatan keluar berbanding bibir yang atas. Wallahu’alam.
KEMALUAN

Ini tentunya hanya diketahui selepas bernikah. Permukaan kemaluan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, mempunyai kesan lebam, pintu kemaluan tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat langsung ke dalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih rapat bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit berarti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

Cuba perhatikan warna kemaluan gadis, kalau permukaan pintu kemaluannya berwarna ungu, kemerah-merahan bererti dia masih suci, akan tetapi kalau warna merah sudah pudar malah menjadi pucat, bererti dia sudah tidak suci lagi. Satu lagi, biasanya saat malam pertama, lelaki biasanya agak susah memasukkan zakarnya kedalam kemaluan gadis.

Pertama kali melakukan hubungan badan dengan seorang gadis yang baru pecah selaput darahnya memang tidak memuaskan, kerana gadis itu tidak selesa dengan darah yang keluar pada malam pertama (kebiasaannya) dan rasa pedih pada kemaluannya. Sehingga ia tidak akan mahu terlalu lama. Untuk mengetahui selaput dara yang pecah, cuba tumpukan mata anda pada dahi isteri anda, kalau dia berkerut ertinya dia menahan sakit, tetapi kalau dia berpura-pura, rileks sajalah…
wallahu’alam..

Benarkah..inilah Ini Puncanya Jurukamera Bernama TV kena tembak?


Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

http://bestoneoffour.wordpress.com/2011/09/05/ini-punca-jurukamera-bernama-tv-kena-tembak/

Jumaat, 26 Ogos 2011

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan


Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

My Raya with Maybank!

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri



"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Selasa, 16 Ogos 2011

Berjuang Bukan Mengisi Masa Lapang


"Firman Allah di dalam Al-Quran dalam surah at-taubah yang bermaksud: 41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Dalam meneruskan agenda yang telah dibawa oleh junjungan mulia Nabi S.A.W, marilah kita sama-sama muhasabah agar meneliti kembali sikap dan tindakan kita dalam membantu perjungan Islam ini. Adakah kita sekadar meletakkan nama dalam senarai pejuang-pejuang Islam padahal nama itu tidak wujud di sisi Allah sedikit pun. Mungkin kerana niat yang tidak betul atau kerana bekerja diwaktu senang semata-mata.

Dalam ayat yang dinyatakan tadi berkait juga dengan sahabat-sahabat Nabi yang mengikuti perjuangan Nabi dalam meneruskan dakwah samada di mekah atau di Madinah. Apabila Nabi menyeru sahabat-sahabat supaya menuju ke Tabuk untuk menghadapi suatu peperangan, ada beberapa orang di kalangan sahabat yang tertinggal daripada mengikuti Nabi ke Tabuk.

Antara sahabat yang tertinggal adalah Kaab Bin Malik, Murarah bin Al Rabi’ Al Amri dan Hilal Bin Umayyah al Waqifi. Ketiga-tiga sahabat ini telah dipulaukan oleh Rasulullah S.A.W setelah pulang daripada Tabuk. Abu khaithamah R.A juga salah seorang yang ditinggalkan. Namun, ketiga beliau termenung di pintu khemah lalu berkata, “Tidak patut bagi aku bersenang lenang dilayan dan dihidangkan makanan oleh isteri sedangkan nabi dan sahabat yang lain berada di bawah panas terik”. Memang perjalanan ke Tabuk adalah perjalanan yang sukar kerana cuaca yang sangat panas ketika itu yang memecahkan bibir-bibir mereka dan tumit-tumit mereka.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa berjuang dalam menegakkan islam ini bukan aktiviti mengisi masa lapang. Ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga, fikiran, harta dan sebagainya kerana ganjaran bagi mereka yang benar-benar berjuang dan memperdagangkan harta dan diri mereka kepada Allah mendapat ganjaran yang sangat besar.

Allah menceritakan di dalam al-Quran dalam surah al-saff yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat di atas cukup untuk kita memahami kurniaan yang sangat besar dikurniakan oleh Allah bagi mereka yang memenuhi tuntutan tersebut. Kita perlu memahami di kalangan orang yang berjuang itu, ada yang menepati janji mereka untuk menolong agama Allah, namun ada di kalangan mereka yang hilang keikhlasan kerana sesuatu perkara.

Firman Allah di dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (al-Ahzab,23)

Apabila golongan daripada madinah datang bertemu Nabi menyatakan keislaman mereka bahkan termasuk di dalamya muslimat yang bersama dengan perjuangan ini telah berbaiah kepada Rasulullah S.A.W. Menurut riwayat Imam Ahmad:

Dari Jabir R.A “kami bertanya : wahai Rasulullah di atas dasar apakah kami berbaiah?” Sabda Rasulullah S.A.W : “Di atas dasar mesti dengar dan taat samda dimasa cergas atau malas, bersedia untuk berbelanja dimasa susah atau senang, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di atas dasar bangun menegakkan agama Allah dan tidak menghiraukan celaan orang yang mencela dan membari pertolongan kepada aku apabila aku tiba kepada mu, kamu mempertahanakan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu dan jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga.

Oleh yang demikian, pejuang-pejuang Islam perlu kepada muhasabah diri masing-masing agar meneliti kembali amal-amal yang telah dilakukan termasuk yang kita sedang laksanakan benar-benar ikhlas kepada Allah dan yang lebih penting bukan hanya kita malakukanya sewaktu senang. Dalam melaksanakan kerja-kerja islam dan sebagai 'amilin' perlu mengorbankan banyak perkara demi perjuangan ini di mana hanya kita yang mengetahui perngorbanan itu. Orang lain tidak boleh mengukur pengorbanan yang kita lakukan dan kita pula perlu mengukur pengorbanan itu dengan perjuangan sahabat-sahabat nabi.

Bagi mereka yang terlibat dengan perjuangan ini dalam usia yang masih muda perlulah bersyukur kerana Allah memilih mereka terlebih awal. Mereka terpaksa mengorbankan masa muda mereka dengan perjuangan ini di saat orang lain bersuka ria dan menikmati masa muda mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Mereka yang masih muda pula bergelomang dengan kesusahan dan ujian dalam usia yang tidak matang dan di zaman Nabi juga wujud individu yang seperti ini. Mus’ab Bin umair yang terpaksa meninggalkan kesenangan dunia dan keluarga hanya kerana mengikut Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi mereka yang dipilih oleh Allah untuk menyertai perjuangan ini dalam usia yang agak lewat perlu sedar bahawa mereka sangat hampir dengan Syurga Allah. Oleh itu, jangan sekali-kali berlengah-lengah dalam melaksanakan tangungjawab dalam jamaah kerana menanguh-nangguh dalam melaksanakan tugas itu adalah FUTUR(golongan tercicir) yang paling ringan. Oleh kerana perjuangan bagi memenangkan perjuangan islam ini luas dan tidak semestinya dengan peperangan, maka setiap saat perlu kita melakukan sesuatu untuk perjuangan ini tanpa meninggalkan perkara-perkara wajib lain yang perlu kita tunaikan.

Bukan bermakna kita perlu meninggalkan segala-galanya untuk perjuangan ini tetapi memikirkan kembali amal-amal yang dilakukan sudah layak untuk mendapat kurniaan yang telah dijanjikan oleh Allah. Allah tidak bertanya akan kemenangan tetapi usaha yang kita lakukan. Namun, orang yang berjuang akan diuji sehebat-hebatnya bagi menapis mereka yang benar-benar menunaikan janjinya kepada Allah.

Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang tiba pada hari Isnin 01hb Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Mudah2an ramadhan kali ini akan dapat digandakan amalan2nya dari tahun yang sebelum2nya. Mohon seribu kemaafaan jika ada tutur kata dan gurau senda yang menyinggung rasa atau coretan bicara yg mengusik jiwa..

Buat semua teman2, Selamat menjalani ibadah puasa! Dan jangan lupa solat sunat terawikh ya...

Tajuk Apa Hari Ini

Blog Widget by LinkWithin