Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang tiba pada hari Isnin 01hb Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Mudah2an ramadhan kali ini akan dapat digandakan amalan2nya dari tahun yang sebelum2nya. Mohon seribu kemaafaan jika ada tutur kata dan gurau senda yang menyinggung rasa atau coretan bicara yg mengusik jiwa..

Buat semua teman2, Selamat menjalani ibadah puasa! Dan jangan lupa solat sunat terawikh ya...

Sabtu, 30 Julai 2011

Apa yg hebat sangat UMNO sampai boleh bagi diskaun denda MyKad nie..????


UMNO & JPN 1 Badan...???

Notis:

"Info Prihatin JPN:

Jika anda kehilangan MyKad akibat tercicir tanpa disedari kecuali yang berumur dibawah 18 tahun atau melebihi 60 tahun dan kes kecurian, kemalangan serta bencana alam.

Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat UMNO (Di tingkat 1 atas Restoran Nasi Kandar Pelita) untuk permohonan pengurangan separuh daripada denda asal kehilangan MyKad."

TPU: Kalau "Prihatin" sangat, kenapa nak kena isi borang..? bagi je lah Diskaun... JPN ni sayap kanan UMNO ke sampaikan nak bagi Diskaun pun nak kena tunggu kelulusan UMNO..?

Esok-esok nak beranak pun kena mintak kelulusan UMNO.

Jumaat, 22 Julai 2011

Busana Muslimah: Betul VS Salah

By Shahmuzir

Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH. Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.

Poster yang sangat bagus untuk disebarkan.
Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:

1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
3. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
5. Tidak berwangi-wangian.
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.

Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…
Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:

1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.

Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.

Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat. Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai. Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka. Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.

WAllahu Ta`ala A`lam.

- www.muzir.wordpress.com

* [1] AMALKANLAH apa-apa yang baik dari tulisan ini [2] SEBARKAN & KONGSILAH tulisan ini dengan rakan taulan anda [3]Jangan lupa sertakan alamat www.muzir.wordpress.com apabila anda menyebarkan tulisan ini, supaya dapat memudahkan proses rujukan pada masa akan datang [4] KOMEN & PENDAPAT anda amat dialu-alukan. [5] Semoga dengan tuan/puan beramal, menyebarkan dan berkongsi pendapat terhadap tulisan ini, dibalasi ALLAH dengan hasanah, amin.











Selasa, 19 Julai 2011

Senarai ringkasan lokasi tempat makan popular di Perak.

Taiping

1 Popiah – pasar larut matang
2 mee udang port weld..
3 kueytiow Doli... belakang bomba
4 Kari ikan semilang Kole Gula..
5 Cendol Bismillah.... pasar larut matatng
6 Satay Basri... pasar larut matang
7 Yong Taufu Bomba...
8 Nasik Lemak Tupai...kws perindustrian Tupai
9 Nasi Goreng Puyuh – kpg manggis changkat jering
10 Gulai Kari Ikan Sembilang - Plaza Tol Changkat Jering
11 Gulai Kari Ikan Sembilan – Restoran jalan ke Changkat Ibol
12 Laksa buyong – Taman Tasik Taiping (ikan belut)
13 Laksa buyong – Bukit Gantang (ikan belut)
14 Sup Gearbox – Cafeteria/ Kantin Penjara Taiping
15 Kuetiau/ bihun sup – Wakaf Taiping
16 Pak Lang Asam Pedas - pekan
17 Cendol ansari – pekan
18 Restoran makanan kampong – seberang jalan hospital taiping
19 Chickenchop – dekat cimb , jalan kpg jambu
20 Kanji Arab – dekat cimb, jalan kpg jambu
21 Nasi Lemak Sotong Mattom - Petronas Kamunting
22 Beehoon sup daging tanpa tulang (daging 8 perut) abng rosli – Pasartani taiping
23 Roti Jala - Warung Sudi Selera Stesen Keretapi Taiping
24 Laksa Sotong - depan Balai Polis Pokok Asam
25 Laksa Mexico - di Kamunting/Jln masuk Kpg Jana
26 Laksa Kuala Trong
27 Perut Sumbat Telur di Gerai 31, Densiko Nasi Padang,- bawah Bangunan Larut Matang Taiping
28 Popiah –ellla – bangunan larut matangl...
29 Pasembur Kadir - gerai asal bawah Bangunan Larut Matang, cawangan Tesco Taiping, dekat Bank Islam Taiping, Tesco Kampar, Ipoh dan beberapa tempat lagi
30 Sejenis minuman WHITE di Taiping. BLACK pun ada.
31 Cucur sekupang Pakcik Mei - di Kpg Pinang Kamunting
32 Mee Udang Banjir Mat Teh yg famous itu (peta di bawah)
33 Mee Udang Banjir Salleh (lebih hygiene)*
34 Mee Udang - azraie rekemen Salleh stall kat pekan port weld
35 Rojak Buah Irene Taiping, Market Road sebelah Esso
36 mee combat - pasar larut matang
37 Telapia Bakar di Simpang Traffic Light BMLTR (Bukit Merah Lake Town Resort)

Kuala Kangsar
1 laksa Pak Ngah – Low Road (berhampiran sek men tsung wah)
2 laksa kalam – tepi sungai perak
3 laksa zimbo – area the store
4 laksa halim – Pdg Rengas
5 laksa paksu – Lubok Merbau/ ptg Jumaat di pasar KK
6 laksa haji arfan – tepi sungai perak
7 bihun sup Habuna – pekan sehari (jumaat, sabtu, ahad)
8 chickenchop – the cafegate (sebelah farmasi Tesa)
9 tempoyak ikan patin – gerai yop Helmi tepi sungai (menu wajib)
10 kuayteow sup ikan duri - belakang rumah Ku Tam
11 warung warisan masakan kampong - belakang stesen bas
12 restoran che an - jalan daeng selili
13 restoran kak bitah - sebelah pej JKR (jln taiping-lebai2 ramai kat sini)
14 kedai makan dahya, kak pah - deret seberang jalan stesen keretapi
15 restoran impian - Talang (tepi jalan kk-taiping)
16 restoran manong - seberang jalan Sek Tsung Wah (Low Road)
17 restoran ibnuboss - Chandan

Parit Buntar
1 cendoi - gerai makro-mara
2 ikan keli & kembung panggang- 500 meter dari Mesjid Tinggi...belah kiri arah ke KL.
3 Char Koey Teow Along - bertentangan dengan Taman Murni, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Bagan Serai
1 Roti canai dan pelbagai kuih tradisi – tepi jalan bendang Selinsing @ dr jalan besar masuk ke arah jalan Kuala Gula dalam 500meter.

Teluk Intan
1 Mastan Ghani - mee & rojak
2 Ghulam Rasul - popular dengan nasik beryani & ayam goreng berempah
3 Kedai Kopi Utoh (sg Manik) - Pulut + wadi barandang bawang
(pulut + ikan sepat pekasam digoreng dgn cili kering & bawang)
4 kedai cowboy...pakcik jual mee rebus 1.20 ngan air laici 20 sen..
5 aneka gerai makan tepi bank rakyat menghala ke hentian bas mara

Ipoh
1 Sate Rose - Hentian Limau Tambun dan juga Hentian Bas Silveritage...
2 Sate kajang - medan gopeng dan ipoh garden dekat2 tesco
3 Mee Rebus Ramly – kws perindastrian Tasek
4 Restoran Salim, KK road – restoran nasi briyani dan kari kepala ikan
5 Popia SS Ali – Medan Selera, taman kanak2, dan juga di pasar2 mlm.
6 Ikan bakar dan masakan kampong – caw restoran Tasik Raban dekat stadium negeri
7 Rojak / cendol / popiah - Jalan Maxwell nak masuk manjoi
8 Nasi ganja - depan bekas stensen bas Tg Rambutan
9 Mee kari Hj Sujak – shopping complex dlm Uda Ocean
10 Restoran Sabar Menanti – menjual pelbagai jenis masakan kampong dan menu paling spesel adalah char kuayteow – terletak antara bangunan JKR ipoh dan bekas bangunan Bank Negara
11 Roti Bakar & Telur ½ Masak Medan Selera Datuk Sagor Masjid Negeri
12 Nasi Kandar Hussain di Medan Selera Datok Sagor bersebelahan Masjid Negeri dan boleh dinikmati seawal jam 8 pagi
13 Restoran Simpang Tiga Cita Rasa Khas Padang/Moden di Greentown
14 Perhentian Sebelah (Laybay) Simpang Pulai menghala ke Utara
(i) Nasi Ayam Basree Bustaman
(ii) Nasi Goreng China (gerai baru)


Gopeng
1 lemang kelamai – lemang orang Rawa yg dijual di tepi jalan
(kualiti lemang jenis ni tahan lama hingga 2 bulan)

Tapah
1 Warung Ikan Bakar Transnasional – dekat mesjid Tapah
2 Gerai De’Sya Nasi Campur - yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.- spesel makanan/masakan tradisi Melayu dan banyak jenis aneka pilihan lauk pauk.

Lenggong
1 Ikan Bakar Talapia dll - Restoran Tasik Raban
2 Mee Kari Lenggong spesel – Medan Selera (dekat Shell)

Selama
1 Mee Rebus - Kubu Gajah (pagi shj).
2 roti canai – depan supermarket Minat
3 restoran faizal - taman guru

Tanjong Malim
1 Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang


Senarai kuih muih/ masakan tradisional Perak..

Kuih-muih

1 dangai
2 tepung gomak
3 limas (limeih)
4 jongkong
5 tepung bungkus
6 torak (toghak)
7 kuih karas
8 kuih bako
9 pengat pisang/ubi
10 wadai kiping


Masakan

1 gulai tempoyak
2 sambal tempoyak masak
3 sambal berupah
4 lempuk durian
5 dodol
6 rendang tok
7 rendang pedas perak
8 tapai (tapai pulut/ ubi)
9 gulai taucu
10 Laksa

Selasa, 12 Julai 2011

Tuduh Bersih diresapi komunis, tapi penuduh pun macam komunis



Perjalanan dengan bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sepatutnya tiba di Puduraya tetapi dilencongkan ke perhentian bas Jalan Duta. Pemandu bas meminta maaf terhadap kesulitan yang timbul, namun itu bukan salah mereka. Mulai detik 12 malam 9 julai 2011 semua bas tidak dibenarkan ke Puduraya.

Sama ada peserta Bersih atau individu yang tiada kena mengena dengan Bersih semua menanggung kesusahan yang sama apabila laluan ke pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup oleh pihak polis.

Saya bertanya pemandu teksi tempat terdekat dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilalui dan bersedia untuk diturunkan di situ. Pemandu mencadangkan KL Central atau Jalan Ke Muzium Negara. Bersama rakan-rakan kami menaiki teksi namun hanya mampu sampai di hadapan muzium. Laluan ke KL Central juga ditutup. Anggota polis berkawal di mana-mana bagaikan medan perang.

Mereka yang meneruskan perjalanan hingga ke sekatan polis di hadapan muzium ditangkap dan dikerahkan menaiki trak. Saya dan seorang rakan buntu lalu berehat di hentian bas. Tiada siapa di situ kecuali kami berdua yang pada fikiran kami berhimpun hanya berdua di tempat yang selamat tanpa sebarang kekecohan bukanlah satu kesalahan. Akta Polis pun tidak boleh diguna pakai untuk dua orang yang berkumpul.

Rupanya jangkaan itu silap. Sekonyong-konyong sebuah kereta peronda meluncur laju menongkah laluan menuju kami. “Encik minta IC.” Selepas menyerahkan kad pengenalan, beg plastik saya yang hanya mengandungi kain pelekat dan sebotol air mineral digeledah.

“Encik ikut kami ke sana, kami nak kumpul bersama kawan-kawan encik di sana,” ujar seorang dari tiga anggota polis. Tindakan mereka sudah dihidu. Kami mahu diangkut menaiki trak polis dan ditahan entah di lokap mana. Rakan saya melenting, kami pun sama-sama berhujah dengan polis tersebut. Mereka tak terbalas hujah, lalu mengarahkan berdedar dari situ segera jika tidak mahu ditahan.

Pilihan yang ada ialah ke KL Central, menyusup melalui terowong bawah tanah kerana semua laluan dikawal polis. Di KL Central suasana kelihatan tegang apabila polis berkawal terlalu ramai. Asal saja terlibat kelibat orang yang syaki mahu menuju perhimpunan Bersih mereka dikelilingi anggota polis, diminta kad pengenalan dan diarahkan ke trak polis. Mudah sungguh mereka menahan orang seolah-olah semua rakyat Malaysia adalah disyaki penjenayah.

Seorang lelaki berusia kelihatan uzur dan hanya bertongkat sedang enak menikmati makanan juga diarah menaiki trak. Beberapa orang pelancong asing tertanya-tanya, apa yang berlaku?

Orangramai yang mundar mandir di situ kelihatan gelisah dan tidak ceria. Suasana yang berlaku mengingatkan kepada cerita Almarhum Ustaz Fadzil Noor sewaktu kembali dari lawatan ke Russia. Katanya di bandaraya Moscow orang jarang terseyum, semuanya berwajah serius dan jarang menyapa atau bergurau antara satu sama lain. Waktu itu negara kesatuan Soviet Union baru berkubur tetapi kesan pemerintahan komunis yang panjang menyebabkan rakyatnya hilang keceriaan hidup.

Asalnya komunis bukan suatu fahaman berasaskan keganasan. Komunisme sebagai anti-kapitalisme menggunakan sistem partai komunis sebagai alat pengambil alihan kekuasaan dan sangat menentang penguasaan modal oleh individu. Pegangan terhadap agama diperangi kerana dianggap ‘candu’. Di bawah pemerintahan komunis rakyat dipaksa menganut fahaman yang sama dengan kerajaan iaitu komunisme. Mereka yang berbeza dengan kerajaan dianggap musuh negara dan menerima padahnya. Maka disinilah bermulanya keganasan. Di Soviet Union ribuan ulamak dibunuh dan siapa yang mengamalkan agama secara terbuka dihukum.

Rakyat Malaysia, khususnya yang berumur melebihi 40 tahun, berjaya dipasakkan tanggapan bahawa komunis adalah pengganas berdasarkan peristiwa lampau yang benar-benar berlaku dalam negara. Keganasan askar komunis menyerang hendap tentera kita sekitar 60an dan 70an sangat membantu mensahihkan imej buruk komunis.

Kekejaman komunis terhadap rakyat yang enggan menerima komunisme hanya berlaku di negara komunis. Sebenarnya ancaman yang lebih besar dari kapitalisme dan agama bagi komunis ialah demokrasi. Ribuan para pelajar China yang bangkit menuntut demokrasi telah dibunuh beramai-ramai di Tiananmen Square pada 2 Jun 1989. Selepas peristiwa itu dan sehingga kini China belum dapat didemokrasikan.

Apakah kini rakyat China tidak dahagakan demokrasi? Tidak mungkin, tetapi lebih baik bagi mereka membungkam keinginan di dalam diri dari mendapat susah. Tapi percayalah suatu hari nanti kerajaan komunis akan hancur juga di China dan demokrasi yang tulen akan tertegak.

Jika ancaman bagi kerajaan komunis ialah demokrasi maka ancaman bagi kerajaan BN di Malaysia ialah demokrasi yang adil dan bersih. Malaysia bukan negara komunis tetapi perangai kerajaan Malaysia dalam mempertahankan kekuasaan seolah-olah meniru perangai komunis.

Menangkap seseorang tanpa sebab munasabah, mengharamkan baju yang mempunyai warna tertentu, menggeledah beg pakaian orang sesuka hati, mengubah laluan perjalanan orang mengikut kehendak mereka, membuat sekatan jalan di merata tempat sehingga menyusahkan orang, menghalang rakyat dari menuntut demokrasi yang adil; semua itu adalah perangai buruk yang selama ini dibuat oleh kerajaan komunis. Mereka menjustifikasikan semua tindakan menyusahkan rakyat itu kononnya untuk pencegahan walhal pencegahan sampai ke tahap itu tidak lain dari yang pernah dilakukan oleh kerajaan komunis.

Dengan media yang dikuasai mereka berkempen berminggu-minggu memburukkan imej Bersih, mengajak rakyat jangan sertai Bersih dalam pelbagai bentuk propaganda, mengaitkan Bersih dengan Kristianisasi, Yahudi, Hinduisme dan pluralisme agama, membuat beribu laporan polis, menganjurkan demonstrasi haram seluruh negara mengutuk himpunan Bersih, melakukan pelbagai provokasi serta ancaman untuk menghalang termasuk dari NGO yang disertai oleh para pendekar; namun rakyat tidak takut dan tidak peduli – lebih seratus ribu berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih!

Apa maknanya? Maknanya rakyat Malaysia hari ini tidak takut lagi akan ugutan alakomunis oleh BN dan BN akan tumbang seperti berkuburnya kerajaan komunis Soviet Union.

Bersih 2.0: Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin

Bersih 2.0: Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin

Rabu, 6 Julai 2011

BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANGSANYA

Pada hari akhirat nanti akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy. Saiznya panjang seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari Barat ke Timur. Apabila ia keluar maka Malaikat Jibril a.s berkata: "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu kata Huraisy: "Aku mencari lima jenis orang iaitu:

* Orang yang TIDAK mengerjakan SOLAT.
* Orang yang TIDAK mahu mengeluarkan ZAKAT.
* Orang yang MENDERHAKAI IBU BAPAnya.
* Orang yang suka MINUM ARAK.
* Orang yang sangat suka BERCAKAP-CAKAP tentang hal DUNIA di dalam MASJID.

Menghapuskan Imej ‘Average’ Islam


Paling ketara tentang imej Islam (di mata masyarakat majmuk Malaysia) berlaku setiap hari Jumaat apabila umat Islam keluar menunaikan Solat Jumaat.

Bermula dari jam kira-kira 12.30 tengah hari sehinggalah lewat sedikit jam 2.00 petang, terasa semacam wujudnya rasa kejelakatan (sense of cohesiveness) padu di kalangan umat Islam tanpa mengira status sosial, kepercayaan fahaman politik, keturunan malah bangsa, atau apa sahaja yang menjadi pemisah sosial di antara sesame manusia.


Namun setelah ucapara Solat Jumaat berakhir, imej Islam kembali menjadi satu imej yang bersifat purata sahaja. Tidak ada yang ketara tentang Islam dan umatnya.

Benar di mana-mana sekalipun di negara ini terdapat masjid dan surau dan ia kembali dikunjungi pada waktu solat fardhu. Tetapi tidak ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk berjamaah kecuali untuk Solat Maghrib di mana jumlahnya dalam sebutan saf mungkin melebihi tiga atau empat saf bagi masjid dan barangkali enam atau tujuh saf bagi surau.

Bagi ceramah dan kuliah subuh yang diadakan dari masa ke masa, jumlah hadirin yang menyertainya, lebih lazim dari tidak, boleh sahaja dikira dengan jari. Boleh dikatakan mereka hadirin yang sama setiap kali majlis seumpama itu diadakan.

Majlis serupa ini mungkin gagal menarik minat umat Islam di sekitar surau atau masjid berkenaan kerana beberapa faktor antaranya kerana cara penyampaian ceramah tidak mencerminkan peredaran zaman. Terdapat juga penceramah yang cuba menggunakan perkataan bombastik tetapi sama ada terkeluar konteks sama sekali atau tidak dapat difahami oleh pendengar.

Ayat tradisional seperti “barangsiapa… nescaya…” yang sudah lagi tidak berupaya menarik minat golongan muda dan apatah lagi golongan atau membuatkan mereka takut kepada Allah.

Sejak dulu lagi sudah ada suara yang melahirkan kebimbangan ini. Nampaknya dakwah Islamiyyah bukan sahaja gagal disampaikan kepada orang bukan Islam tetapi turut sama gagal disebarkan kepada umat Islam sendiri.

Namun kesalahan kerana tidak menghadiri majlis ilmu dan agama seperti ini tidak harus diletakkan kepada umat Islam semata-mata, termasuk mereka yang berhasrat untuk menghadirinya tetapi mengalami fenomena hilang minat secara tiba-tiba akibat beberapa perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Pernah di satu ketika dulu, sekitar bulan Ramadan tahun 2007, beberapa orang anak muda yang tinggal di sebuah kawasan perumahan kelas sederhana atasan berkunjung ke sebuah masjid untuk turut bersama hadir dalam majlis Qiyyamulail. Mungkin suasana bulan Ramadan ini telah menyebabkan mereka mahu mengubah cara hidup langsung cuba mendekati Allah. Tetapi selepas kedua mereka tidak lagi muncul sehinggalah malam terakhir gara-gara penceramah kerajaan yang ditugaskan untuk memimpin majlis pada malam itu telah sampai lewat. Majlis sepatutnya bermula jam 3.00 pagi tetapi penceramah hanya tiba di masjid jam 4.20 pagi.

Bagi generasi muda ini, sekiranya perkara menepati waktu yang paling asas dan dituntut oleh Islam ini pun gagal untuk orang yang sepatutnya mencapaikan ceramah tentang agama, bagaimanakah mereka harus memberikan kepercayaan kepada apa yang bakal diperkatakan. Ia cuma menepati ungkapan ‘cakap tak serupa bikin’.

Sebagaimana perbandingan, senario berbeza terlihat di masjid dan surau yang diasosiakan dengan PAS terutama sekali di Kelantan dan Terengganu. Tanpa menyentuh soal politik, apabila masjid dan surau ini mengadakan majlis ilmu dan ceramah agama, termasuk kuliah Subuh, kuliah selepas waktu Maghrib, Qiyyamulail dan sebagainya, jumlah yang hadir adakalanya melimpah keluar bangunan.

Mereka yang hadir itu bukan sahaja terdiri dari golongan ahli dan penyokong PAS tetapi termasuk dari ahli dan penyokong UMNO serta mereka yang tidak menyokong mana-mana parti politik. Rata-rata semuanya hadir untuk menimba ilmu dan seterusnya mendapatkan keberkatan.

Walaupun adakalanya pendekatan bahasa penceramah PAS ini masih lagi bernada tradisional, tetapi setiap yang hadir berjaya memperolehi ilmu baru, kesedaran segar dan paling penting keinsafan untuk berusaha mengubah diri agar dapat menjadi insanul kamil dan hamba yang diredai Allah.

Suka atau tidak hari ini, terdapat mereka dari golongan generasi muda yang menyokong politik UMNO tetapi dalam waktu yang sama memiliki pengetahuan agama yang kukuh adalah terdiri mereka yang telah ditarbiyyahkan dan didik oleh PAS menerusi majlis ilmu dan agama anjuran PAS, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Ada yang merasa hairan mengapakah kerajaan yang dikuasai UMNO dengan sumber kewangan serta prasarana termasuk masjid yang lengkap dan tidak terhad gagal membudayakan agama kepada golongan muda ini menerusi pelbagai program agama yang tidak semestinya terbatas kepada majlis ceramah seumpama itu.

Sebaliknya kegagalan melahirkan sebarang usaha jitu atau menganalisis prestasi keberkesanan program seumpana itu dan kegagalan mengawasi hala tuju golongan muda sama ada oleh kerajaan, oleh UMNO atau oleh agensi agama di bawah pentadbiran kerajaan memperlihatkan trend negatif dan penyerapan budaya hedonisme yang seolah-olah tidak disemak langsung.

Sekiranya program agama melepaskan batuk ditangga termasuk program seperti Imam Muda yang diselitkan sebagai program TV di celah-celah program Barat yang menghidangkan aksi intim serta program tempatan yang mempamerkan wanita Malaysia dengan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar aurat dan cukup mengaibkan berterusan maka kita mungkin akan berjaya melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang dinamik dan progresif tetapi bukan umat Islam yang bertaqwa.

Di kalangan ahli dan penyokong PAS golongan muda, terdapat ramai anggota profesional dan mendapat pendidikan Barat tinggi malah di peringkat sarjana dan juga doktor falsafah. Mereka ini tidaklah begitu berminat dengan politik dalam erti kata politik per se. Mereka bekerja di sektor kerajaan dan swasta dan moden dari segi pendekatan dan cara hidup. Bezanya, mereka adalah merupakan anak-anak muda yang cukup bertaqwa.

Mereka ini tidak keberatan menyertai majlis ilmu dan agama di masjid atau surau kerajaan atas nama menambahkan lagi ilmu agama dan seterusnya ketaqwaan. Tetapi sudah tentu mereka memerlukan lebih dari sekadar, “barangsiapa…nescaya” atau analogi tentang ganjaran pahala Tuhan yang disamakan macam kredit telefon bimbit (sebagaimana yang disampaikan oleh seorang penceramah kerajaan di sebuah masjid Ampang beberapa tahun lalu.)
Blog Widget by LinkWithin