;

Jumaat, 17 Mei 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit. 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati). a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong). a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. b) Bersin i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 3. BATUK a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG. c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 4. KERONGKONG a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius. 5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman) a) Bibir pucat i) Sistem penghadaman yang lemah. ii) Perut mengandungi angin. iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin. 6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah. a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 8. KULIT Berpeluh : a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI a. Sakit Sendi i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism). iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 14. TANDA-TANDA DALAMAN A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. b) MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman 18. KENCING a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 19. BUANG AIR BESAR a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 20. BADAN a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah. 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : a) Sistem jantung yang lemah. b) Sistem saraf otak yang lemah. c) Masalah pengaliran darah. 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Selasa, 30 April 2013

Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua darjat..!!!

Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya tertangkap…. Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman : 4 tahun penjara 3 sebatan Kes amil ini direman bermula disebabkan : Dilantik oleh Majlis Agama untuk mengutip zakat telah ‘gagal’ memulangkan wang zakat yang dikutip Beliau telah melarikan wang kutipan zakat tersebut Ini satu jenayah. Justeru, beliau direman Akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Semoga jadi pengajaran buat semua. Lain kali, jangan sesekali menyalahgunakan duit zakat. Masih ramai lagi yang belum dapat bantuan & lebih memerlukannya. Kadang-kadang nak mohon bantuan zakat cukup sukar lagi. Jadi, yang salah tetap salah, tidak kira orang atas ataupun orang bawah yang buat. Salah tetap salah. Tidak boleh diselindung-selindung lagi. Jadi, kes untuk rakyat biasa telahpun selesai. Apabila kami membaca laporan kesalahan & hukuman yang dikenakan terhadap bekas imam ini, kebetulan pula kami ada keluarkan satu lagi kes rakyat Malaysia, kali ini melibatkan bertaraf menteri yang mana perbuatannya “lebih kurang sama sahaja bunyinya” dengan kes bekas imam di Kulaijaya, Johor ini. Pinjam, seleweng, salahguna duit zakat untuk tujuan menampung kos guaman kes Qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi yang peliknya masih lagi tiada tindakan yang selanjutnya daripada pihak yang berkuasa? Samada nak jatuhkan hukuman itu perkara nombor dua. Adakah situasinya masih lagi berbeza selepas disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara? Adakah nasib amil tadi akan berubah jika beliau terus buat bayaran semula duit zakat yang telah beliau gunakan itu? Apa pendapat anda?

Jumaat, 26 April 2013

Kenapa risau untuk berubah?

SEORANG teman pernah mengungkap ratap keluhannya tentang keadaan kecelaruan politik yang terpaksa ditempuhi hari ini. Pernyataan itu diungkap dalam catatannya di Facebook lebih kurang begini: “Barisan Nasional bukanlah pilihan, tetapi Pakatan Rakyat juga membimbangkan ...” Keluhan seperti ini sebenarnya dikongsi rasa kebanyakan anak muda hari ini yang sudah muak dengan perilaku pemimpin BN, dan dalam masa sama, mereka tetap berwaspada ke atas kelemahan Pakatan. “Apa pilihan yang ada?” demikian antara deretan pertanyaan orang-orang dalam kumpulan ini. Tajribah eksperimen dalam menukar kerajaan adalah sesuatu yang amat mahal harganya bagi mereka barangkali. Seolah-olah, jika ditakdirkan Pakatan memerintah, maka keadaan menjadi lebih buruk dan binasa teruk dibanding sebelumnya ketika di bawah BN. Sedangkan perbandingan antara BN dan Pakatan ini boleh dijelaskan dengan pernyataan: “Seburuk-buruk Pakatan adalah sebaik-baik BN.” Kelompok ‘atas pagar’ ini mesti diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk membuat penilaian secara bijaksana. Kelompok ini perlulah dimesrakan selalu dengan pujuk rayu bahawa “menukar kerajaan bukanlah salah atau satu jenayah”. Dan, hakikat ini (percubaan menukar kerajaan) sememangnya lumrah, dan sering berlaku di kebanyakan negara demokrasi. Dan, ketakutan ini sedang diciptakan Umno-BN setiap hari. Yang terhidang dan siap tersaji sebagai santapan fikiran umat hari ini adalah “keburukan menukar kerajaan”. Kita patut meluruskan semula garis-garis penyimpangan ini. Betapa eksperimen menukar kerajaan tidak sepatutnya digambarkan sebagai “jenayah.” Hal ini membuat Dr Mahathir Mohamad jadi resah selalu. Dr Mahathir rela meletakkan jawatan sebagai PM, tetapi beliau tidak merelakan kerajaan BN bertukar. Hal ini juga disokong Pengerusi KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen), Ahmad Lutfi Othman ketika cuba mengungkap beberapa pola pemikiran yang seringkali bermain di fikiran pengundi yang dahagakan perubahan, tapi dalam masa sama masih kekal berada di dalam zon curiga itu. “Dr Mahathir memang takut apabila rakyat cuba melakukan eksperimen menukar kerajaan ini,” begitu luahnya dalam suatu temubual ringkas bersama beliau di pejabat Harakah dekat Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Lutfi, memang ada kalangan rakyat yang berasa muak dengan BN, tetapi golongan ini juga masih kekal menaruh kewaspadaannya ke atas Pakatan, mungkin disebabkan pendedahan media tentang kurang persefahaman di antara parti-parti komponen. “Majoriti rakyat dan jelak dengan karenah Umno-BN terutama berkaitan kecurangan dan korupsi tetapi mereka juga diragukan untuk membuat perubahan,” tambahnya. Hal sedemikian tidak boleh dipersalah ke atas rakyat seratus peratus apatah lagi dalam keadaan BN masih menakluk media awam yang didanai rakyat. Jelas, ini bukannya demokrasi tulen. Bagaimanapun, dari sudut lain, Ahmad Lutfi turut menggesa golongan yang masih was-was dengan Pakatan agar berani mencuba. Pengalaman memerintah beberapa negeri dan pujian Ketua Audit Negara terhadap perjalanan ekonomi negeri masing-masing menjadi testimoni terbaik. “Perubahan hanya dapat dilakukan dengan menukar kerajaan, rejim yang telah memerintah hampir 6 dekad sudah mempunyai banyak peluang tapi disesiakan begitu saja,” kata Ahmad Lutfi. Baginya, perubahan pemikiran rakyat itulah yang lebih diutamakan sebenarnya. “NGO dan masyarakat sivil contohnya mestilah diperkasakan,î kata beliau lagi sambil menekankan sikap terbuka pemimpin Pakatan bila memerintah nanti. Ahmad Lutfi turut menekankan, perjuangan rakyat tidak berakhir hanya keran Pakatan berhasil menggulingkan BN kelak. Daripada segi lain, beliau menyeru rakyat agar melihat kepada kekuatan gerakan massa sebagai jentera yang paling utama dalam usaha membentuk suasana politik yang baharu. Paling mustahak, tegasnya, sebarang kebimbangan atau kerisauan untuk menukar kerajan mesti dibuang. Rakyat harus diyakinkan bahawa penggiliran parti pemerintah adalah kelaziman dalam sebuah negara demokrasi. “Sistem pentadbiran awam kita sudah kukuh, dan ia tidak akan terganggu, malah diperkukuhkan lagi apabila Pakatan memerintah. Cukuplah 57 tahun rakyat beri kesempatan kepada Umno, bukan tidak ada jasanya tetapi lebih baik kita mencari sesuatu yang lebih baik, ‘kan?” katanya. Setelah mengundi nanti, maka berdoalah dan bertawakallah dan terus-menerus berusaha agar keadaan akan menjadi semakin lebih baik dibanding hari-hari sebelumnya di bawah pentadbiran zalim Umno-BN. Ahmad Lutfi sempat memaklumkan perkembangan membanggakan tentang sambutan derma orang ramai terhadap kempen dana penerbitan KAMI, yang dilancarkan Dr Haron Din baru-baru ini. “Alhamdulillah, KAMI sudah mengedarkan lebih 70,000 naskhah sisipan Bangkit secara percuma dan banyak lagi akan dibekalkan kepada pengundi, termasuk bahan penerbitan mengenai keperluan untuk melakukan perubahan,” tambahnya.

Rabu, 24 April 2013

Isnin, 22 April 2013

Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud.

Manusia, apabila diberikan sesuatu kelebihan oleh Allah akan mula jadi takbur, sombong, riak, bongkak dan lupa diri kecuali mereka yang punya keikhlasan hati, tawadduk, iman dan taqwa kepada Allah. Begitulah apa yang terjadi di Gombak baru-baru ini. Serangan di ceramah Pakatan Rakyat di serang oleh kumpulan samseng UMNO yang tidak berakhlak yang diketuai oleh Ketua UMNO kawasan Gombak yang juga merupakan anak kepada Mahaguru Silat Lincah Malaysia. Sepatutnya kelebihan bersilat yang dianugerah Allah digunakan untuk kebaikan, meleraikan jika didapati ada dua puak yang bergaduh secara baik dan mesra, tetapi sebaliknya yang ditonjolkan ialah mereka ingin menunjukan mereka hebat, jaguh dan tidak ada siapa yang boleh menentang mereka kerana mereka ahli silat dan penyokong tegar UMNO. Apakah mereka yakin dengan silat mereka itu tidak ada siapa yang boleh mengalah dan menumbangkan mereka? Inilah golongan yang syirik kepada Allah dengan meresakan mereka punya kehebatan dan kuasa dan bebas berbuat apa saja. Inilah perangai dan akhlak Zionis dan iblis sebenarnya. Persatuan silat lincah ini memang sudah diketahui akan kecondongan mereka kepada UMNO selama ini apatah lagi persatuan mereka mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan UMNO. Namun kini budaya samseng dalam UMNO juga telah terpalit dalam persatuan ini seolah-olah mereka menjadi perlindung kepada budaya ganas dan samseng UMNO. Apakah ini tujuan sebenar Persatuan Silat Lincah ini ditubuhkan? Jika kamu hendak tunjuk hebat sangat, hantar sahaja kesemua ahli kamu ke Palestin itu berdepan dengan Israel, jika berani. Pasti mereka tidak akan berani kerana dalam UMNO walau siapa pun mereka, sifat untuk berjihad tidak ada dalam diri mereka, yang ada cuma sifat untuk menyusahkan orang, memporak-porandakan perpaduan rakyat dan merompak harta rakyat. Mereka cuma berani di sini sahaja itu pun kerana dilindungi oleh UMNO dan polis. Kami dari pembangkang tidak sedikit pun gerun dengan silat kamu kerana kami hanya takut kepada Allah. Jika Allah mengizinkan kami menumpaskan kamu, insyaallah tidak ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun kamu membawa Mahaguru silat kamu yang terkenal dengan samseng dan takburnya itu. Jika beginilah sikap dan akhlak puak UMNO, apakah rakyat ingin lagi menyokong dan menyokong UMNO? Tidak mustahil, dimasa hadapan jika UMNO masih berkuasa lagi, mereka akan menggunakan samseng seperti ini untuk mengugut dan merampas harta atau tanah-tanah rakyat untuk digadai atau dijual untuk mendapatkan untung atas angin dengan alasan untuk pembangunan, jika ada rakyat yang ingkar terutamanya di kampung-kampung akan dibelasah, dihalau dan dibakar rumah mereka. Tidak mustahil ini boleh berlaku. UMNO akan berbuat apa sahaja jika mereka terus diberikan kuasa untuk memerintah. Keganasan yang mereka lakukan sekarang adalah bukti bahawa mereka akan sanggup melakukan lebih dari itu dimasa akan datang sekiranya apa yang mereka inginkan dihalang. Oleh itu dicadangkan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas PRU13 nanti, pastikan Kerajaan baru nanti juga turut mengharamkan Pertubuhan Silat Lincah ini dari terus bertapak dalam negara ini. Batalkan pendaftaran mereka dan haramkan semua aktiviti mereka kerana persatuan ini sudah menjadi bahaya dan mula bergerak ala keganasan sekarang ini. Rakyat ingin berceramah diugut dan diserang. Tanah-tanah milik rakyat (orang Melayu) digadai secara paksa. Rumah-rumah Allah boleh diroboh, disekat dari dimakmurkan. Biasiswa untuk pelajar anak-anak orang miskin dan tidak menyokong UMNO dinafikan. Bantuan untuk rakyat miskin disekat kecuali yang menyokong UMNO. Pelajar-pelajar di luar negara yang tidak mirip kepada UMNO dinafikan hak bantuan kewangan dan tempat tinggal. Agensi penguatkuasa undnag-undang yang sepatutnya menegakan keadilan, menjaga keselamatan rakyat diperkudakan untuk kepentingan pemimpin UMNO. Rakyat bawahan buat salah kecil pun diambil tindakan seperti penjenayah sedangkan dalam masa yang sama pemimpin UMNO dan anak beranak mereka bebas buat sesuka hati walaupun melanggar undang-undang dan menindas rakyat dan banyak lagi kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO semenjak mereka memerintah. Polis nampaknya seperti hilang taring bila berdepan dengan UMNO. Mereka khianat kepada amanah dan tanggungjawab semata-mata untuk menjaga UMNO. Negara ini bukan milik UMNO. Rakyat seolah-olah jika ingin bebas dan mahukan sesuatu mesti menyokong UMNO. Harta negara ini bukan milik UMNO. Ingatlah, sekiranya rakyat masih memberi mandat dan menyokong UMNO dan PRU13, tunggulah kezaliman yang berganda akan mereka lakukan nanti. Mereka tidak akan peduli apa yang rakyat hendak bantah atau pertikaikan kerana bagi mereka dalam masa untuk menunggu PRU14, mereka akan buat apa saja kerana rakyat tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Ingatlah sebelum terlambat. Golongan yang begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan UMNO ialah golongan yang ada kepentingan peribadi dan anak beranak bukan untuk membela orang Melayu dan rakyat. Oleh itu, jangalah mudah terpedaya dengan hasutan, lakunan dan pujuk rayu mereka supaya rakyat menyokong UMNO lagi. Mereka semua hanyalah iblis yang bertopengkan manusia sahaja. Penipu, pendusta, penyangak, pengkhianat dan penindas rakyat yang manis dimulut dan senyuman dibibir yang dibuat-buat sedangkan mereka lebih bahaya dari racun. Rakyat dan negara tidak akan pernah selamat lagi sekiranya UMNO dibiarkan terus wujud lagi. Hancurkan UMNO, tumbangkan UMNO. “Ya Allah, hancurkan UMNO dengan sehancur-hancurnya, Engkau porakporandakanlah serta pecah-pecahkanlah hati-hati puak-puak mereka sehingga mereka berpecah dan menzalimi sesama sendiri. Kezaliman, penipuan, penindasan serta penghinaan mereka terhadap kami sudah keterlaluan dan sudah melampau, Ya Allah. Lindungilah kami Ya Allah dari puak UMNO ini dan janganlah engkau kumpul atau masukan kami dalam golongan UMNO ini samada di dunia atau di akhirat. Janganlah engkau condongkan hati-hati kami untuk bersama, menyokong atau rasa simpati terhadap golongan zalim, penindas dan penipu ini, Ya Allah. Hancurkanlah, tumbangkanlah, musnahkanlah UMNO ini demi untuk menyelamatkan Islam, negara, aqidah, akhlak, harta dan keselamatan kami semua Ya Allah. Amin”. Wallahualam.

PRU 13: Panas, celaru dan sesak

Pilihan Raya Umum ke-13 ini ialah yang pertama dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bagi Barisan Nasional, dan kali pertama Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya umum bersama selepas ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Selesai penamaan calon pada 20 April lalu, pilihan raya kali ini mencatat sejarah dengan jumlah 579 calon merebut 222 kerusi Parlimen, dan 1,321 bersaing di 505 kerusi negeri, dan tiada satu pun kerusi dimenangi tanpa bertanding. Pilihan raya umum kali ini muncul menjadi pilihan raya yang dikuasai isu-isu panas sehingga menyentuh pelbagai hal sensitif, bercelaru dengan parti-parti pemerintah dan pembangkang menyaksikan jumlah besar ahli bertanding bebas dan pada masa sama gagal mencapai persefahaman asas bertanding satu lawan satu menentang BN, dan jumlah calon yang banyak hingga berlaku persaingan sehingga tujuh penjuru. Barisan Nasional Kebimbangan menghadapi tentangan ahli menjadi realiti apabila lebih 20 ahli bertanding bebas tanpa mandat parti, dan menghadapi tindakan pecat. Ini berlaku selepas proses panjang pemilihan calon, yang dilihat mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan pengundi muda dan mengemukakan imej baharu yang lebih segar kepada pengundi, selepas bencana Pilihan Raya Umum ke-12. Paling berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Muka-muka baharu yang ramai dicalonkan memungkinkan tindakan protes daripada orang lama yang tidak berpuas hati. BN walau bagaimanapun kelihatan mempunyai keyakinan baharu untuk menhadapi pilihan raya kali ini. Pakatan Rakyat Persetujuan paling asas dalam pilihan raya, satu lawan satu menentang BN gagal dilaksanakan, apabila bertembung sesama sendiri di tujuh kerusi; satu persekutuan dan enam negeri, melibatkan PKR dan PAS. PKR dan DAP juga menghadapi ahli bertanding bebas ekoran tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan utama parti. Isu pertembungan sesama sendiri menjadi berita panas dalam kalangan PR seminggu sebelum penamaan calon. Perkembangan ini jauh sekali daripada kegembiraan selepas pilihan raya 2008, dan semangat yang diperhatikan sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, kempen PR kali ini muncul sebagai kempen paling yakin dalam usaha menggantikan BN sebagai kerajaan di peringkat persekutuan. Kerusi marginal Kerusi-kerusi dimenangi dengan majoriti tipis menjadi perhatian dalam setiap pilihan raya, dan dalam persaingan yang dijangka sengit kali ini, kedua-dua BN dan PR berharap dapat merampas kerusi-kerusi panas ini, seperti PAS yang mensasarkan Arau dan BN mensasarkan Kuala Selangor. Sejumlah 14 kerusi Parlimen di seluruh negara dimenangi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kurang 1,000 undi. Negeri-negeri medan persaingan utama Selangor, Terengganu, Perak, Kedah dan Kelantan kesemuanya mempunyai jumlah kerusi marginal yang agak banyak. Daripada 32 kerusi negeri di Terengganu, 12 dimenangi dengan majoriti bawah 1,000 undi. Parti-parti kecil Parti yang melalui laluan sukar sejak penubuhan, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, bertanding di dua kerusi persekutuan dan 11 negeri. Parti Berjasa kembali bersaing, mengambil kesempatan daripada sentimen negatif terhadap PAS, dengan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan lima kerusi negeri. Pilihan raya kali ini akan menjadi medan ujian kepada parti-parti kecil terbabit, mengukur sejauh mana kemampuan dan populariti mereka. "Malaysian spring" Jangkaan tentang protes massa besar-besaran pada Pilihan Raya Umum ke-13 sentiasa menjadi topik yang diperdebatkan antara dua gabungan utama BN dan PR, dengan masing-masing menuduh pihak lawan akan mencetuskan kekacauan sekiranya tewas. Pelbagai petunjuk memberi gambaran kecenderungan sesetengah pihak dalam kalangan penentang BN untuk mencetuskan protes massa "Malaysian spring," sekiranya tidak berpuas hati dengan tahap integriti pilihan raya kali ini. Politik berasakan kaum Sekuat mana pun retorik disuarakan kedua-dua belah pihak sama ada BN mahupun PR, politik berasakan kaum masih menjadi senjata penting kempen politik di negara ini. Pemilihan kerusi untuk ditandingi tidak dapat mengabaikan komposisi pengundi, isu ketuanan Melayu masih menjadi bahan kempen Umno, sebahagainnya digunakan untuk menafikan beban sejarahnya sendiri yang penuh dengan pencabulan amanah, dan kebimbangan terhadap dasar dan peraturan bersumberkan Islam masih dimomokkan kepada pengundi Cina. Ketiadaan debat ideologi Hampir semua isu kedua-dua kumpulan utama, BN dan PR berasaskan kepada isu, dengan kedua-dua menaburkan janji-janji populis. Pemerhatian terhadap ideologi parti-parti bertanding kebanyakannya disembunyikan dengan petikan-petikan kenyataan ringkas dan pelbagai imej dan simbol pop. Kebangkitan liberal dan reaksi konservatif kurang dinilai dengan lebih mendalam di media. Sentimen kelihatan menguasai hampir sepenuhnya pilihan raya kali ini.

Kubur Zulkifli Nordin sudah digali, 101% pasti

"'Ini kerja gila namanya, ada ker diletakkan orang gila disini!'. Marah setiausaha umno cawangan bila diketahui zulkifli nordin (ZN) menjadi calon parlimen dishah alam. Bukan sahaja cawangan itu yang geram dengan pencalonan zn itu malah hampir 85% ahli2 umno shah alam benci dengan keputusan najib meletakkan calon yg dianggap haprak ini. Sudahlah calon umno pasir mas, sengaja tidak datang untuk mencalonkan dirinya atas kerana memberi laluan kepada ibrahim ali (AI) yang meraung kepada najib utk diberikan kerusi parlimen itu. Aku seronok IA bertanding kali ini dipasir mas, kerana kita harus akhirkan karier politik IA itu dengan cara yang dunia ketahui. Biar rakyat yang mewawarkan kekalahan IA itu dan bukan dengan membunuh kariernya secara senyap.Itu tidak menarik dan tidak seronok. Biar IA malu dengan dunia, biar dia tahu masanya sudah lama berakhir.. 'Najib tu ingat orang2 shah alam ni kebulur sangat ker nak undi ZN tu, sejak muka dia keluar tv ni,aku tengok makin benci dan makin nak ludah jer muka dia tu', marah ketua bahagian disalah satu bahagian ketika menutup bilik gerakkannya malam itu. 'Kalau kau nak menang ZN, kau buatlah sendiri kempen2 kau tu, Aku takleh tengok muka kau lagi,naik angin jer aku tengok muka kau tu'. sambung beliau kepada rakan2 umnonya disitu. Begitu sekali marah orang2 shah alam kepada najib dan ZN atas perletakkan orang2 sampah seperti zn ini. Shah alam yang merupakan kawasan elit melayu berpendidikan tinggi dihina keintelektualan mereka dengan pencalonan zn itu. Shah alam yang terdiri daripada para ilmuan, datok2, tan sri2 dan orang kebanyakkan merasa bahawa ini adalah penghinaan yang amat sangat. Orang seperti zn itu patut bertanding di dalam zoo sahaja kerana dia tidak menepati citarasa orang2 shah alam yang inginkan wakilnya itu berada pada standard yang tinggi serta akhlak yang baik. 'Aku dah malu nak pakai lencana gambar dacing dengan gambar zn ini. Dah takder nur dah aku tengok muka zn ni. Kalau ia pun najib ni letaklah orang yang semenggah sikit, dulu dah diletaknya aziz shamsudin pun aku dah benci, inikan pula zn ni.aduhhh pening aku dengan umno ni'. Begitu sekali marahnya bendahari umno cawangan itu kepada najib. Perletakkan calon bn iaitu zn telah menjadikan shah alam tidak bermaya untuk ahli2 umno utk bekerja memasang bendera parti. Didalam hati mereka cuma ada sumpah seranah kepada pucuk pimpinan yang langsung tidak menghiraukan calon2 berkaliber mereka di akar umbi yang sentiasa menunggu utk dinaikkan oleh pengikut2 mereka disitu. 'Kenapa harus orang luar itu mewakili kita. Sudah lah orang luar, munafik politik pulak tu.' Marah mereka bukan kepalang lagi. Keadaan ini telah menjadikan kerja2 saudara khalid samad semakin mudah. Tiket MP shah alam semakin digenggaman tangan. Selangor wajib dipertahankan walau sesiapapun musuh yang datang. PAra askar2 PR wajib berusaha keras memangkan para2 pejuang yang sekarang ini semakin kuat berjuang untuk memepertahankan kuasa rakyat yang semakin tertindas ini. 'Kubur kau zn dah aku gali, kau matilah kat sini'. jerit seorang ahli ketika hari penamaan calon berlangsung itu hari.Marah mereka sudah tidak mampu lagi utk disimpan. Biarlah dibuang dari parti sudah tidak memberi kesan lagi buat mereka. 'Tahniah khalid samad, aku akan undi kau secara senyap,jangan takut'. Bisik ketua cawangan umno ketika membakar bendera2 dacing yang dikutipnya sebelum menutup bilik gerakannya buat selamanya.

DUN Rantau dalam Parlimen Rembau ialah pusat pembuangan sisa toksik Malaysia

"Antara isu besar penduduk di DUN Rantau dalam Parlimen Rembau yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke saat ini ialah kewujudan operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan yang mengancam kesihatan penduduk sekitar. Dato Seri Mohamad Hassan, calon Umno DUN Rantau pernah berkata sekiranya didapati kajian yang dibuat menunjukkan operasi di Pusat Kualiti Alam tidak lagi sesuai, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk tidak menyokong kewujudan kilang tersebut untuk operasi selepas tahun 2012. Kini sudah tahun 2013, apakah penduduk di DUN Rantau akan terus diancam kesihatan mereka oleh operasi tapak pelupusan sisa toksik tersebut? ************** Padah pencemaran sisa toksik Sinar Harian 14 April 2013 NILAI - Penghuni Felda Sendayan, di sini, gusar berikutan pusat pelupusan sisa toksik berhampiran menghasilkan pencemaran yang menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan. Penduduk mendakwa, tahap kesihatan mereka sering terjejas akibat bau busuk dan asap pelbagai warna dilepaskan premis itu yang wujud sejak 15 tahun lalu. Salah seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 33, berkata, hampir 10 tahun dirinya menderita masalah kulit yang serius dan keadaan bertambah teruk setiap kali dia berpeluh lantaran gatal tidak terhingga. “Saya mula alami masalah ini selepas bekerja selama tiga bulan di pusat pelupusan itu suatu masa dahulu. Selain itu, penyakit saya akan berulang apabila terhidu bau gas toksik di rumah, hampir setiap malam. “Saya sudah puas berulang alik ke hospital dan bermacam-macam ubat telah dicuba, namun tetap tidak sembuh sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. ************** 'Kami tak mampu bersabar lagi' Sinar Harian 23 Oktober 2012 Kesabaran penduduk Felda Sendayan berhadapan dengan pencemaran udara sejak 16 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila mereka yang tinggal berdekatan Pusat Kualiti Alam mendesak agar ia dipindahkan segera. Seorang penduduk, C Poopathy, 68, berkata, sejak pusat pelupusan sisa kimia itu dibuka, dia sering mengalami sakit tekak dan sesak nafas. “Rumah saya yang paling hampir dengan pusat pelupusan itu kira-kira satu kilometer sahaja dan saya boleh melihat dengan jelas asap tebal yang keluar dari pusat berkenaan. “Selain itu, saya juga sering mengalami gatal-gatal kulit. Saya menghidap asma dan sering berulang alik ke hospital setiap bulan, keadaan ini sudah tentu menyebabkan penyakit saya bertambah teruk,” katanya. Poopathy berkata, dia menetap di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak berhasrat untuk berpindah. ************** Hujan berwarna kuning di Felda Sendayan Peneroka Felda di Negeri Sembilan yang dijanjikan menjadi jutawan segera setelah menjual tanah mereka merungut bukannya kekayaan yang turun daripada langit, tetapi mereka mendakwa sekarang ini hujan “berwarna kuning” yang turun berkemungkinan berpunca daripada pusat pembuangan sisa toksik industri yang berhampiran. “Dalam beberapa kilometer daripada sini terdapat kilang memproses sisa toksik berjadual. Pada peringkat permulaan pembinaan kilang ini, ramai penduduk yang telah membantah”, kata salah seorang daripada 185 peneroka yang menandatangani memorandum. Peneroka-peneroka ini adalah daripada Sendayan – terletak 20 km daripada Seremban yang mempunyai sekitar 5,000 orang penduduk dari 513 keluarga. Menurut penduduk di situ, pada mulanya mereka tidak menyangkakan kerajaan akan membina kilang pemprosesan sisa toksik Bukit Nanas yang boleh membahayakan kesihatan mereka. Walaubagaimanapun, asap yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan yang terbina sejak 1998 telah mula mengganggu kesihatan dan kehidupan mereka. ************** Kerajaan Negeri Sembilan kaji operasi Pusat Kualiti Alam December 16, 2012 SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan berkata Kerajaan Negeri Sembilan sudah memulakan langkah dalam mengkaji secara terperinci sama ada operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan perlu dikekalkan atau tidak. Mohamad menambah sekiranya didapati kajian yang dibuat menunjukkan operasi di Pusat Kualiti Alam tidak lagi sesuai, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk tidak menyokong kewujudan kilang tersebut untuk operasi selepas tahun 2012.

Jumaat, 22 Mac 2013

KISAH SERAM!! KAKI MENCARI JASADNYA

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali. Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur. "Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap. "Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya. Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya. Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya. Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu. "Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya. "Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi. Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi. Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak. "Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak. "Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah. "Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa? Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya? Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya. Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu. "Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya. Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya. "Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar. "Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain. "Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut. "Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan. "Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah. Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Rabu, 20 Mac 2013

Jauhilah politik aibkan maruah

KECENDERUNGAN mengaibkan pihak lawan dengan pelbagai cerita berupa tohmah yang belum tentu akan kesahihannya bagaikan sudah lumrah dan sebati dalam kerangka politik kepartian masa kini. Setiap pencacai parti-parti politik kini tidak kira pemerintah mahupun pembangkang bagaikan berlumba-lumba mendedahkan aib pihak lawan. Menariknya dalam keghairahan mendedahkan aib lawan, sering kali juga mereka suka menuding jari menuduh pihak lain yang melakukan penyimpangan tersebut. Ia samalah seperti pencuri menuduh dan cuba meyakinkan orang ramai bahawa orang lain yang mencuri. Memanglah tidak ada pencuri mengaku dia mencuri. Tapi sikap menuding jari pada orang lain demi mengaburi mata orang ramai akan hakikat kebobrokan dirinya pastilah tidak akan membawa apa-apa makna. Namun apa boleh buat kerana demikianlah realiti budaya politik masa kini yang bagaikan sudah semakin lompong akhlak dan akal-budi Islami sehinggakan yang mengakar adalah budaya songsang yang langsung tidak berpaksikan agama dan hukum moral manusiawi. Bagi penulis budaya politik sebegini tentunya tidak cocok bahkan merupakan tragedi kepada politik Islam yang seharusnya berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang sejati. Jika ditelusuri prinsip Islam, membuka aib sesama Islam adalah suatu yang amat keras dilarang ALLAH sebagaimana ayat 12 daripada Surah Al-Hujurat: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian besar prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan aib orang lain; dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.” Menjaga aib sesama Islam begitu dititikberatkan oleh junjungan Rasulullah SAW sehinggakan pernah diriwayatkan satu kisah selepas selesai solat Asar di Masjid Quba’, seorang sahabat lalu mengundang Nabi SAW berserta jemaah menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika sedang makan, terhidu para sahabat suatu bau yang kurang menyenangkan. Wajah Nabi SAW sedikit berubah tanda tidak selesa. Maka tatkala waktu Maghrib hampir masuk, sebelum majlis bersurai, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa makan daging unta, hendaklah dia berwuduk!”. Mendengar sabda Baginda ini, maka seluruh jemaah tadi mengambil wuduk. Maka terhindarlah aib orang yang terbuang angin di khalayak tadi. Begitulah tingginya peribadi Nabi SAW yang begitu mengerti kesan psikologi seseorang yang mungkin menerima aib daripada perbuatannya. Bahkan kesan psikologi dimalukan mampu mencetuskan kekeruhan bahkan merungkai hubungan persaudaraan sesama Islam yang menjadi teras kekuatan umat. Sebab itulah Islam cukup menitikberatkan aspek menjaga aib sesama saudara seIslam sehinggakan jika seseorang melakukan maksiat kepada ALLAH secara sembunyi selagi tidak merugikan orang lain seperti perbuatan dirinya meminum arak, berzina dan lain-lain, maka dikehendaki ditutupi aib tersebut, bahkan tidak boleh dihebahkan kepada orang lain. Sekalipun diketahui maksiat sebegini dilakukan oleh saudaranya, maka kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar, iaitu menyeru yang benar dan mencegah kemungkaran tetap wajib dilaksanakan namun jangan disebarluaskan. Malangnya, budaya politik kepartian masa kini amat jauh daripada garis panduan yang ditetapkan syarak. Pendukung-pendukung parti tidak kira pemerintah mahupun pembangkang, yang berlabel Islam ataupun tidak, sering kali melakukan penyimpangan sebegini demi fatamorgana kuasa yang begitu mengasyikkan. Masing-masing tampak begitu rakus menyelak kain dan mendedahkan aib antara satu sama lain yang hakikatnya belum tentu berpaksikan pada kebenaran mahupun kepalsuan. Lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup menghalalkan tindakan bobrok sebegini dengan menggunakan pelbagai justifikasi agama dengan hujahan beralaskan ayat-ayat al-Quran terpilih ikut selera politik masing-masing. Semuanya sanggup dilakukan demi untuk menang pilihan raya dan berkuasa di Putrajaya. Tanpa disedari, hari ini ‘Putrajaya’ bagaikan zikir wajib yang sering diratibkan dalam minda para pendukung hingga segala prinsip agama dan akhlak sanggup dipertaruh dan digadaikan. Justeru, penulis menyeru marilah kita kembali kepada ajaran Islam sebenar yang seharusnya menjadi teras dalam budaya pempolitikan umat Islam. Ini menuntut setiap kita agar ikhlas dan jujur membanteras budaya politik mengaibkan maruah yang hakikatnya membawa kebinasaan. Oleh: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sahabat Nabi yang masih hidup

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ? Sahabat Nabi yang masih hidup ✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati. ✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup". Sedikit sejarah mengenainya. ✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. ✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari. ✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini." ✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH. ✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

Selasa, 19 Mac 2013

PENAWAR BISA ULAR DAN IKAN SEMBILANG

PENAWAR BISA ULAR DAN IKAN SEMBILANG Jika terkena patukan ular berbisa, cepat2 dapatkan ular itu dan potong sedikit hujung ekornya. Jangan dibunuh pula. Kemudian makan hujung ekor tersebut. Itulah dia penawar ular berbisa. Jangan pula ambil ekor ular lain. Lain pula jadinya... Jika terkena sengatan ikan sembilang, cepat2 ambil ikan itu dan ketuk kepalanya. Ambil lendir atau gel yang ada pada otot ikan tersebut dan sapukan pada terkena sengatan itu. InsyaAllah pulih Petua2 ini boleh dicuba juga dengan petua2 atau tip yang aku pernah berikan sebelum ini iaitu seperti patukan ular dengan tampal guna tembakau kemudian susul ke hospital. Baca di link petua/ kesihatan dan surah Al Fatihah Amalkan bacaan 7 bismillah dan surah Al Fatihah Nota Bisa sengatan ular dan ikan sembilang memang sangat menyakitkan dan boleh membawa maut. Cuba2lah petua ini. Mana yang tak sanggup nak telan ujung ekor ular itu terpulang ler. Yang penting itulah penawarnya kerana ular itu yang mematuk maka ular itu juga penawar...

Jumaat, 15 Mac 2013

Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli

Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'. Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya. Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil! Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya. Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik? Ceritanya begini. Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat. Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariat bahawa setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228. Berbanding dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia. Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya. Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus. Sebelum melanjutkan cerita yang saya petik daripada www.republika.co.id ini, saya mohon maaf kerana tidak menjelaskan bagaimana rupa tanda itu dan di mana kedudukannya kerana hal yang berkenaan tidak dinyatakan dalam artikel yang saya petik. Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin. Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang, perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima tanda daripada lelaki lain pula. Itulah yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam kajiannya, dia mendapati setiap wanita di perkampungan itu hanya mempunyai tanda daripada satu-satunya pasangan mereka sahaja. Dia kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan penempatan bukan Islam itu didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan dengan lelaki selain suami mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di rumahnya sendiri - ke atas isterinya. Malang si Guilhem. Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri. Usai kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya meyakini hanya Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan.

Siapa kata UMNO wakil MELAYU....??? Umno Bukan Wakil Melayu.. Jangan Syok Sendiri

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Gelaran ‘pengkhianat bangsa’ diguna pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) kepada ahlinya yang belot dan menyertai parti lain terutama DAP tambahan pula ia dimomokkan sebagai parti cauvinis dan pelampau. Bekas pemimpin UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri menyifatkan tuduhan itu sebagai angkuh dan syok sendiri apabila UMNO mendakwa mereka pembela dan mewakili Melayu, Ariff yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47 berkata, anggapan hanya orang Melayu yang menyertai UMNO sebagai Melayu, sebaliknya Melayu yang menyertai parti lain dianggap kurang ‘Melayunya’ adalah tidak betul. Ariff berkata, perumpamaan sedemikian sangat dangkal kerana setelah menyertai DAP, sifat Melayu dan Islam beliau tidak sedikit pun berubah. “Saya berada di luar UMNO, Melayu saya tak kurang, Islam saya juga tidak kurang. “Saya nak sebut, kamu (UMNO) nak mewakili Melayu pun tak boleh. Sebab, pada 2008, ada sekurang-kurangnya 5.7 juta pengundi Melayu, calon UMNO hanya dapat dua juta undi. “Ini menunjukkan, 3.7 juta pengundi Melayu pula tak beri undi pada UMNO. Maka, kalau lihat daripada undi, memang memalukan kalau dakwa diri sebagai jurubicara mewakili orang Melayu,” jelasnya dalam temuramah eksklusif. Katanya lagi, slogan pembela Melayu yang sering dilaungkan UMNO itu sekadar untuk sedapkan diri sendiri dan jauh daripada realiti yang berlaku. “Berdasarkan fakta, realitinya lebih ramai orang Melayu menolak UMNO berbanding mereka yang menyokong UMNO,” ujar beliau yang juga bekas ADUN Pulau Manis. Mengenai penerimaan orang Melayu kepada perjuangan DAP, Ariff berkata, orang Melayu semakin menunjukkan minat dan tidak lagi takut atau benci kepada DAP seperti sebelumnya. Menurutnya, ia diperkukuhkan lagi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengamalkan prinsip cekap, akauntabel dan telus yang antara lain memberi manfaat besar bukan sahaja kepada orang Melayu malah meliputi semua rakyat negeri itu. Tambah beliau, ini termasuk pembelaan terhadap kebajikan orang Melayu dan kemajuan Islam di negeri itu melalui pelbagai insentif, bantuan dan dasar. “Banyak yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kemajuan orang Melayu dan Islam. Cuma media yang dikawal UMNO yang menyembunyikan fakta berkenaan. “Hari ini orang Melayu mulai sedar perjuangan DAP ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang baik dan melaksanakan dasar yang adil dan saksama dengan amalan urus tadbir yang cekap dan amanah. Itu yang paling penting,” ujar beliau.

Jumaat, 8 Mac 2013

Jangan kita lupa: 8 Mac 2008

Lima tahun sudah berlalu sejak berlakunya tsunami politik terbesar dalam sejarah Malaysia. Kekalahan besar yang memalukan parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO pastinya tidak akan dilupakan oleh mereka yang dibisukan oleh suara rakyat pada tarikh bersejarah itu; yang telah memilik untuk menolak kepimpinan UMNO dan memberi amanah kepada parti-parti oposisi yang kemudiannya membentuk sebuah koalisi politik bernama Pakatan Rakyat. Lima tahun sejak 8 Mac 2008, Malaysia telah melihat pelbagai perubahan hasil desakan sebuah ikatan pembangkang yang kuat dan kuasa politik rakyat yang mendesak supaya wujudnya sebuah demokrasi yang adil dan berfungsi dengan baik di Malaysia. Lima tahun sudah negeri-negeri Pakatan Rakyat dipimpin dengan berhemah dan cekap; dan membawa kebaikan untuk semua tanpa mengira latarbelakang kaum dan ekonomi. Menjelang pilihanraya umum yang akan datang, jangan kita lupa kepada tsunami politik Mac 2008 yang telah merubah cara kita melihat sistem kerajaan di negara ini. Arus perubahan kian kuat dan bakal membadai di segenap ceruk yang membenih korupsi dan kezaliman. Rakyat pastinya bijak untuk memilih perubahan yang melestari; demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Isnin, 4 Mac 2013

Isu Lahad Datu Harus Dinobat Drama Al-Ma'unah Kedua!

Lahad Datu : Harus dinobat drama al-maunah bahagian kedua.....pelik...seolah-olah nak perbaiki imej polis berikutan isu pukul rakyat semasa perhimpunan bersih. nak naikkan nama polis. gua tak percaya...ini semua adalah drama semata-mata, org bongok ja percaya dengan isu ini. dram nak tunjuk yg UMNO/BN dalah hero rakyat...!!! kisah drama al-ma'unah, masihkah anda ingat? selamat membaca.... Berita ini sudah memaklumkan kepada kita akan niat jahat Kerajaan BN. Dari awal lagi episod Sauk, memang ianya sudah gagal sama sekali meyakinkan kepada majoriti rakyat bahawa insiden kecurian senjata ini benar-benar berlaku. Usahkan rakyat, anggota yang menjaga senjata berkenaan juga demikian. Ini maklumat yang kita sahkan. Apatah lagi jika kita melawat Sauk atau terus ke Kampong Jenalik, pasti penduduk kampong akan menggelengkan kepala tanda tidak percaya kepada drama Sauk ini. Namun kita lihat usaha kerajaan berterusan mahu meyakinkan rakyat bahawa ada segolongan rakyat mahu menentang kerajaan BN secara militan. Usaha mencari punca dan maklumat mengenai gerakan militan hampa bila kumpulan 5 KCK (Cawangan Khas) negeri Perak memberitahu tidak boleh dikaitkan isu ini dengan pembangkang kerana nyata bukan sahaja mereka tidak mempunyai bom molotov atau apa sahaja senjata, hatta mahu disabitkan dengan 'lastik' pun tidak ada. Kerajaan BN tidak hampa nampaknya. Bila ada pihak mendesak hukuman mati dikenakan ke atas semua pelakon drama Sauk yang dinyatakan oleh kerajaan sebagai realiti. Dari situ digambarkan bahawa ketua pasukan pemberontak Al-Ma'unah bercakap seorang diri dalam mahkamah. Kemudian dia dikatakan membaling selipar semasa perbicaraan yang lain pula. Akhirnya nanti beliau akan dirawat di Tanjung Rambutan. Semuanya ini mahu mengelakkan hukuman mati dijatuhkan ke atas anggota kumpulan Al-Ma'unah. Ini menguatkan lagi dakwaan kita bahawa episod Sauk hanyalah satu drama bersiri kerajaan BN. Dari awal perbicaraan saya kurang berminat mengulas isu perbicaraan kumpulan pemberontak ini kerana kita faham isunya adalah sebuah drama bertulis. Nampaknya minat saya berubah apabila membaca perkembangan selanjutnya kerana dikatakan pemberontakan itu adalah sebagai membalas dendam kepada insiden yang sudah 'basi' dan sejuk. Peristiwa Memali 1985 sudah dilupakan oleh majoriti rakyat, walau pun tidak kepada anggota keluarga dan rakyat yang berjihad dalam negara ini bagi menegakkan Islam di muka bumi Malaysia. Ini menggambarkan kepada kita bahawa kerajaan BN sudah mula memasang niat halus bagi mengaitkan PAS dengan kumpulan pemberontak ini. Kita harap pimpinan PAS akan berbuat sesuatu yang profesional atas dakwaan ini, tetapi jangan melatah bila dicucuk demikian. Majoriti rakyat cukup faham akan tingkah dan taktik kerajaan BN mahu memerapkan perjuangan Islam di negara ini. Ini bukan kerja baru kerajaan BN semenjak Dr. Mahathir menjadi Pengerusi BN. Beliau memang seorang yang mengamalkan ajaran Freemason dan anti Islam. Nampaknya kita tidak boleh berdiam diri lagi kerana BN akan menggunakan apa sahaja bagi memusnahkan perjuangan Islam. Tingkatkan usaha kita di semua peringkat dengan memastikan bilangan rakyat yang menjadi pengundi akan memastikan BN tersingkir dalam tahun 2004. Itu pun jika PAS tidak diharamkan kerana mahu dikaitkan dengan Al-Ma'unah. Bacalah propaganda palsu di bawah ini untuk makluman anda. Drama sandiwara tentera kesultanan sulu(panai cari pelakon) Drama sandiwara al-ma'unah Selanjutnya :: http://mindarakyat0.tripod.com/2001jun/2001-1879.htm #Taktik Madey masih diguna pakai....kalau mission impossible 3, ada juga mission impossible : ghost protocol....!!!

Gambar pemimpin Sulu di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

INI ADALAH SALAH SATU JAWAPAN KEPADA KEMELUT LAHAT DATU / SOLU / BANGSAMORO - MNLF DI SABAH : Sila baca elok elok, pencacai umno korek telingga anda dulu, dan kesat cermin mata tu bior takder habok..! " SAYA KUATIR AKAN ADA PERANG S I V I L DISABAH KERANA ADA PULUH RIBU ETNIK BANGSAMORO / SOLU ( atau sulok dipanggil orang tempatan ) DISABAH TERUTAMANYA DI LAHAT DATU / KUNAK / SEMPORNA - Kata Ketua bangsamoro - MNLF - Haji Gapul Hajirul yang dipetik daripada PHILIPINNE STAR NEWS. Kata dua najib pun puak sulu ni buat tak heran. Polis malaysia pulak yang makin ramai jadi mangsa bunuh. Mana 200 askar sulu? Najib dah bagi kata dua, takkan tak jumpa? Sekarang korang tahu ler kenapa najib tak utuskan ATM untuk kes di Sabah.. Sebab ATM tidak terikat dengan arahan Menteri.. Sebaliknya jika di utuskan Pasukan POLIS maka segala aturgerak akan di urtuskan oleh Menteri UMNO sendiri.. jadi di sini sahaja kita dah tahu sandiwara yg cuba di guna pakai oleh BN untuk mengambil hati warga Sabah.. namun hakikatnya Mereka tersilap sebab tidak semua warga raja Sulu itu faham arahan UMNO.. dan Kematian anggota Polis telah sedikit sebanyak merencatkan perangcangan asal UMNO untuk berlakon secara aman.. Teori kerajaan malaysia di pimpin oleh PM yang lemah ini buktinya. kata dua najib di balas parang. kalau komando atm masuk, dlm 1-2 hari dah settle kes ni. sbb tu hantar polis sbb nak memanjang cerita ni. so bila dah nampak tak terkawal, nanti bleh diaorg isytihar darurat, lepas tu xyah buat pru13 kat sabah. dah selamat kubu sabah diaorg. lepas tu mungkin buat kat sarawak plak. teori aku laa

Rabu, 27 Februari 2013

Tips Pengantin Baru 18SX(Hanya Untuk Suami-Isteri)

Ketika mahu bersama dengan isteri, pastinya sang suami akan melakukan aktivti pemanas badan terlebih dahulu atau bahasa mudahnya "foreplay". Pada waktu ini, si suami akan meneroka tubuh isterinya bagi merangsang aktiviti selepas itu. Sayangnya, penerokaan tersebut sering berlaku pada bahagian-bahagia tertentu sahaja seperti di vagina, payudara dan punggung. Sebenarnya, terdapat banyak lagi bahagian tubuh isteri yang harus suami terokai bagi merangsangnya. Berikut adalah 10 bahagian-bahagian tubuh wanita yang jika disentuh, wanita pasti menyukainya! 1. Rambut Wanita suka ke saloon buakan hanya kerana ingin memastikan rambut mereka kekal menarik. Mereka ke saloon untuk pelbagai servis yang disediakan seperti mencuci rambut, mewarna, mengurut dan lain-lain perkhidmatan yang membolehkan mereka mengerungkan rasa stress. Perkara ini dapat dilakukan juga oleh suami ketika mahu melakukan seks bersama isterinya. Kepala isterinya dipicit-picit dan diusap-usap lembut dapat merembeskan hormon dopamine dan serotonin. Dua hormon tersebut boleh membuat seseorang merasa selesa dan berkeyakinan 2. Wajah Ketika mencium isteri di mukanya, ciumlah dengan seromantik mungkin. Ketika ciuman dilakukan, biarlah ada kehangatannya. Cuba cium isteri anda dengan lembut dan ringan di bahagian pipi, dahi dan dagunya. Elakkan dari menjila kerana ianya tidak seksi. Wanita lebih gemar diperlakukan dengan lemah lembut. 3. Tengkuk Leher Wanita suka jika pasangannya memberikan ciuman ringan di sekitar tengkuk leher. Mencium di bahagian belakang leher ini selalunya dilakukan di saat suami tiba-tiba ingin memberikan kejutan. Misalnya ketika isteri sedang mencuci piring atau bekerja di depan komputer. 4. Tulang Selangka Salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium adalah tulang selangka. 5. Tulang Punggung Wanita suka jika disentuh tulang pinggulnya. Ketika suami melakukan perkara itu, wanita merasa dirinya dilindungi. Bahasa tubuh yang terkesan adalah sederhana untuk membuat wanita bergairah. Caranya dengan memberikan ciuman ringan di tulang belakang baru kemudian beralih ke tulang pinggul.

Selasa, 26 Februari 2013

Bohong Yang DiBenarkan

html"Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim) Dusta dibenarkan pada 3 keadaan : 1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai. 2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan. 3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap. Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya. Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim. Wallahu 'alam. Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/02/bohong-yang-dibenarkan.

Selasa, 19 Februari 2013

Nyunyunyunyut!..Proses Keluar Air Mani - Ustaz Azhar Idrus

"Kalau Dia Tak Tolong Kita, Kita Jadi Penganggurlah Dulu", Mahathir Telah Menghina Orang Melayu

Menjawab Mahathir: Kalau kita tolong dia, dia balas duit kita…. “ORANG memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa”, inilah kalimah indah yang diungkap sejak kecil sehingga menyatu dalam minda dan gerak tindak kita sebagai individu. Mungkin atas sebab itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu agar rakyat terutamanya peneroka FELDA agar “tidak menggigit tangan orang yang membantu mereka.” Sudah tentu kita tahu, mesej langsung Mahathir ialah agar peneroka FELDA tidak mengundi oposisi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi. Dia mahu peneroka membalas budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyediakan segala “nikmat” yang dikecapi mereka. “Kenapa kita nak tolong dia (BN), sebab dia tolong kita. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu,” katanya pada majlis ‘Warga FELDA Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad’, di Kuala Lumpur, semalam. Nilai terima kasih dan balas budi yang ditekankan Mahathir itu sama dengan apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah kata, “You help me, I help you”. Apapun, bukanlah perkara itu yang mahu dibincangkan. Dalam hal ini, Mahathir secara tidak langung telah menghina orang Melayu. Memetik kenyataan beliau “Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu” menggambarkan seolah-olah orang Melayu itu tidak tahu berusaha, bodoh dan hanya mengharap ‘sedekah’ dan ‘suapan’ dari kerajaan. Adakah orang Melayu perlu berbangga dengan pembodohan ini? Pergantungan kepada kerajaan: Bila orang Melayu meletak harap hanya pada kerajaan mereka boleh hidup senang-lenang, UMNO-BNlah yang meraih laba besar daripada sikap ini. “Budaya” suap-menyuap, budaya subsidi yang berjaya menjadi budaya baru orang Melayu adalah kejayaan UMNO paling besar. Dan kita tidak perlu hairan sekiranya sebahagian besar orang Melayu mempunyai sikap pasif dan penakut akibat pembodohan ini. Melayu telah hilang daulat, demokrasi telah hilang cahaya apabila konsep ‘balas budi’ ini dikeramatkan. Walhal, kita sudah maklum, tanpa usaha tulang empat kerat ini, takkan berbuah sawit di ladang, takkan keluar susunya getah, takkan menguning padi di sawah. Ya, kita haru akui, UMNO-BN berjaya dengan doktrin songsang mereka apa lagi lebih lima dekad memerintah. Memang, menjadi tanggungjawab mana-mana pemerintah memberi kemudahan kepada rakyatnya. Masakan tidak, rakyat juga memberi kesenangan kepada pemerintah dengan membayar segala macam cukai kepada kerajaan. Daripada sebiji bawang, sampailah kepada cukai pendapatan. Tidak satupun terlepas dicukai. Maka memang patutlah kerajaan menyediakan kemudahan bagi rakyat. Ini tidak lagi termasuk saman, kompaun, yang dikenakan, dan dengan itu juga, duit kerajaan ini disalahgunakan sehingga tak mampu lagi disembunyi seperti kes pemberian kontrak puluhan bilion kepada syarikat tertentu, isu lembu NFC, pembelian kapal selam Scorpene, isu cincin RM24 juta, isu FGVH dan sebagainya. Semuanya adalah duit kita. Jadi, di mana boleh kita letak logik kenyataan Mahathir agar rakyat membalas budi kerajaan bersandarkan realiti yang berlaku di Malaysia kini? Dulu lain, sekarang lain…. Rasanya Mahathir sendiri memang tahu kerajaanlah yang sepatutnya membalas jasa rakyat. Ekonomi Malaysia tidak akan rancak tanpa pembabitan jutaan rakyat Malayia yang bertungkus lumus bekerja. Atau, adakah Mahathir boleh bersetuju dengan andaian sebegini, seorang bapa mencabul anaknya dengan alasan beliaulah yang menyara anaknya sejak kecil? Sikap berterima kasih, membalas budi, harus pada tempatnya, jangan sampai dipijak kepala. Terlajak dengan kenyataan Mahathir itu, mungkin ungkapan ini sesuai dengan realiti sebenar yang berlaku di negara ini, “Kalau kita tolong dia (BN), dia balas duit kita semua!”

Tajuk Apa Hari Ini

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin