Isnin, 31 Januari 2011

Tenang - Syabas & tahniah Cikgu Mala...


Poster ini untuk menyatakan bahawa kami cukup bangga dengan Cikgu Normala Surdiman, Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dun Tenang. Tidak lupa kepada para pertugas Pakatan Rakyat dan khususnya kepada pengundi PR, tahniah dan syabas!

Kami terharu dan teruja dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran Islam di bumi UMNO yang bertuah itu.

ANDA MEMANG HEBAT!!
ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!

p/s-Poster ini dicadangkan untuk diletak disemua blog Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kita tidak sedikit sedih dan lemah semangat atas apa yang berlaku kerana kita adalah perjuang kebenaran yang PASTI akan meruntuhkan keboborakkan UMNO yang durja!!!

TAKBIR
ALLAH HU'AKHBAR!!!

Rabu, 26 Januari 2011

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa


LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.

(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.

(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.


"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

MCA Berpesta Menghina Islam di TENANG.


Pada mulanya, Presiden MCA merendah-rendahkan amalan Cikgu Normala memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan mereka yang bukan muhrim. Bagi Chua Soi Lek, menutup tangan itu satu amalan yang ganjil dan tidak sesuai dgn zaman moden. Mungkin kerana Chua Soi Lek ni biasa bergaul dengan wanita yang tidak menutup lebih dari tangan mereka.

Secara terbuka Chua Soi LEk mempermainkan ajaran Islam yang menyatakan batalnya wudhu' apabila bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim (mengikut madzhab Syafiee Qaul Qadeem).

Kita sesama Islam pun TIDAK DIIZINKAN menghina pendapat madhab2 lain sungguhpun kita bermadzhab Syafiee. Inikan pula seorang Zani Muhsan yang bukan Islam bernama Chua Soi Lek.

Tidak cukup dengan itu, dengan angkuh pelakon porno ini berkata:

"What is so great about knowing Muslim values?"
Secara mudahnya, Presiden MCA ini berkata "Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?".

Jawapan bagi kenyataan yang sebegitu angkuh ini adalah mudah: Kebaikkannya adalah kamu dapat mengetahui intipati agama persekutuan Malaysia yakni Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


Di kala MCA berpesta menghina Islam dan ajaran Islam, UMNO dan Pemuda UMNO hanya mampu melihat dan diam seribu bahasa. Tak nampak PERKOSA membuat demo, tak nampak GAPS turun berdemo bersama muka-muka demonstran yang serupa tiap kali demo, tak nampak Pemuda UMNO membengis dan memberi amaran kepada orang bukan Islam.

Semuanya senyap sunyi macam tikus.

Berbeza dengan DAP yang semakin hari semakin menghargai dan menghormati Islam. Sehingga Karpal Singh sanggup meminta maaf secara terbuka dan sanggup berbincang berkaitan topik Negara Islam.

Nak buat macamana??? Dah perangai UMNO pun sama jugak. Kaki maki dan cerca Islam.

Bila Chua Soi Lek tengok pemimpin UMNO mempermainkan hukum potong tangan yang terkandung dalam Al Quran, maka pemimpin MCA pun tumpang semangkuk menghina hukum-hukum yang khilaf dalam Fiqh Islami.

Bapak borek, anak rintek.

Punya teruk pesta menghina Islam sehingga Raja Petra yang anti hadeeth pun turut sama terasa dan mencabar Muhyiddin Yaasin menyatakan sikap sebenar beliau terhadap hukum jenayah Islam.

Semoga Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang memperlekeh hukum Allah SWT. Amin!!!!

Khamis, 6 Januari 2011

PAS : Janji Setia...



Oleh : Hj Mohamad Sabu

Dasar PAS ialah Islam. Rujukan PAS ialah Al Quran dan Sunnah, contoh ikutan terbaik ialah Muhammad Rasulullah SAW uswatun hasanah. Setelah mendapat kuasa di Madinah, Nabi membuat Perlembagaan Madinah/Piagam Madinah.

Ada lebih kurang 47 pasal dalam Piagam Madinah. Yang paling banyak ialah hal melindungi puak-puak atau kaum-kaum yang mengikat dan menandatangani perjanjian tersebut. Hak keselamatan, budaya, agama dan ekonomi dilindungi oleh Perlembagaan Madinah.

Penguasa Madinah tidak pernah mengkhianati perjanjian tersebut, bahkan orang-orang Yahudilah yang mengkhianati perjanjian tersebut semasa Perang Ahzab. Yahudi Madinah memihak kepada tentera bersekutu kafir yang mengepong Madinah. Selepas selesai Perang Ahzab kerajaan Madinah bertindak kepada orang Yahudi di atas sebab pengkhianatan mereka.

Nabi Muhammad SAW juga membuat Perjanjian Hudaibiah secara zahiriah, dilihat perjanjian itu merugikan umat Islam dan kerajaan Madinah. Sepuluh tahun tidak ada peperangan di antara Mekah dan Madinah. Pihak Mekah dan Madinah bebas mengadakan urusan dengan mana-mana pihak.

Orang Madinah yang pergi ke Mekah, tidak perlu dihantar balik. Sebaliknya orang Mekah yang pergi ke Madinah perlu dihantar balik. Undang-undang ektradisi ini dilihat tidak seimbang dan tidak adil. Setelah menandatangani perjanjian ini, Nabi dan rombongan berpatah balik dan tidak jadi melakukan umrah pada tahun tersebut.

Nabi dan umat Islam patuh kepada perjanjian tersebut. Kesempatan damai digunakan oleh kerajaan Madinah untuk menyebarkan Islam keseluruh pelusuk Semenanjung Arab dan negara-negara yang berdekatan.

Perjanjian ini dipatuhi oleh kerajaan Madinah sehinggalah mubaligh Islam dibunuh oleh pihak kerajaan Mekah. Selepas itu Nabi menggerakkan puluhan ribu umat Islam untuk mengepong Kota Mekah dan akhirnya menguasainya.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan , cuba mengikuti jejak langkah sirah Nabi Muhammad SAW apabila berlaku ikat janji dengan BN pada tahun 1973, mereka tetap setia berada dalam BN sehinggalah dikhianati oleh Umno dan ditendang keluar dari BN pada November 1977.

Apabila PAS mengikat janji dengan Parti Melayu Semangat 46, walaupun pengaruh parti tersebut merosot dari masa ke semasa semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1988, PAS tetap setia sehinggalah Parti Semangat 46 tersebut dibubarkan dan pemimpinnya kembali kepada Umno.

Dalam Pakatan Rakyat (PR) dilihat oleh orang ramai gelagat pemimpin dan ahli PAS jangan bimbang, PAS tidak akan mengkhianati kawan. Saya yakin Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mengikat perjanjian akan terus istiqomah dan sesekali tidak akan mengkhianati rakan politik. Jangan ragu, jangan bimbang gerakan Islam tak akan mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui.
Blog Widget by LinkWithin