;

Isnin, 28 Disember 2009

Nikmat Pendengaran


Telinga merupakan salah satu pancaindera yang sangat berharga. Kalau ada orang ingin menukarkan antara nikmat mendengar dengan RM10 juta sanggupkah? Anda kaya tapi pekak selama-lamanya. Tapi apa nak buat, sudah menjadi tabiat bila nikmat melimpah ruah kita akan menjadi lalai akan kewujudan Yang Maha Esa... Allah swt.

Cuba renung sejenak.... kita adalah seorang manusia yang tiada cacat celanya. Telinga kita elok dan dapat mendengar dengan baik. Tapi apabila kita rasa mengantuk yang amat sangat pendengaran kita hampir tiada dan bila tidur terus tak mendengar apa-apa. Apakah yang ingin saya sampaikan? Sebenarnya yang mengurniakan pendengaran ialah Allah, jika dia tidak mengizinkan kita tidak mampu mendengarnya walaupun kita ada telinga. Justeru itu marilah kita panjatkan kesyukuran atas nikmat mendengar dengan menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanda terima kasih dan syukur atas nikmatNYA. Bukan dengan menghadiri konsert dan majlis yang melalaikan kerana itu tandanya kufur nikmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin