;
Isnin, 22 April 2013
Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud.
Manusia, apabila diberikan sesuatu kelebihan oleh Allah akan mula jadi takbur, sombong, riak, bongkak dan lupa diri kecuali mereka yang punya keikhlasan hati, tawadduk, iman dan taqwa kepada Allah.
Begitulah apa yang terjadi di Gombak baru-baru ini. Serangan di ceramah Pakatan Rakyat di serang oleh kumpulan samseng UMNO yang tidak berakhlak yang diketuai oleh Ketua UMNO kawasan Gombak yang juga merupakan anak kepada Mahaguru Silat Lincah Malaysia. Sepatutnya kelebihan bersilat yang dianugerah Allah digunakan untuk kebaikan, meleraikan jika didapati ada dua puak yang bergaduh secara baik dan mesra, tetapi sebaliknya yang ditonjolkan ialah mereka ingin menunjukan mereka hebat, jaguh dan tidak ada siapa yang boleh menentang mereka kerana mereka ahli silat dan penyokong tegar UMNO.
Apakah mereka yakin dengan silat mereka itu tidak ada siapa yang boleh mengalah dan menumbangkan mereka? Inilah golongan yang syirik kepada Allah dengan meresakan mereka punya kehebatan dan kuasa dan bebas berbuat apa saja. Inilah perangai dan akhlak Zionis dan iblis sebenarnya. Persatuan silat lincah ini memang sudah diketahui akan kecondongan mereka kepada UMNO selama ini apatah lagi persatuan mereka mendapat bantuan kewangan dari Kerajaan UMNO.
Namun kini budaya samseng dalam UMNO juga telah terpalit dalam persatuan ini seolah-olah mereka menjadi perlindung kepada budaya ganas dan samseng UMNO. Apakah ini tujuan sebenar Persatuan Silat Lincah ini ditubuhkan? Jika kamu hendak tunjuk hebat sangat, hantar sahaja kesemua ahli kamu ke Palestin itu berdepan dengan Israel, jika berani. Pasti mereka tidak akan berani kerana dalam UMNO walau siapa pun mereka, sifat untuk berjihad tidak ada dalam diri mereka, yang ada cuma sifat untuk menyusahkan orang, memporak-porandakan perpaduan rakyat dan merompak harta rakyat.
Mereka cuma berani di sini sahaja itu pun kerana dilindungi oleh UMNO dan polis. Kami dari pembangkang tidak sedikit pun gerun dengan silat kamu kerana kami hanya takut kepada Allah. Jika Allah mengizinkan kami menumpaskan kamu, insyaallah tidak ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun kamu membawa Mahaguru silat kamu yang terkenal dengan samseng dan takburnya itu.
Jika beginilah sikap dan akhlak puak UMNO, apakah rakyat ingin lagi menyokong dan menyokong UMNO? Tidak mustahil, dimasa hadapan jika UMNO masih berkuasa lagi, mereka akan menggunakan samseng seperti ini untuk mengugut dan merampas harta atau tanah-tanah rakyat untuk digadai atau dijual untuk mendapatkan untung atas angin dengan alasan untuk pembangunan, jika ada rakyat yang ingkar terutamanya di kampung-kampung akan dibelasah, dihalau dan dibakar rumah mereka. Tidak mustahil ini boleh berlaku. UMNO akan berbuat apa sahaja jika mereka terus diberikan kuasa untuk memerintah. Keganasan yang mereka lakukan sekarang adalah bukti bahawa mereka akan sanggup melakukan lebih dari itu dimasa akan datang sekiranya apa yang mereka inginkan dihalang.
Oleh itu dicadangkan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas PRU13 nanti, pastikan Kerajaan baru nanti juga turut mengharamkan Pertubuhan Silat Lincah ini dari terus bertapak dalam negara ini. Batalkan pendaftaran mereka dan haramkan semua aktiviti mereka kerana persatuan ini sudah menjadi bahaya dan mula bergerak ala keganasan sekarang ini.
Rakyat ingin berceramah diugut dan diserang. Tanah-tanah milik rakyat (orang Melayu) digadai secara paksa. Rumah-rumah Allah boleh diroboh, disekat dari dimakmurkan. Biasiswa untuk pelajar anak-anak orang miskin dan tidak menyokong UMNO dinafikan. Bantuan untuk rakyat miskin disekat kecuali yang menyokong UMNO. Pelajar-pelajar di luar negara yang tidak mirip kepada UMNO dinafikan hak bantuan kewangan dan tempat tinggal. Agensi penguatkuasa undnag-undang yang sepatutnya menegakan keadilan, menjaga keselamatan rakyat diperkudakan untuk kepentingan pemimpin UMNO. Rakyat bawahan buat salah kecil pun diambil tindakan seperti penjenayah sedangkan dalam masa yang sama pemimpin UMNO dan anak beranak mereka bebas buat sesuka hati walaupun melanggar undang-undang dan menindas rakyat dan banyak lagi kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO semenjak mereka memerintah.
Polis nampaknya seperti hilang taring bila berdepan dengan UMNO. Mereka khianat kepada amanah dan tanggungjawab semata-mata untuk menjaga UMNO. Negara ini bukan milik UMNO. Rakyat seolah-olah jika ingin bebas dan mahukan sesuatu mesti menyokong UMNO. Harta negara ini bukan milik UMNO.
Ingatlah, sekiranya rakyat masih memberi mandat dan menyokong UMNO dan PRU13, tunggulah kezaliman yang berganda akan mereka lakukan nanti. Mereka tidak akan peduli apa yang rakyat hendak bantah atau pertikaikan kerana bagi mereka dalam masa untuk menunggu PRU14, mereka akan buat apa saja kerana rakyat tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Ingatlah sebelum terlambat. Golongan yang begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan UMNO ialah golongan yang ada kepentingan peribadi dan anak beranak bukan untuk membela orang Melayu dan rakyat. Oleh itu, jangalah mudah terpedaya dengan hasutan, lakunan dan pujuk rayu mereka supaya rakyat menyokong UMNO lagi. Mereka semua hanyalah iblis yang bertopengkan manusia sahaja. Penipu, pendusta, penyangak, pengkhianat dan penindas rakyat yang manis dimulut dan senyuman dibibir yang dibuat-buat sedangkan mereka lebih bahaya dari racun. Rakyat dan negara tidak akan pernah selamat lagi sekiranya UMNO dibiarkan terus wujud lagi. Hancurkan UMNO, tumbangkan UMNO.
“Ya Allah, hancurkan UMNO dengan sehancur-hancurnya, Engkau porakporandakanlah serta pecah-pecahkanlah hati-hati puak-puak mereka sehingga mereka berpecah dan menzalimi sesama sendiri. Kezaliman, penipuan, penindasan serta penghinaan mereka terhadap kami sudah keterlaluan dan sudah melampau, Ya Allah. Lindungilah kami Ya Allah dari puak UMNO ini dan janganlah engkau kumpul atau masukan kami dalam golongan UMNO ini samada di dunia atau di akhirat. Janganlah engkau condongkan hati-hati kami untuk bersama, menyokong atau rasa simpati terhadap golongan zalim, penindas dan penipu ini, Ya Allah. Hancurkanlah, tumbangkanlah, musnahkanlah UMNO ini demi untuk menyelamatkan Islam, negara, aqidah, akhlak, harta dan keselamatan kami semua Ya Allah. Amin”. Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajuk Apa Hari Ini
-
▼
2013
(24)
-
▼
April
(9)
- Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua ...
- Kenapa risau untuk berubah?
- shalehudin: GEMPAR: Betoi ka orang KUAT Amno neh d...
- Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud.
- PRU 13: Panas, celaru dan sesak
- Tiada tajuk
- Kubur Zulkifli Nordin sudah digali, 101% pasti
- DUN Rantau dalam Parlimen Rembau ialah pusat pembu...
- Tiada tajuk
-
▼
April
(9)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan