;

Jumaat, 5 Jun 2009

Seksologi... Antara Kualiti & Kuantiti Seks Suami Isteri

Selain cinta dan kesetiaan satu lagi unsur penting dalam perkahwinan adalah seks. Ia juga dikatakan menjadi antara faktor yang menjamin kerukunan rumah tangga. Sebab itulah banyak konflik suami isteri mahupun perceraian yang turut bersangkutan dengan faktor seks.

Faktor seks itu mungkin kerana kuantiti seks itu sendiri. Sama ada terlalu sedikit ataupun terlalu banyak hingga tidak sanggup melayaninya. Kuantiti seks yang tidak sesuai dengan kehendak ini boleh saja menyebabkan hubungan suami isteri kurang serasi.

Sebagai contoh, suami inginkan hubungan intim tujuh kali seminggu manakala si isteri pula hanya mahukan dua atau tiga kali seminggu, sudah tentu suami tidak puas hati. Begitu juga jika isteri menginginkan seks selang sehari sedangkan suami sibuk bekerja hingga lewat malam dan hanya mampu memenuhi kehendak isteri dua kali seminggu.

Selain kuantiti, kualiti seks juga mesti diambil kira. Apalah maknanya hubungan intim jika ia dilakukan seolah-olah terpaksa tanpa menjiwainya. Seks yang tidak berkualiti selalunya tidak mampu memberi kepuasan pasangan. Berikut adalah faktor memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti seks yang harus diketahui oleh suami isteri.

1 - Keadaan fizikal pasangan suami isteri sebelum hubungan intim dilakukan. Sekiranya suami atau isteri dalam kepenatan, harapan untuk seks mungkin agak tipis. Begitu juga jika pasangan mempunyai masalah kesihatan apa lagi yang boleh menjejaskan mood untuk seks.

2 - Bergantung pada cara anda melakukan hubungan intim. Misalnya, posisi yang hendak dilakukan kurang kerjasama daripada pasangan, ia mungkin menjejaskan kualiti seks yang dilakukan. Atau kerana hal-hal lain yang bersifat sangat peribadi.

3 - Usia juga memainkan peranan dalam kekerapan seks. Sesuaikan frekuensi hubungan intim dengan usia anda dan pasangan. Lelaki yang sudah berusia mesti memahami kehendak seks isteri sekiranya pasangannya itu masih lagi muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin