;

Isnin, 22 April 2013

DUN Rantau dalam Parlimen Rembau ialah pusat pembuangan sisa toksik Malaysia

"Antara isu besar penduduk di DUN Rantau dalam Parlimen Rembau yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke saat ini ialah kewujudan operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan yang mengancam kesihatan penduduk sekitar. Dato Seri Mohamad Hassan, calon Umno DUN Rantau pernah berkata sekiranya didapati kajian yang dibuat menunjukkan operasi di Pusat Kualiti Alam tidak lagi sesuai, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk tidak menyokong kewujudan kilang tersebut untuk operasi selepas tahun 2012. Kini sudah tahun 2013, apakah penduduk di DUN Rantau akan terus diancam kesihatan mereka oleh operasi tapak pelupusan sisa toksik tersebut? ************** Padah pencemaran sisa toksik Sinar Harian 14 April 2013 NILAI - Penghuni Felda Sendayan, di sini, gusar berikutan pusat pelupusan sisa toksik berhampiran menghasilkan pencemaran yang menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan. Penduduk mendakwa, tahap kesihatan mereka sering terjejas akibat bau busuk dan asap pelbagai warna dilepaskan premis itu yang wujud sejak 15 tahun lalu. Salah seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 33, berkata, hampir 10 tahun dirinya menderita masalah kulit yang serius dan keadaan bertambah teruk setiap kali dia berpeluh lantaran gatal tidak terhingga. “Saya mula alami masalah ini selepas bekerja selama tiga bulan di pusat pelupusan itu suatu masa dahulu. Selain itu, penyakit saya akan berulang apabila terhidu bau gas toksik di rumah, hampir setiap malam. “Saya sudah puas berulang alik ke hospital dan bermacam-macam ubat telah dicuba, namun tetap tidak sembuh sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. ************** 'Kami tak mampu bersabar lagi' Sinar Harian 23 Oktober 2012 Kesabaran penduduk Felda Sendayan berhadapan dengan pencemaran udara sejak 16 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila mereka yang tinggal berdekatan Pusat Kualiti Alam mendesak agar ia dipindahkan segera. Seorang penduduk, C Poopathy, 68, berkata, sejak pusat pelupusan sisa kimia itu dibuka, dia sering mengalami sakit tekak dan sesak nafas. “Rumah saya yang paling hampir dengan pusat pelupusan itu kira-kira satu kilometer sahaja dan saya boleh melihat dengan jelas asap tebal yang keluar dari pusat berkenaan. “Selain itu, saya juga sering mengalami gatal-gatal kulit. Saya menghidap asma dan sering berulang alik ke hospital setiap bulan, keadaan ini sudah tentu menyebabkan penyakit saya bertambah teruk,” katanya. Poopathy berkata, dia menetap di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak berhasrat untuk berpindah. ************** Hujan berwarna kuning di Felda Sendayan Peneroka Felda di Negeri Sembilan yang dijanjikan menjadi jutawan segera setelah menjual tanah mereka merungut bukannya kekayaan yang turun daripada langit, tetapi mereka mendakwa sekarang ini hujan “berwarna kuning” yang turun berkemungkinan berpunca daripada pusat pembuangan sisa toksik industri yang berhampiran. “Dalam beberapa kilometer daripada sini terdapat kilang memproses sisa toksik berjadual. Pada peringkat permulaan pembinaan kilang ini, ramai penduduk yang telah membantah”, kata salah seorang daripada 185 peneroka yang menandatangani memorandum. Peneroka-peneroka ini adalah daripada Sendayan – terletak 20 km daripada Seremban yang mempunyai sekitar 5,000 orang penduduk dari 513 keluarga. Menurut penduduk di situ, pada mulanya mereka tidak menyangkakan kerajaan akan membina kilang pemprosesan sisa toksik Bukit Nanas yang boleh membahayakan kesihatan mereka. Walaubagaimanapun, asap yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan yang terbina sejak 1998 telah mula mengganggu kesihatan dan kehidupan mereka. ************** Kerajaan Negeri Sembilan kaji operasi Pusat Kualiti Alam December 16, 2012 SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan berkata Kerajaan Negeri Sembilan sudah memulakan langkah dalam mengkaji secara terperinci sama ada operasi tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas berdekatan Sendayan perlu dikekalkan atau tidak. Mohamad menambah sekiranya didapati kajian yang dibuat menunjukkan operasi di Pusat Kualiti Alam tidak lagi sesuai, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk tidak menyokong kewujudan kilang tersebut untuk operasi selepas tahun 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin