;

Rabu, 20 Oktober 2010

Zakat LAP Kurang: Zambry Gagal


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat pencapaian Lembaga Air Negeri Perak (LAP) yang di bawah pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan hanya menyumbangkan pengeluaran zakat pada tahun 2009 dengan kadar hanya RM3,392,647 sahaja adalah rendah dan berbeza semasa Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikannya pada tahun 2008 dahulu.

Pada tahun 2008, LAP mengeluarkan bayaran zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMP) ketika itu ialah sebanyak RM3.7 Juta. Perbezaan ketara tersebut jelas menunjukan kegagalan Datuk Seri Zambry mengendalikan LAP. Di manakah punca sebenarnya kemerosotan tersebut, ini kerana dakwaan yang mengatakan perkembangan ekonomi di Negeri Perak jelas tidak menggambarkan kedudukan sebenarnya.

DPPN Pk bimbang di masa akan datang zakat yang akan dikeluarkan oleh LAP akan terus merosot termasuk kebajikan kepada kakitangannya. Inilah perkara yang menjadi kayu ukur kemampuan dan kelangsungan pentadbiran yang cekap dan berdaya saing tinggi yang pernah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar sebelum ini. DPPN Pk yakin peningkatan dan kemampuan LAP di dalam memperolehi keuntungan yang tinggi sebenarnya dapat dikembalikan jika urus tadbir yang mempunyai konsep kebajikan diamalkan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin