;

Isnin, 29 November 2010

Siapa yang bersalah? tanah milik orang melayu...!!!

Oleh Ustaz Saiful Bahri


Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu



Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan_Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.
Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor. Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula? Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.


http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Ahad, 28 November 2010

Isteri tak pandai masak vs suami tidak boleh jadi imam !


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Mutiara perjuangan : Dato Bahaman


Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”. “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.” - Pahlawan Islam Dato Bahaman

Jumaat, 19 November 2010

Minyak Dagu - Nam Man Prai

Pendedahan ini adalah untuk mengelakkan orang melayu kita sebagai orang Islam menjauhi penggunaan Minyak Dagu. Minyak Dagu ada beberapa tahap mengikut keberkesanannya. Mungkin ada beranggapan benda ini hanya Lemak Dagu sahaja yang digunakan, tetapi ini adalah suatu pendedahan sahaja sebagai bahan bacaan untuk kita kongsi bersama.
Minyak dagu adalah hidup kerana terdapat jin yang menumpang atau menjaganya. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa minyak dagu dijaga oleh qarin. Sejauh mana pendapat ini, wallahu alam bissawab.

Ianya diiuji 'hidup' yakni berjin dengan mengikat seutas tali dan bertanya soalan. Jawapan bagi soalan mestilah Ya atau Tidak kerana botol ini akan berpusing.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu
1. Minyak Dagu Perempuan yang mati mengandung(Diwajibkan ada janin dalam rahimnya). Dalam bahasa siam dipanggil (Thai CHARM BABY Nam Man Prai Oil )
2. Tujuh jenis abu mayat yang dari tujuh tanah perkuburan.
3. Minyak Dagu orang yang dibunuh dengan kejam.
4. Minyak Dagu Kokang. (sejenis monyet).
5. 108 jenis herba yang mempunyai fungsi sebagai penarik (pemikat dan pengasih).
6. Anjing hitam

Bahan-bahan ini hanyalah separuh bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu. Begitu mengerikan dan hasilnya pula sungguh mengagumkan kerana kesepakatan iblis dan syaitan yang akan menyesatkan manusia menjadikan minyak ini berkuasa.Bahan-bahan ini akan dipuja sehingga minyak ini menjadi Minyak hidup, Oleh itu setiap kali bulan mengambang minyak dagu yang asli akan minta darah tuannya untuk proses isi semula.Anda semua jangan hairan kalau Minyak Dagu ini tidak akan berkurangan walau setitik pun. Setiap kali bulan penuh mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 14, 15 dan 16 hari bulan. Sebelum didedahkan kegunaannya terlebih dahulu didedahkan dulu cara penggunaannya. Penggunaannya hampir sama dengan Minyak Pengasih yang lain iaitu diletakkan di jari sedikit dan kemudian di sapu ke bulu kening dan seterusnya ke rambut serta diniatkan tujuan dan hajat di hati pengguna yang memakai minyak yang ternyata sesat lagi menyesatkan ini.

Minyak dagu juga ada gred
Gred pertama dari orang yang mati sama. Minyak ini sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat bergantung kepada gred minyak dagu dan kaedah membuatnya
Gred kedua pula dari sembelihan beruk, monyet atau kokang. Yang ini juga boleh disembuhkan walaupun agak kuat kesannya. Kesannya ibarat 'terlajak perahu boleh diundur.
Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam. Minyak ini senang disembuhkan iaitu selain ruqyah, salah satunya mandi air tanah.

Kebanyakan minyak dagu yang asli datang dari siam dan utara semenanjung. Ia amat sukar dibawa semasa hujan. Jika ingin membawa semasa hujan perlu disimpan di dalam sesuatu yang neutral. Pemilik amat berhati-hati semasa membawa menyeberangi sungai dan menghindarkan merentasi lautan. Jika minyak ini tidak digunakan ia akan disimpan ke dalam tanah untuk mengelakkan disambar petir. Ada rahsia mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkan dari disambar petir. Hanya bomoh siam ranking tinggi yang boleh melakukannnya. Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah.

Antara kegunaan minyak dagu
1. Membentuk ikatan kasih secara tidak rela.
2. Membentuk hubungan kekeluargaan secara paksa.
3. Membentuk satu rangkaian yang tidak akan putus.
4. Membentuk satu pakatan kemusnahan.
5. Membina satu institusi yang kukuh zahirnya tetapi rapuh pada dasar batinnya.

Ciri-ciri orang yang kena Minyak Dagu
di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.
5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya
8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit.

Meningkatkan pengaruh seks
Campuran minyak zafaran dan kasturi hitam

Cara mengetahui terkena minyak dagu
Ini hanya sebahagian sahaja ciri-ciri terkena minyak dagu, secara umumnya tetapi bagi yang sudah kena itu atau pura-pura anda tidak terkena, senang sahaja hendak kesan.

a. Cuba bersolat bagi yang muslim
b. Bagi bukan muslim bila bangun pagi cuba pandang cermin, jika anda lihat muka anda sendiri bermakna anda selamat, dan sekiranya anda ternampak orang lain, maka berhati-hatilah.
c. Jika selalu mimpi selalu bersetebuh dengan orang yang sama, bermakna ADA POTENSI.

Rawatan
1. Minum air zam zam kemudian di bacakan Ruqyah Syariyyah satu sesi selama tiga hari
- Pesakit akan muntah atau pening atau pengsan.
2. Mandi dan minum air kelapa (Air Kelapa ialah penawar segala ilmu pengasih nusantara)
3. Buang semua barang pemberian (minyak wangi, baju, gelang, rantai, surat dll)
4. Pesakit sentiasa mengamalkan surah an-nas 70 kali setiap hari bila-bila masa.
5. Bekalkan zikir kepada pesakit untuk selepas solat (atau bila masuk waktu solat bagi perempuan yang datang bulan) sebanyak 100 kali. Zikirnya:

HARI INI DALAM SEJARAH JIHAD : ALLAH MEMILIH SAHABAT KITA SEBAGAI SYUHADA


19 NOV 1985
ALLAH MEMILIH SAHABAT KITA SEBAGAI SYUHADA

AYUH ! PARA PEJUANG .... kita berkampong di MEMALI

apa alasan saudaraku pejuang ... untuk tidak ke memali pada hari ini dan seterusnya
.. nun kita nampak... di bumi plestine.... di irak .... di afghan ... di kashmir .... mindanao
... di patani .... di indon .... di sabah ... namun tak nampakkah di memali
sudah 25 tahun .....
suara gendang panggilan Jihad assyahid masih tergiang di telinga
panas darah syuhadak belum mampu disejukkan oleh musuh ...
wajah yang menguntum senyuman jihad masih tergambar ....


kerja UMNO BN menabur fitnah .... memang itu kerja umno ... sekadar fitnah itu biasa ..
membunuh pun sanggup .... apatah lagi dengan hanya media dan suara syaitan mereka...

apakah kita masih terus berpeluk tubuh .... berat kaki melagkah ke memali
sahabat kita telah korbankan nyawa ...... darah .... masa ... tenaga ... wang ringgit ... perasaan

kita .... apa alasan untuk tidak meraikan kesyahidan mereka .....
apa kemudahan yang tidak kita miliki ....
jalan ke memali pun sudah besar .....

ayuh buktikan kita meraikan kesyahidan mereka
agar kita juga terpilih sebagai syuhadak
paling kurang ... teman para syuhadak ....
jangan sama kekali jangan .... kita tidak digolongkan dalam golongan syuhadak
mohon dijauhkan allah dari jiwa yang pengecut
yang hanya tahu memberi alasan untuk tidak mahu menyertainya

24 tahun lalu tahun demi tahun sekatan demi sekatan ...
kita terus mengadakan majlis memperingati TEMAN SYUHADAK kita.


sejarah mengadakan majlis ini hanya terpahat kemas
dalam sejarah mantan ketua pemuda SDR ARIS AWANG

pemuda jangan lupa penggerak utama saban tahun majlis memperingati syuahak ini
ADAKAN SLOT PENGKISAHAN MEMPERINGATI MEMALI jemput aris awang


TAHNIAH pemuda ... Ketuanya..
seluruh kepimpinan pemuda ...
kembalikan Roh Jihad...
mantapkan ... perjuangan ...

kepada generasi baru dapatkan kisah memali yang sebenar
dari sumber yang sahih dengan hadir dalam program pemuda kedah ini.

BUMI MEMALI MENGUKIR SEJARAH
BERGELIMPANGAN JASAD KAKU DAN REBAH
.....
sambungnya dengar dimemali malam ini

tak bir...

sarikata nasyid yang menyusuk kalbu membangkit semangat jihad

dari cikgu sukarno

Periksa tahap mental Soi Lek

Harakahdaily
IPOH, 18 Nov: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Chua kerana kenyataannya itu ada unsur melaga-lagakan antara muslim dan bukan muslim.

“Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum,” katanya.

Khalil juga menuntut Chua memohon maaf secara terbuka dengan kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya, apakah maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam dan bukan Islam mesti membantah sikap Soi Lek itu yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan yang menggambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan tindakan Chua itu menggambarkan dan membuktikan bahawa parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN bukan lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat," katanya lagi.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin