;

Rabu, 22 Disember 2010

Kena tipu lagi dgn Puak Penyamun.......


Tenang: UMNO-BN tumpu pada Felda


Setiap undi pada pilihan raya kecil DUN Tenang mempunyai nilai yang sama penting bagi menentukan kemenangan atau kekalahan kepada BN dan bukannya tertumpu pada undi sesuatu kaum mahupun jantina. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata tiada satu pun undi disebut sebagai undi penentu dan cakap-cakap mengenainya hanya menyebabkan sesetengah pihak akan berasa kecil hati.

“Kita kena jaga. Jangan kata mana undi lebih penting kerana semua undi adalah penting. Undi peneroka Felda, undi pengundi kampung tradisi, kaum Cina, Melayu, India, generasi muda atau tua mahupun Orang Asli semuanya mempunyai nilai yang sama penting dan merupakan undi penentu.

“Wanita jangan kata undi dia penting daripada lelaki. Melayu jangan kata undi mereka penting daripada Cina kerana kalau Cina tidak mengundi, BN akan kalah. Kalau Cina pula kata mereka adalah undi penentu, Melayu nanti tidak undi BN. Jadi, semua pihak adalah penting termasuk Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama peneroka Felda, di Felda Tenang, di Labis, hari ini.

Katanya beliau yakin pembangkang akan memainkan pelbagai isu pada pilihan raya kecil itu nanti termasuk isu Felda, isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd dan penggantungan empat anggota parlimennya bagi mengelirukan pengundi di kawasan tersebut.

Empat anggota Parlimen pembangkang yang digantung kehadiran mereka di persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Karpal Singh anggota Parlimen Bukit Gelugor, Azmin Ali (Gombak) dan R. Sivarasa (Subang).

Ahmad berkata beliau bersama seluruh jentera BN dan Umno akan turun padang dengan mengadakan sesi penerangan kepada semua pengundi di kawasan berkenaan mulai hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memberikan tumpuan kepada tiga penempatan Felda di kawasan DUN Tenang iaitu Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai seramai 4,000 pengundi.

“Jentera kita bersiap sedia mempertahankan ketiga-tiga Felda ini yang merupakan kubu kuat BN. Saya akan berkampung di ketiga-tiga tempat ini dan akan memperjelaskan isu yang diputar belit.

“Pokok pangkalnya, kita sentiasa membela peneroka dan generasinya. Kita sudah berjaya mengeluarkan generasi pertama daripada kemiskinan tegar dan sekarang ini Felda akan terus membantu generasi kedua dan ketiga dengan memberikan pelbagai kemahiran bagi meneruskan kehidupan. Kita tidak lagi memberikan ikan kepada mereka tetapi kita ajar mereka cara mengail ikan,”jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin