;

Rabu, 28 September 2011

Mengaku parti Islam tetapi takut hudud


SHAH ALAM - Pas membidas UMNO yang mengaku sebagai parti Islam tetapi takut untuk melaksanakan hukum hudud.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno yang diberi mandat memerintah selama 54 tahun tidak melaksanakan hukum Allah meskipun mengaku sokong hudud.

“Mencabar Pas melaksanakan hukum Allah menunjukkan Umno seolah-olah tidak berkewajipan untuk melaksanakannya sedangkan mereka pernah mendakwa parti Islam ketiga terbesar di dunia.

“Saya mahu nasihatkan Umno agar jangan rasa bebas daripada tanggungjawab melaksanakan hukum Allah sehinggakan kelihatan langsung tidak berusaha agar hukum Allah ini dapat dilaksanakan,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily semalam.

Tuan Ibrahim optimis kontroversi isu hudud yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan ramai yang mempunyai sangka buruk terhadap undang-undang Islam itu akan lebih memahami hudud.

“Sifat manusia takut pada perkara yang tidak diketahui namun selepas mengetahui dan memahaminya, mereka tidak lagi takut,” katanya. Beliau juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin