;

Khamis, 23 Februari 2012

Mahkota Wanita Perlu Dijaga


Oleh: Nora

"VAGINITIS

RAMAI WANITA AMAT MENITIK BERATKAN KECANTIKKAN WAJAH..TAPI TIDAK RAMAI WANITA MEMENTINGKAN KESIHATAN MS.V ... WAJAH BOLEH DISOLEK UNTUK CANTIK..BADAN BOLEH DISEMBURKAN MINYAK WANGI UNTUK WANGI..TAPI MS.V? BOLEHKAH DISOLEK, BOLEHKAH DISEMBURKAN MINYAK WANGI?

WANITA FIKIR2 LAH... Vaginitis - Sindrom Derita wanita Dalam Senyap

tetapi apakah ia Vaginitis?

Statistik WHO tentang kesihatan wanita, menunjukan 75% wanita dalam dunia ini menderita mengalami Vaginitis . simptom2 nya ialah seperti :
a) keluaran cairan pada msV (vagina)
b) rasa gatal,
c) iritasi
d) nyeri ketika melakukan hubungan kelamin,
e) sakit pada ari -ari
f) bau yang tidak menyenangkan & pendarahan pada vagina

Anda Memerlukan Terapi Herba Jika Mengalami Simptom-Simptom Seperti Berikut:-
~ Keluar cecair kekuningan,kehijauan & berbau
~ Terasa gatal teramat sangat
~ Tumbuh biji-biji kemerah-merahan
~ Terasa sakit ari-ari
~ Dah banyak kali ke-klinik tetapi masih tidak sembuh
~ Stres dan kemurungan
~ Hubungan kelamin suami isteri terjejas
~ Malu ditegur suami & hilang keyakinan diri

oleh itu sayangila mahkota wanita dan rawatan pad herba Bio Sanitary Pad insya Allah boleh merawatnya..

"

Keburukan Makan Hati Ayam


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Khamis, 9 Februari 2012

Kisah Nabi Musa dan Isterinya.

Salam.

Jom amalkan sifat Nabi Musa 'alaihi salam ini!


Saya yakin para pembaca sekalian kenal akan Nabi Musa ‘alaihi salam. Banyak kisah-kisahnya yang terdapat di dalam al-Qur’an. Sebagai orang-orang yang beriman kepada al-Qur’an, kita beriman bahawa semua kisah-kisah tersebut adalah benar dan ia mengandungi mesej atau pelajaran yang bermanfaat di sebaliknya.


Di sini saya ingin berkongsi satu bab dari kisah Nabi Musa. Ia merujuk kepada ketika beliau dalam perjalanan dari Madyan ke Mesir bersama isterinya. Al-Qur’an tidak menceritakan nama isteri beliau, bererti ia bukanlah sesuatu yang penting untuk mengetahui namanya.

Di sini para pembaca sekalian perlu berwaspada dengan para penceramah dan penulis buku agama yang suka menokok tambah nama dan kisah-kisah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an. Ini kerana apa yang diterangkan di dalam al-Qur’an sudah mencukupi sebagai pelajaran yang bermanfaat, apa yang tidak diterangkan dalam al-Qur’an bererti ia bukanlah pelajaran yang bermanfaat.

Tatkala Musa Meninggalkan Isterinya…

Apabila dalam perjalanan dari Madyan ke Mesir, Nabi Musa ternampak api atau cahaya di sebalik Gunung Tursina. Lantas beliau berkata kepada isterinya: Berhentilah, sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ atau sepuntung dari api itu supaya kamu dapat memanaskan diri. [al-Qashash 28:29]

Di sini terdapat sebuah pengajaran bahawa sekali pun Nabi Musa adalah seorang suami dan pemimpin keluarga, beliau tidak pergi begitu saja meninggalkan isterinya untuk menyiasat api tersebut. Beliau memaklumkan kepada isterinya untuk berhenti. Beliau memaklumkan kepada isterinya sebab untuk berhenti – yakni kerana ada melihat api. Beliau memaklumkan kepada isteri tujuan dia pergi sebentar – yakni untuk mendapatkan berita atau sepuntung api untuk isterinya dapat memanaskan diri.

Demikianlah ciri-ciri seorang suami yang baik. Meski pun suami tidak perlu meminta izin daripada isteri untuk pergi ke mana-mana, merupakan satu etika suami-isteri yang baik apabila suami memaklumkan kepada isteri akan aktivitinya dan sebab di sebalik aktiviti tersebut.

Umpama: “Sayang, hari ini abang menjangka pulang lewat dari pejabat. Ada temujanji dengan pelanggan pukul enam petang. Moga pertemuan ini berjaya dan memberikan kita pendapatan tambahan.” Atau: “Ummi, malam nanti abang akan bermain badminton bersama jiran sebelah di kompleks sukan berdekatan. Harapnya dengan senaman yang kerap, abang sentiasa seksi dan menarik kepada ummi.”

Apabila suami mendahului dengan teladan memaklumkan aktiviti serta tujuan di sebaliknya, isteri juga akan mengikuti dengan akhlak baik meminta izin sebelum keluar rumah serta menyatakan tujuan untuk keluar. Apabila suami tidak keluar melainkan dengan tujuan yang baik, isteri juga tidak akan keluar melainkan apabila memiliki tujuan yang baik.

Umpama: “Abang, hari Ahad ini ada kuliah muslimat di masjid berdekatan. Boleh saya menghadirinya, moga-moga mendapat ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama.”

Apabila suami menyatakan tujuannya untuk keluar, isteri dapat memahami apa yang dilakukan oleh suami, dapat memberi sokongan dan mendoakan kejayaan. Kembali kepada contoh di atas berkenaan suami yang pulang lewat dari pejabat, isteri dapat membalas dengan: “Baiklah abang, semoga pertemuan berjalan lancar. Saya akan mendoakan kejayaan abang berurusan dengan pelanggan itu. Nanti balik rumah kita makan malam bersama ya!”


Peranan Seorang Suami….

Sejak sejarah bermula, peranan suami ialah menyediakan perlindungan kepada isteri dan anak-anak. Ini jelas tergambar dalam perkataan Nabi Musa apabila beliau ingin pergi melihat api di sebalik Gunung Tursina, agar beliau dapat membawa balik: …sepuntung dari api itu supaya kamu dapat memanaskan diri.

Hampir semua suami mengetahui tanggungjawab mereka ialah melindungi isteri dan anak-anaknya. Melindungi dari cuaca dengan menyediakan rumah, melindungi dari kelaparan dan dahaga dengan menyediakan makanan dan minuman, serta pelbagai lagi. Akan tetapi mengetahui tanggungjawab tidak bererti mengetahui cara melaksanakan tanggungjawab. Apatah lagi dalam suasana kehidupan yang sangat menghimpit zaman kini, kebanyakan suami merasakan diri mereka gagal apabila tidak dapat menyediakan perlindungan yang sebaiknya untuk isteri dan anak-anak.

Berhadapan dengan cabaran ini, isteri dapat membantu dengan berterima kasih kepada suami dengan apa yang dapat beliau sediakan, serta memberi motivasi untuk beliau terus mengusahakan yang terbaik. Turut bekerja tidak semestinya merupakan pilihan yang terbaik, kerana ia sebenarnya mengurangkan peluang pekerjaan kepada para suami, sama ada suami sendiri atau suami-suami kepada isteri yang lain. Akhirnya golongan para suami akan semakin gagal dalam peranan mereka untuk melindungi dan ini lambat laun akan memberi pengaruh negatif kepada keharmonian rumahtangga semua pihak.


Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit.

Suami memaklumkan kepada isteri, isteri meminta izin suami, masing-masing menyatakan aktiviti dan tujuan di sebaliknya serta masing-masing melazimkan diri mengucapkan terima kasih dan memberi motivasi….semuanya nampak seperti perkara remeh temeh. Di manakah nilainya apabila dibanding dengan suami yang memberikan cincin berlian kepada isteri dan isteri yang memberikan jam tangan berjenama kepada suami?

Percayalah, sebenarnya perkara-perkara kecil memiliki peranan yang lebih besar dalam menjaga keharmonian rumahtangga berbanding perkara-perkara yang besar lagi mahal. Betapa banyak suami-isteri yang hidup di rumah yang besar, peralatan yang canggih dan perhiasan diri yang mewah, namun mereka tetap tidak bahagia. Berbeza dengan suami-isteri yang hidup serba sederhana, namun hari-hari mereka dipenuhi dengan komunikasi yang bermanfaat antara satu sama lain. Mereka sentiasa tersenyum kerana memiliki rumahtangga yang bahagia.
Sekali lagi, apabila Allah menceritakan sesuatu kisah di dalam al-Qur’an, tentu ia memiliki pelajaran yang bermanfaat di dalamnya. Allah tidak menceritakan perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh Nabi Musa bersama isterinya, melainkan ia memiliki pelajaran-pelajaran yang besar lagi bermanfaat untuk kita. Bak kata pepatah Inggeris: More often than not, it is the small nonmaterial things that count.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin