;
Khamis, 14 Januari 2010
Kenapa Orang Tidak Takut Hukuman Mati?
Hari ini kalau anda melihat berita Tv atau membaca akhbar, berita-berita berkenaan jenayah yang boleh disabitkan dengan hukuman mati bagaikan sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Daripada kes pembunuhan, pengedaran dadah, memiliki senjata api hinggalah kepada rompakan bersenjata berlaku silih berganti, setiap hari. Itu belum lagi termasuk kes-kes seperti sumbang mahram, rogol, rempit, meragut dan sebagainya.
Soalnya kenapa hukuman seberat hukuman mati bagaikan tidak berkesan langsung. Jawabnya ialah kerana undang-undang tersebut tidak mempunyai roh. Berbeza dengan undang-undang Islam yang mempuyai roh dan berupaya menghindari orang lain dari melakukan perbuatan yang sama. Sebagai contoh hukuman Qisas kepada pembunuh ialah balas bunuh. Namun Islam memberi ruang kepada keluarga untuk memberi pengampunan kepada pembunuh dan pembunuh perlu membayar pampasan tertentu bagi menebus kesalahan tersebut.
Berbeza dengan apa yang diamalkan oleh undang-undang British (Ciptaan manusia). Yang memberi pengampunan ialah Sultan atau Yang Dipertuan Agong. Sudah tentu ia akan menimbulkan perasaan tidak puashati atau dendam yang berpanjangan kepada keluarga mangsa kerana Sultan atau Agong tidak ada kena mengena dengan keluarga mangsa. Jadi masalah tidak akan selesai juga.
Begitu juga bagi kes zina bagi yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati dikhalayak ramai. Ini akan memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perkara yang sama. Undang-undang Islam lebih kepada bersifat mencegah dari menghukum. Sebab itu untuk mensabitkannya sangat sukar kerana sesetengahnya memerlukan saksi sehingga empat orang yang cukup syarat-syaratnya. Tetapi kalau orang masih ingkar maka hukumannya sangat keras.
Dan yang paling penting, pelaku tidak berani berbohong kerana dia sedar kalau dia terlepas di dunia ini, pasti dia tidak akan terlepas diakhirat nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan