;
Jumaat, 1 Jun 2012
Tokey FACEBOOK bakal di dakwa bawah Undang-Undang Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Mark Zuckenberg Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang setelah Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok (baca sampai habis naaa...)
Dengan media baru yang semakin popular termasuk Blog, Facebook dan Twitter serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak tahu, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan