;

Rabu, 27 Januari 2010

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan




Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. ....jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

Apa yang lelaki mahu..


Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.
Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.
Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.
Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.
Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong
Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

b]Rakan yang mengujakan
Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.
Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

KissPandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi
Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

b]Lelaki pada usia 40 tahun.
Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Rabu, 20 Januari 2010

Keberkatan Rezeki


Setiap kali selepas sembahyang kita seringkali berdoa.... "Ya Allah ya tuhanku, murahkanlah rezeki ke atas ku...". Persoalannya kadang-kadang kita hanyalah bekerja makan gaji dan gaji pula tak berapa banyak jadi macamana rezeki nak murah sedangkan pendapatannya tetap setiap bulan?

Murah rezeki tidak semestinya mendapat wang yang lebih dari biasa. Dijauhi dari bala bencana samada kecil atau besar juga termasuk kategori murah rezeki juga. Kalau orang berpendapatan yang besar tapi setiap hari terpaksa ke hospital dan terpaksa membayar bil perubatan yang tinggi maka tidak bermakna pendapatannya. Begitu juga kenderaannya sering rosak dan ada sahaja yang perlu dibaiki ini juga tidak termasuk dalam kategori murah rezeki. Murah rezeki bermaksud kita hidup selesa, bebas hutang, makan minum mencukupi dan kita sentiasa rasa redha dengan apa yang ada.

Kerana itulah kita sering tengok orang-orang kaya, jutawan berkejar ke sana ke mari, 24 jam bagaikan tidak cukup masa. Ada sahaja yang nak diuruskan. kadang-kadang cawangan sana telefon ada masalah, kemudian cawangan sini pula telefon ada masalah yang lain pula...jadi apakah makna semua ini?. Ibadah jadi terabai dan bila itu terjadi adakah rezeki menjadi berkat? Sudah terntu tidak dan percayalah bila rezeki tidak berkat, duit berjutapun tidak akan pernah mencukupi...

Khamis, 14 Januari 2010

Cerita Pasal 'Apple Computer'


Komputer yang anda lihat di atas ialah Machintosh SE. Ia merupakan antara komputer terawal keluaran Apple Computer. Semasa ia baru diperkenalkan di Malaysia di sekitar tahun 1984 dahulu harganya ialah RM11,000.00. Cakera kerasnya kalau tidak silap ialah 40Mb, yang pasti tidak sampai 1Gb. Kalau anda membuat kerja yang agak rumit dan anda ingin 'save' kerja-kerja anda maka anda boleh keluar makan dahulu dan datang kembali, sedang elok baru kerja anda siap di 'save'kan. Namun begitu itulah antara komputer paling laju ketika itu.

Pada waktu tersebut PC belum lagi muncul. Hanya setelah Apple keluar barulah PC keluar dengan konsep 'windows'nya. Dan Apple mula menyaman Microsoft kerana dikatakan menciplak paparan muka Apple dengan pengubahsuaian. Namun keputusan akhirnya berpihak kepada Microsoft. Dan selepas itu Apple Computer terus dengan dunianya dan PC juga dengan dunianya. Masing-masing terus menerus membuat inovasi terbaru dalam menarik pelanggan mereka.

Dan kalau kita mengikuti sejarah Apple, syarikat berkenaan pernah satu ketika mengalami pelbagai peristiwa duka hinggakan pernah pereka dan pemiliknya, Steve Jobs ditendang keluar dari syarikat yang dibinanya sendiri. Namun sebagai seorang yang kreatif dan tidak mengenal putus asa beliau menubuhkan PIXAR Animation Studios sebuah syarikat animasi yang mengeluarkan cerita seperti 'Toy Stories, The Incredibles, Monsters Inc., A Bug Life, Finding Nemo, Cars dan terbaru Ratatlouille'.

Apple akhirnya memutuskan untuk mengambil kembali Steve Jobs bagi mengetuai syarikat berkenaan. Tidak lama lepas tu lahirlah iMac, komputer yang mempunyai warna bagaikan gula-gula candy. Apple tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mencipta inovasi yang mengagumkan seperti iPOd dan terkini iPhone.

Dengan menggunakan motto 'Think Different', Apple Computer merupakan syarikat yang paling inovatif di dunia pada masa sekarang. Anda boleh merujuknya di laman web (http://www.businessweek.com/magazine/content/06_17/b3981413.htm).

Moral dalam cerita Apple Computer ini ialah sikap tidak berputus asa, diikuti oleh kreativiti dan sentiasa melakukan inovasi, insyaAllah akan membuahkan kejayaan. Seperti hadis Nabi yang pernah dinyatakan sebelum ini 'Jadikan hari ini lebih baik dari semalam - dan itulah orang-orang yang beruntung'.

Kenapa Orang Tidak Takut Hukuman Mati?


Hari ini kalau anda melihat berita Tv atau membaca akhbar, berita-berita berkenaan jenayah yang boleh disabitkan dengan hukuman mati bagaikan sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Daripada kes pembunuhan, pengedaran dadah, memiliki senjata api hinggalah kepada rompakan bersenjata berlaku silih berganti, setiap hari. Itu belum lagi termasuk kes-kes seperti sumbang mahram, rogol, rempit, meragut dan sebagainya.

Soalnya kenapa hukuman seberat hukuman mati bagaikan tidak berkesan langsung. Jawabnya ialah kerana undang-undang tersebut tidak mempunyai roh. Berbeza dengan undang-undang Islam yang mempuyai roh dan berupaya menghindari orang lain dari melakukan perbuatan yang sama. Sebagai contoh hukuman Qisas kepada pembunuh ialah balas bunuh. Namun Islam memberi ruang kepada keluarga untuk memberi pengampunan kepada pembunuh dan pembunuh perlu membayar pampasan tertentu bagi menebus kesalahan tersebut.

Berbeza dengan apa yang diamalkan oleh undang-undang British (Ciptaan manusia). Yang memberi pengampunan ialah Sultan atau Yang Dipertuan Agong. Sudah tentu ia akan menimbulkan perasaan tidak puashati atau dendam yang berpanjangan kepada keluarga mangsa kerana Sultan atau Agong tidak ada kena mengena dengan keluarga mangsa. Jadi masalah tidak akan selesai juga.

Begitu juga bagi kes zina bagi yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati dikhalayak ramai. Ini akan memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perkara yang sama. Undang-undang Islam lebih kepada bersifat mencegah dari menghukum. Sebab itu untuk mensabitkannya sangat sukar kerana sesetengahnya memerlukan saksi sehingga empat orang yang cukup syarat-syaratnya. Tetapi kalau orang masih ingkar maka hukumannya sangat keras.


Dan yang paling penting, pelaku tidak berani berbohong kerana dia sedar kalau dia terlepas di dunia ini, pasti dia tidak akan terlepas diakhirat nanti.

Sabtu, 2 Januari 2010

ALAM MAHSYAR.........


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa

malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal

dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun

berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat:

a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin