;

Isnin, 25 Oktober 2010

10 JENIS KAWAN...

1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar... Dah dapat sepak...:-(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…:-(

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul...:-(

7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…:-(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…:-(

9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…:-(

10. Lagi...Kawan tu macam ape ye???
Hmmmm...


Haa…Kawan tu macam AWAK LA…
Bila saya tulis note, awak akan baca dengan teliti sampai habis...
Kemudian share info kat note ni dengan kawan-kawan:-D

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih,berduka dan sebagainya…
Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menjaga hati kawan-kawannya dan akan sentiasa tolong menolong satu sama lain setiap masa bukan hanya semasa berfacebook tapi di mana-mana saja…:-)

Rabu, 20 Oktober 2010

Siapa pengkhianat Melayu sebenarnya?


Mutakhir ini isu 'pengkhianatan' terhadap Melayu dimainkan oleh pemimpin Umno/BN dan juga beberapa pertubuhan yang kononnya mewakili suara Melayu. Secara sedar atau tidak, isu-isu yang dibangkitkan hanya membibitkan sentimen perkauman yang menebal antara kaum yang ada dinegara ini, walaupun 'perpecahan' sebenar hanya berlaku dalam komponen Umno/BN.

Suara-suara tidak puas hati terhadap hak Melayu yang kononnya dikikis lantaran terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dimainkan sebagai fokus serangan.



Malah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melagukan kebimbangan berhubung kononnya Melayu akan hilang kuasa seandainya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Suara 'perkauman sempit' ini diistilahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sebagai suara terdesak Umno/BN yang mutakhir ini semakin bimbang akan hayat politik mereka sampai ke penghujung.

Namun leteran Tun Mahathir itu kini sudah tidak sepopular dahulu kerana masyarakat Melayu khasnya tidak lagi mudah termakan serangan perkauman yang dimainkan Umno/BN.
Masyarakat Melayu tidak akan dapat melupakan penghakisan hak Melayu yang berlaku lantaran 50 tahun Umno memerintah Malaysia, antaranya.

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan meminda perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan wujud campur tangan dalam sistem kehakiman.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti rakyatnya orang Melayu.

4. Memperkenalkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI); menghapuskan bahasa Melayu dan tulisan jawi.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu sedangkan di dalam perlembagaan jelas memperuntukkannya.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. Akhirnya bilangan parlimen majoriti tidak bertambah. 9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. Tanah orang melayu semakin kecil saiznya.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Zakat LAP Kurang: Zambry Gagal


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat pencapaian Lembaga Air Negeri Perak (LAP) yang di bawah pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan hanya menyumbangkan pengeluaran zakat pada tahun 2009 dengan kadar hanya RM3,392,647 sahaja adalah rendah dan berbeza semasa Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikannya pada tahun 2008 dahulu.

Pada tahun 2008, LAP mengeluarkan bayaran zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMP) ketika itu ialah sebanyak RM3.7 Juta. Perbezaan ketara tersebut jelas menunjukan kegagalan Datuk Seri Zambry mengendalikan LAP. Di manakah punca sebenarnya kemerosotan tersebut, ini kerana dakwaan yang mengatakan perkembangan ekonomi di Negeri Perak jelas tidak menggambarkan kedudukan sebenarnya.

DPPN Pk bimbang di masa akan datang zakat yang akan dikeluarkan oleh LAP akan terus merosot termasuk kebajikan kepada kakitangannya. Inilah perkara yang menjadi kayu ukur kemampuan dan kelangsungan pentadbiran yang cekap dan berdaya saing tinggi yang pernah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar sebelum ini. DPPN Pk yakin peningkatan dan kemampuan LAP di dalam memperolehi keuntungan yang tinggi sebenarnya dapat dikembalikan jika urus tadbir yang mempunyai konsep kebajikan diamalkan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

‘First Lady’ wajar contohi Siti Zubaidah


Ketika seruan berjimat cermat bergema pada Belanjawan 2011, kita terpanggil untuk mengulas perjalanan The First Ladies Summit (Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama) apabila melihat ribuan banting mengalu-alukan peserta sidang pada hampir tiap tiang lampu pada kedua-dua laluan di sepanjang lebuh raya dari pusat ibu kota Kuala Lumpur hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jika kos sebuah banting RM100, bayangkan berapa banyak wang dilaburkan semata-mata untuk menjamu mata pengguna lebuh raya.


Kemungkinan besar 15 ‘first ladies’ dan perwakilan mereka tidak langsung mengendahkan banting berwarna merah jambu itu yang relevan untuk beberapa hari saja.

Berdasarkan ini, kita boleh mengagak berapa banyak wang negara dibelanjakan untuk menjayakan The First Ladies Summit itu yang temanya adalah berkaitan kebajikan dan masa depan kanak-kanak.

Alangkah baiknya jika RM100 yang dihabiskan untuk ‘memberi makan’ kepada tiang lampu tidak bernyawa itu dibelanjakan untuk menampung makan 10 orang kanak-kanak miskin jika seorang diperuntukkan RM10. Tentunya adalah lebih berfaedah memberi makan 1,000 kanak-kanak dengan kos RM100,000 daripada ‘memberi makan’ kepada 1,000 tiang tidak bernyawa!

Berdasarkan ini, kita mengharapkan sesiapa pun yang mendakwa sebagai wanita pertama, supaya menjenguk kisah-kisah teladan wanita pertama masa lampau untuk dijadikan iktibar dalam mengharungi hidup sebagai suri ketua negara atau kerajaan. Kita akan membawakan dua watak saja iaitu Siti Zubaidah binti Jaafar iaitu permaisuri kepada Khalifah Bani Abasiyah paling hebat, Harun Al-Rashid dan Siti Zubaidah permaisuri kepada Sultan Zainal Abidin dari kerajaan Kembayat Negara bagi menjadi contoh mithali wanita pertama di Alam Melayu.

Siti Zubaidah Jaafar sekalipun begitu kaya raya, telah membelanjakan sebahagian besar wang beliau sendiri untuk membiayai projek-projek berkepentingan rakyat, yang paling masyhur adalah ‘Ain Zubaidah, sebuah terusan paling hebat pada zamannya bagi mengalirkan air ratusan batu jauhnya dari gunung-gunung yang mempunyai mata air di Makkah (ada mencatatkannya dari Taif) bagi kemudahan jemaah haji di Mina dan Arafah. Ahli sejarah mencatatkan kos pembinaan terusan itu adalah 1,700,000 dinar. Sekalipun dibina 1,400 tahun lalu, terusan itu masih boleh dilihat.

Selain itu Siti Zubaidah juga telah mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Makkah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai terutama jemaah haji dan ahli peniagaan. Di Baghdad sendiri terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan Masjid Siti Zubaidah kerana dialah yang bertanggungjawab membinanya.

Tentunya dunia Islam tidak mengingati Siti Zubaidah sebagai wanita pertama kerana dia isteri khalifah tetapi jasa-jasa besar yang ditinggalkannya kepada rakyat. Ahli sejarah mengungkapkan walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicarinya, bukan mengejar glamor dan kemasyhuran dunia.

Sementara itu Siti Zubaidah alam Melayu melalui Syiar Siti Zubaidah pula memaparkan perjuangan permaisuri seorang raja (tentunya dia wanita pertama) untuk membebaskan suaminya daripada cengkaman musuh. Siti Zubaidah sanggup menyamar sebagai pahlawan lelaki dan dalam perjuangannya menghadapi pelbagai penderitaan tetapi berkat kesabaran akhirnya suaminya dapat dibebaskan.

Jelaslah kepada kita bahawa kedua-dua Siti Zubaidah adalah ikon yang sewajarnya menjadi teladan bukan saja kepada ‘First Lady’ tetapi juga semua wanita terutama yang berstatus isteri. Kedua-duanya bersemangat kental bagi meraih bahagia dunia dan akhirat.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin