;

Jumaat, 17 Disember 2010

Suri rumah dakwa diganggu Puteri Umno

TEMERLOH 17 Dis: Setelah tidak tahan lagi hidup dalam kesusahan angkara suaminya tidak pulang ke rumah selama lima bulan gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang anggota Puteri Umno, seorang suri rumah akhirnya membuat laporan polis.

Edah Abdul Rahim, 38, dari Kampung Paya Batu dekat sini, dalam laporannya mendakwa rumah tangganya menjadi porak peranda dan mereka anak beranak hidup terhimpit akibat perhubungan suaminya dengan Puteri Umno berkenaan.

Dalam salinan laporan polis yang difakskan ke pejabat harakahdaily antara lain menyebut, semenjak dua tahun yang lepas sehingga ke hari ini Puteri Umno itu tidak henti-henti menggangu rumah tangganya.

Malah suri rumah tersebut mendakwa hampir setiap malam puteri Umno itu menalipon suaminya untuk diajak keluar kononnya atas urusan perniagaan.

“Disebabkan Puteri Umno itu saya dan keluarga saya tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dari segi pakaian, kemudahan pembelajaran anak-anak dan suami saya hampir 5 bulan tidak balik ke rumah.

“Saya juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Puteri Umno itu dan menasihati beliau supaya jangan mengganggu hidup saya dan anak-anak tetapi beliau menafikannya. Saya juga pernah terserempak dengan beliau bersama suami saya pada jam 9.00 malam di sebuah Taman dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ke balai polis.”

Dalam laporan berkenaan Edah turut memberitahu telah beberapa kali merujuk perkara ini kepada Ketua Bahagian Umno, Ahli Parlimen dan pejabat JASA namun sehingga kini beliau mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.

Edah yang berasal dari Chenor, Maran telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang anak.

Difahamkan, Puteri Umno berkenaan masih mempunyai suami dan borkongsi perniagaan membuat kontrak dengan suami Edah bertindak sebagai pelobi bagi mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu Majlis Tindakan Dun PAS Kuala Semantan yang bersimpati dengan nasib Edah sekeluarga, baru-baru ini turut tampil menghulurkan sumbangan barangan dan wang tunai melalui pengarahnya Ahmad Zubir Omar.

Khairil Abdul Rahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin