;

Jumaat, 18 Mei 2012

Rupa sebenar Kazim Elias terserlah di pentas UMNO

Rakyat Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012. Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik. Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin