;

Rabu, 11 Mac 2009

60 Billion... sakau duit rakyat...!!!

"Terkejut juga bila Malaysiakini sebut bahawa jumlah budget tambahan untuk tempoh dua tahun bagi menghadapi kemelut ekonomi semasa adalah berjumlah 60 Billion.

Malaysian Insider meramalkan 50 Billion manakala yang lain menganggarkan 10 Billion sahaja. Namun bila mendengar sendiri ucapan budget Najib jelas tidak banyak program baru, khususnya bagi menghadapi atau menyelesaikan krisis ekonomi negara.

Budget ini hanya menampung budget yang dibentangkan tahun lalu dan tiada apa-apa usaha bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara melainkan persediaan bagi program bailout syarikat gergasi milik Kerajaan (GLC) atau kumpulan kroni tertentu.

Kita dengar ucapan beliau sampai habis tiada apa-apa yang menarik melainkan angka-angka hutang negara yang semakin tinggi bagi menampung budget ini. Semuanya berbillion-billion.

Sikit-sikit Najib sebut puluh-puluh juta atau billion-billion sahaja. Peliknya, mana Najib dapat 60 Billion untuk belanja nie? Semua itu pastinya hutang yang dibuat atas nama Rakyat Malaysia dan Rakyat yang tak tau apa-apa tak pasal-pasal berhutang.

Abislah KWSP, Perkeso, Tabung Haji, PNB dan dana-dana awam lainnya jadi sumber kewangan. Tak pun, dia suruh Bank Negara cetak duit billion-billion.

Walauapa pun, Inilah hadiah buat Najib dan duit yang akan digunakan oleh Kerajaan Najib setelah beliau mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah. Kita lihatlah bagaimana beliau menguruskan dana 60 Billion. Kita nak tahu, berapa yang rakyat dapat dan berapa banyak kroni dia dapat untuk Bailout.

Dan selepas ini kita tengok juga Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah. Eh! mana pigi 60 Billion da…."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tajuk Apa Hari Ini

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Blog Widget by LinkWithin