;
Ahad, 19 April 2009
Bangkitlah Anak Anak Malaysia
Bangkitlah, anak-anak Malaysia.
Mari kita semua bangkit. Sudah terlalu lama kita semua tidur. Enak dan selesa dibuai janji-janji lemak merdu sekian hari dan masa. Itu semua mimpi-mimpi belaka wahai anak-anak Malaysia. Itu semua angkara tiupan jentera-jentera propaganda yang saban hari, saban jam dan minit, mencandui hidup kita dengan kata-kata kosong dan kiasan syair-syair yang sesungguhnya tiada makna. Masanya telah tiba untuk kita bangun. Untuk kita bangkit.
Anak-anak Malaysia, bangkitlah. Mari kita bangkit dan kita meniti kesedaran kita. Mari kita segera sedar. Masanya telah sampai untuk kita semua berdiri dan kita ukur alam nyata. Masanya telah tiba untuk kita bangun dan kita tuntut hak-hak kita. Kita tidak boleh lagi membiarkan hak-hak kita dipijak, disepak-sepak dan dipersendakan. Bagaikan kita orang-orang bangsat yang terbiar dan tiada halatuju. Bagaikan kita orang-orang kurang akal yang boleh ditarik ke kiri dan kanan, ditekan ke depan dan belakang, digolek turun dan ditarik naik, disepak terajang dalam ruang-ruang kecil yang berlampu malap. Masanya telah tiba, anak-anak Malaysia, untuk kita bangkit dan kita tuntut hak-hak kita.
Kita perlu bersuara. Hak-hak kita jangan dipersenda. Kita manusia. Punya perasaan, punya hak azali, punya taraf kemanusiaan. Kenapa kita harus berdiam diri apabila hak-hak kita dicabuli? Takutkah kita untuk menuntut dan membela apa yang kita punyai? Kenapa kita perlu menikus dipenjuru, berbisik-bisik bagaikan tiada suara? Bangkit. Hari ini, saat ini, kita mesti bangkit dan tuntut hak-hak kita.
Anak-anak Malaysia. Mari kita tebang dan cantas segala prejudis bangsa dan ugama. Mari kita bersatu. Negara ini luas terbentang. Tidak perlu kita hirau warna kulit kawan-kawan kita. Darah kita semuanya merah. Tidak perlu kita hirau kepercayaan masing-masing. Pada akhir masa, kita semua diadili oleh Tuhan semesta. Bukan hak kita untuk megadili sesama sendiri.
Luas terbentang tanah Malaysia ini. Mengapa kita perlu membina pagar tembok dan dinding di sekeliling kita sendiri hanya kerana kelainan warna dan kepercayaan? Bangkit. Mari kita tebang dan cantas pohon-pohon prejudis bangsa dan agama. Mari kita seru dalam suara yang satu. Suara bangsa Malaysia, untuk Malaysia.
Bangkit. Mari kita peringatkan kerajaan bahawa kuasa mereka adalah amanah dari kita semua. Amanah yang kita semua tuntut untuk dilaksanakan demi kebaikan Malaysia dan kita semua. Demi kebaikan umum. Bukannya untuk disalahgunakan untuk kebaikan dan kepentingan peribadi. Bahawa kita sebenarnya yang berkuasa. Bahawa mereka diletakkan di dalam kuasa oleh kita. Dan bahawa kita sebenarnya penentu. Tidak perlu kita berlutut dan bercium tangan menyembah ampun bagai hamba. Kita sebenarnya yang berkuasa. Bahawa kita mampu dan akan menarik balik amanah kita sekiranya ianya tidak dipenuhi dengan adil dan saksama. Mari kita peringatkan mereka.
Mari kita bangkit. Kita kerjakan tanah air ini untuk kepentingan semua. Mengapa perlu kita sangsi dan takutkan sesama sendiri? Tanah air ini hanya satu. Semua kita di sini dan tiada lain tempat yang boleh kita tuju. Di sini kita lahir. Dan di sini mungkin kita mati. Namun dalam masa di antara mula dan akhir itu, kita di sini. Mari kita usahakan bersama, majukan bersama dan nikmati bersama tanah air ini. Tanah ini juga yang akan kita tinggalkan kepada anak-anak kita, dan anak-anak mereka. Mari kita bangkit dan kita pelihara tanah ini.
Mari kita semua bangkit. Dan kita akhiri segala yang tidak bermanafaat. Kita akhiri semua lakonan dan gerak tari yang bagai candu dihulurkan kepada kita selama ini. Kita akhiri cerita-cerita dongeng dan cakap-cakap kosong. Kita buka topeng-topeng warna-warni agar kita nampak yang nyata. Agar kita nampak senyum sinis yag melihat kita dipersendakan.
Bangkitlah, anak-anak Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajuk Apa Hari Ini
-
▼
2009
(112)
-
▼
April
(27)
- 18 Petua Mengasihi Teman Hidup Anda
- Wanita Yang Menolak Perkahwinan
- *Rahsia Darah
- FADHILAT SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT TEORI FIZIK
- Pengkebumian jenazah dalam Islam
- Najib Tidak Tahu Satu Malaysia Sudah Tahu!
- Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
- Wanita yang solehah
- Budak-budak...
- ape punye laki la...
- Wanita Yang Wajib Di Jauhi Oleh Lelaki
- 10 Hadiah UtamaYang Sering Di lupai Untuk Orang Ya...
- > PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
- Gempar!! Tajol Rosli dan Pengedar Ecstacy
- Program Najib Kecoh Makanan Tak Cukup
- Bangkitlah Anak Anak Malaysia
- Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang ...
- PRK merugikan wang rakyat...?
- Gambaran Syurga Menurut AL-QURAN dan Hadis
- Gambaran Neraka Menurut Hadis
- Petua Isteri Sentiasa Macam Anak Dara
- Tuan Guru Ghazali Batu 26: Penasihat Sultan Perak
- PERLU KE UMNO DIMASUKKAN KE SINI... DAH SIAP TEMPA...
- BALAS DENDAM - IMAM MASJID KG SIMPANG AKHIRNYA AKA...
- Pengetahuan bersama........
- Berbai`ah Menegakkan Agama Allah SWT
- FILSAFAT BUAH
-
▼
April
(27)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan