;

Isnin, 2 September 2013
Jumaat, 17 Mei 2013
Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Selasa, 30 April 2013
Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua darjat..!!!

Jumaat, 26 April 2013
Kenapa risau untuk berubah?
SEORANG teman pernah mengungkap ratap keluhannya tentang keadaan kecelaruan politik yang terpaksa ditempuhi hari ini. Pernyataan itu diungkap dalam catatannya di Facebook lebih kurang begini: “Barisan Nasional bukanlah pilihan, tetapi Pakatan Rakyat juga membimbangkan ...”
Keluhan seperti ini sebenarnya dikongsi rasa kebanyakan anak muda hari ini yang sudah muak dengan perilaku pemimpin BN, dan dalam masa sama, mereka tetap berwaspada ke atas kelemahan Pakatan.
“Apa pilihan yang ada?” demikian antara deretan pertanyaan orang-orang dalam kumpulan ini. Tajribah eksperimen dalam menukar kerajaan adalah sesuatu yang amat mahal harganya bagi mereka barangkali.
Seolah-olah, jika ditakdirkan Pakatan memerintah, maka keadaan menjadi lebih buruk dan binasa teruk dibanding sebelumnya ketika di bawah BN. Sedangkan perbandingan antara BN dan Pakatan ini boleh dijelaskan dengan pernyataan: “Seburuk-buruk Pakatan adalah sebaik-baik BN.”
Kelompok ‘atas pagar’ ini mesti diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk membuat penilaian secara bijaksana.
Kelompok ini perlulah dimesrakan selalu dengan pujuk rayu bahawa “menukar kerajaan bukanlah salah atau satu jenayah”.
Dan, hakikat ini (percubaan menukar kerajaan) sememangnya lumrah, dan sering berlaku di kebanyakan negara demokrasi.
Dan, ketakutan ini sedang diciptakan Umno-BN setiap hari. Yang terhidang dan siap tersaji sebagai santapan fikiran umat hari ini adalah “keburukan menukar kerajaan”.
Kita patut meluruskan semula garis-garis penyimpangan ini.
Betapa eksperimen menukar kerajaan tidak sepatutnya digambarkan sebagai “jenayah.”
Hal ini membuat Dr Mahathir Mohamad jadi resah selalu. Dr Mahathir rela meletakkan jawatan sebagai PM, tetapi beliau tidak merelakan kerajaan BN bertukar.
Hal ini juga disokong Pengerusi KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen), Ahmad Lutfi Othman ketika cuba mengungkap beberapa pola pemikiran yang seringkali bermain di fikiran pengundi yang dahagakan perubahan, tapi dalam masa sama masih kekal berada di dalam zon curiga itu.
“Dr Mahathir memang takut apabila rakyat cuba melakukan eksperimen menukar kerajaan ini,” begitu luahnya dalam suatu temubual ringkas bersama beliau di pejabat Harakah dekat Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Menurut Ahmad Lutfi, memang ada kalangan rakyat yang berasa muak dengan BN, tetapi golongan ini juga masih kekal menaruh kewaspadaannya ke atas Pakatan, mungkin disebabkan pendedahan media tentang kurang persefahaman di antara parti-parti komponen.
“Majoriti rakyat dan jelak dengan karenah Umno-BN terutama berkaitan kecurangan dan korupsi tetapi mereka juga diragukan untuk membuat perubahan,” tambahnya.
Hal sedemikian tidak boleh dipersalah ke atas rakyat seratus peratus apatah lagi dalam keadaan BN masih menakluk media awam yang didanai rakyat. Jelas, ini bukannya demokrasi tulen.
Bagaimanapun, dari sudut lain, Ahmad Lutfi turut menggesa golongan yang masih was-was dengan Pakatan agar berani mencuba. Pengalaman memerintah beberapa negeri dan pujian Ketua Audit Negara terhadap perjalanan ekonomi negeri masing-masing menjadi testimoni terbaik.
“Perubahan hanya dapat dilakukan dengan menukar kerajaan, rejim yang telah memerintah hampir 6 dekad sudah mempunyai banyak peluang tapi disesiakan begitu saja,” kata Ahmad Lutfi. Baginya, perubahan pemikiran rakyat itulah yang lebih diutamakan sebenarnya.
“NGO dan masyarakat sivil contohnya mestilah diperkasakan,î kata beliau lagi sambil menekankan sikap terbuka pemimpin Pakatan bila memerintah nanti. Ahmad Lutfi turut menekankan, perjuangan rakyat tidak berakhir hanya keran Pakatan berhasil menggulingkan BN kelak.
Daripada segi lain, beliau menyeru rakyat agar melihat kepada kekuatan gerakan massa sebagai jentera yang paling utama dalam usaha membentuk suasana politik yang baharu.
Paling mustahak, tegasnya, sebarang kebimbangan atau kerisauan untuk menukar kerajan mesti dibuang. Rakyat harus diyakinkan bahawa penggiliran parti pemerintah adalah kelaziman dalam sebuah negara demokrasi.
“Sistem pentadbiran awam kita sudah kukuh, dan ia tidak akan terganggu, malah diperkukuhkan lagi apabila Pakatan memerintah. Cukuplah 57 tahun rakyat beri kesempatan kepada Umno, bukan tidak ada jasanya tetapi lebih baik kita mencari sesuatu yang lebih baik, ‘kan?” katanya.
Setelah mengundi nanti, maka berdoalah dan bertawakallah dan terus-menerus berusaha agar keadaan akan menjadi semakin lebih baik dibanding hari-hari sebelumnya di bawah pentadbiran zalim Umno-BN.
Ahmad Lutfi sempat memaklumkan perkembangan membanggakan tentang sambutan derma orang ramai terhadap kempen dana penerbitan KAMI, yang dilancarkan Dr Haron Din baru-baru ini.
“Alhamdulillah, KAMI sudah mengedarkan lebih 70,000 naskhah sisipan Bangkit secara percuma dan banyak lagi akan dibekalkan kepada pengundi, termasuk bahan penerbitan mengenai keperluan untuk melakukan perubahan,” tambahnya.
.jpg)

Rabu, 24 April 2013
shalehudin: GEMPAR: Betoi ka orang KUAT Amno neh dah kena stro...
shalehudin: GEMPAR: Betoi ka orang KUAT Amno neh dah kena stro...: Satu Malaysia jadi hairan, satu Malaysia jadi rindu... Dulu riuh rendah macam keling karam, tetiba sunyi sepi betoi-betoi dah karam teng...
Isnin, 22 April 2013
Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud.

PRU 13: Panas, celaru dan sesak
.jpg)
Kubur Zulkifli Nordin sudah digali, 101% pasti
"'Ini kerja gila namanya, ada ker diletakkan orang gila disini!'.
Marah setiausaha umno cawangan bila diketahui zulkifli nordin (ZN) menjadi calon parlimen dishah alam. Bukan sahaja cawangan itu yang geram dengan pencalonan zn itu malah hampir 85% ahli2 umno shah alam benci dengan keputusan najib meletakkan calon yg dianggap haprak ini.
Sudahlah calon umno pasir mas, sengaja tidak datang untuk mencalonkan dirinya atas kerana memberi laluan kepada ibrahim ali (AI) yang meraung kepada najib utk diberikan kerusi parlimen itu. Aku seronok IA bertanding kali ini dipasir mas, kerana kita harus akhirkan karier politik IA itu dengan cara yang dunia ketahui. Biar rakyat yang mewawarkan kekalahan IA itu dan bukan dengan membunuh kariernya secara senyap.Itu tidak menarik dan tidak seronok. Biar IA malu dengan dunia, biar dia tahu masanya sudah lama berakhir..
'Najib tu ingat orang2 shah alam ni kebulur sangat ker nak undi ZN tu, sejak muka dia keluar tv ni,aku tengok makin benci dan makin nak ludah jer muka dia tu', marah ketua bahagian disalah satu bahagian ketika menutup bilik gerakkannya malam itu.
'Kalau kau nak menang ZN, kau buatlah sendiri kempen2 kau tu, Aku takleh tengok muka kau lagi,naik angin jer aku tengok muka kau tu'. sambung beliau kepada rakan2 umnonya disitu.
Begitu sekali marah orang2 shah alam kepada najib dan ZN atas perletakkan orang2 sampah seperti zn ini. Shah alam yang merupakan kawasan elit melayu berpendidikan tinggi dihina keintelektualan mereka dengan pencalonan zn itu. Shah alam yang terdiri daripada para ilmuan, datok2, tan sri2 dan orang kebanyakkan merasa bahawa ini adalah penghinaan yang amat sangat. Orang seperti zn itu patut bertanding di dalam zoo sahaja kerana dia tidak menepati citarasa orang2 shah alam yang inginkan wakilnya itu berada pada standard yang tinggi serta akhlak yang baik.
'Aku dah malu nak pakai lencana gambar dacing dengan gambar zn ini. Dah takder nur dah aku tengok muka zn ni. Kalau ia pun najib ni letaklah orang yang semenggah sikit, dulu dah diletaknya aziz shamsudin pun aku dah benci, inikan pula zn ni.aduhhh pening aku dengan umno ni'. Begitu sekali marahnya bendahari umno cawangan itu kepada najib.
Perletakkan calon bn iaitu zn telah menjadikan shah alam tidak bermaya untuk ahli2 umno utk bekerja memasang bendera parti. Didalam hati mereka cuma ada sumpah seranah kepada pucuk pimpinan yang langsung tidak menghiraukan calon2 berkaliber mereka di akar umbi yang sentiasa menunggu utk dinaikkan oleh pengikut2 mereka disitu.
'Kenapa harus orang luar itu mewakili kita. Sudah lah orang luar, munafik politik pulak tu.'
Marah mereka bukan kepalang lagi. Keadaan ini telah menjadikan kerja2 saudara khalid samad semakin mudah. Tiket MP shah alam semakin digenggaman tangan. Selangor wajib dipertahankan walau sesiapapun musuh yang datang. PAra askar2 PR wajib berusaha keras memangkan para2 pejuang yang sekarang ini semakin kuat berjuang untuk memepertahankan kuasa rakyat yang semakin tertindas ini.
'Kubur kau zn dah aku gali, kau matilah kat sini'. jerit seorang ahli ketika hari penamaan calon berlangsung itu hari.Marah mereka sudah tidak mampu lagi utk disimpan. Biarlah dibuang dari parti sudah tidak memberi kesan lagi buat mereka.
'Tahniah khalid samad, aku akan undi kau secara senyap,jangan takut'. Bisik ketua cawangan umno ketika membakar bendera2 dacing yang dikutipnya sebelum menutup bilik gerakannya buat selamanya.

DUN Rantau dalam Parlimen Rembau ialah pusat pembuangan sisa toksik Malaysia


Jumaat, 22 Mac 2013
KISAH SERAM!! KAKI MENCARI JASADNYA

Rabu, 20 Mac 2013
Jauhilah politik aibkan maruah
.jpg)
Sahabat Nabi yang masih hidup
TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?
Sahabat Nabi yang masih hidup
✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.
✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".
Sedikit sejarah mengenainya.
✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.
Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

Selasa, 19 Mac 2013
PENAWAR BISA ULAR DAN IKAN SEMBILANG

Jumaat, 15 Mac 2013
Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli
.jpg)
Siapa kata UMNO wakil MELAYU....??? Umno Bukan Wakil Melayu.. Jangan Syok Sendiri

Jumaat, 8 Mac 2013
Jangan kita lupa: 8 Mac 2008
Lima tahun sudah berlalu sejak berlakunya tsunami politik terbesar dalam sejarah Malaysia. Kekalahan besar yang memalukan parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO pastinya tidak akan dilupakan oleh mereka yang dibisukan oleh suara rakyat pada tarikh bersejarah itu; yang telah memilik untuk menolak kepimpinan UMNO dan memberi amanah kepada parti-parti oposisi yang kemudiannya membentuk sebuah koalisi politik bernama Pakatan Rakyat.
Lima tahun sejak 8 Mac 2008, Malaysia telah melihat pelbagai perubahan hasil desakan sebuah ikatan pembangkang yang kuat dan kuasa politik rakyat yang mendesak supaya wujudnya sebuah demokrasi yang adil dan berfungsi dengan baik di Malaysia. Lima tahun sudah negeri-negeri Pakatan Rakyat dipimpin dengan berhemah dan cekap; dan membawa kebaikan untuk semua tanpa mengira latarbelakang kaum dan ekonomi.
Menjelang pilihanraya umum yang akan datang, jangan kita lupa kepada tsunami politik Mac 2008 yang telah merubah cara kita melihat sistem kerajaan di negara ini. Arus perubahan kian kuat dan bakal membadai di segenap ceruk yang membenih korupsi dan kezaliman. Rakyat pastinya bijak untuk memilih perubahan yang melestari; demi masa depan Malaysia yang lebih baik.
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
Isnin, 4 Mac 2013
Isu Lahad Datu Harus Dinobat Drama Al-Ma'unah Kedua!



Gambar pemimpin Sulu di Perhimpunan Agung UMNO 2012.


Rabu, 27 Februari 2013
Tips Pengantin Baru 18SX(Hanya Untuk Suami-Isteri)
Ketika mahu bersama dengan isteri, pastinya sang suami akan melakukan aktivti pemanas badan terlebih dahulu atau bahasa mudahnya "foreplay". Pada waktu ini, si suami akan meneroka tubuh isterinya bagi merangsang aktiviti selepas itu. Sayangnya, penerokaan tersebut sering berlaku pada bahagian-bahagia tertentu sahaja seperti di vagina, payudara dan punggung.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi bahagian tubuh isteri yang harus suami terokai bagi merangsangnya. Berikut adalah 10 bahagian-bahagian tubuh wanita yang jika disentuh, wanita pasti menyukainya!
1. Rambut
Wanita suka ke saloon buakan hanya kerana ingin memastikan rambut mereka kekal menarik. Mereka ke saloon untuk pelbagai servis yang disediakan seperti mencuci rambut, mewarna, mengurut dan lain-lain perkhidmatan yang membolehkan mereka mengerungkan rasa stress. Perkara ini dapat dilakukan juga oleh suami ketika mahu melakukan seks bersama isterinya. Kepala isterinya dipicit-picit dan diusap-usap lembut dapat merembeskan hormon dopamine dan serotonin. Dua hormon tersebut boleh membuat seseorang merasa selesa dan berkeyakinan
2. Wajah
Ketika mencium isteri di mukanya, ciumlah dengan seromantik mungkin. Ketika ciuman dilakukan, biarlah ada kehangatannya. Cuba cium isteri anda dengan lembut dan ringan di bahagian pipi, dahi dan dagunya. Elakkan dari menjila kerana ianya tidak seksi. Wanita lebih gemar diperlakukan dengan lemah lembut.
3. Tengkuk Leher
Wanita suka jika pasangannya memberikan ciuman ringan di sekitar tengkuk leher. Mencium di bahagian belakang leher ini selalunya dilakukan di saat suami tiba-tiba ingin memberikan kejutan. Misalnya ketika isteri sedang mencuci piring atau bekerja di depan komputer.
4. Tulang Selangka
Salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium adalah tulang selangka.
5. Tulang Punggung
Wanita suka jika disentuh tulang pinggulnya. Ketika suami melakukan perkara itu, wanita merasa dirinya dilindungi. Bahasa tubuh yang terkesan adalah sederhana untuk membuat wanita bergairah. Caranya dengan memberikan ciuman ringan di tulang belakang baru kemudian beralih ke tulang pinggul.
Selasa, 26 Februari 2013
Bohong Yang DiBenarkan
html
"Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim)
Dusta dibenarkan pada 3 keadaan :
1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai.
2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan.
3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap.
Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya.
Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim.
Wallahu 'alam.
Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/02/bohong-yang-dibenarkan.

Selasa, 19 Februari 2013
"Kalau Dia Tak Tolong Kita, Kita Jadi Penganggurlah Dulu", Mahathir Telah Menghina Orang Melayu
Menjawab Mahathir: Kalau kita tolong dia, dia balas duit kita….
“ORANG memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa”, inilah kalimah indah yang diungkap sejak kecil sehingga menyatu dalam minda dan gerak tindak kita sebagai individu.
Mungkin atas sebab itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu agar rakyat terutamanya peneroka FELDA agar “tidak menggigit tangan orang yang membantu mereka.”
Sudah tentu kita tahu, mesej langsung Mahathir ialah agar peneroka FELDA tidak mengundi oposisi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Dia mahu peneroka membalas budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyediakan segala “nikmat” yang dikecapi mereka.
“Kenapa kita nak tolong dia (BN), sebab dia tolong kita. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu,” katanya pada majlis ‘Warga FELDA Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad’, di Kuala Lumpur, semalam.
Nilai terima kasih dan balas budi yang ditekankan Mahathir itu sama dengan apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah kata, “You help me, I help you”. Apapun, bukanlah perkara itu yang mahu dibincangkan.
Dalam hal ini, Mahathir secara tidak langung telah menghina orang Melayu. Memetik kenyataan beliau “Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu” menggambarkan seolah-olah orang Melayu itu tidak tahu berusaha, bodoh dan hanya mengharap ‘sedekah’ dan ‘suapan’ dari kerajaan.
Adakah orang Melayu perlu berbangga dengan pembodohan ini?
Pergantungan kepada kerajaan: Bila orang Melayu meletak harap hanya pada kerajaan mereka boleh hidup senang-lenang, UMNO-BNlah yang meraih laba besar daripada sikap ini.
“Budaya” suap-menyuap, budaya subsidi yang berjaya menjadi budaya baru orang Melayu adalah kejayaan UMNO paling besar.
Dan kita tidak perlu hairan sekiranya sebahagian besar orang Melayu mempunyai sikap pasif dan penakut akibat pembodohan ini.
Melayu telah hilang daulat, demokrasi telah hilang cahaya apabila konsep ‘balas budi’ ini dikeramatkan.
Walhal, kita sudah maklum, tanpa usaha tulang empat kerat ini, takkan berbuah sawit di ladang, takkan keluar susunya getah, takkan menguning padi di sawah. Ya, kita haru akui, UMNO-BN berjaya dengan doktrin songsang mereka apa lagi lebih lima dekad memerintah.
Memang, menjadi tanggungjawab mana-mana pemerintah memberi kemudahan kepada rakyatnya. Masakan tidak, rakyat juga memberi kesenangan kepada pemerintah dengan membayar segala macam cukai kepada kerajaan.
Daripada sebiji bawang, sampailah kepada cukai pendapatan. Tidak satupun terlepas dicukai. Maka memang patutlah kerajaan menyediakan kemudahan bagi rakyat.
Ini tidak lagi termasuk saman, kompaun, yang dikenakan, dan dengan itu juga, duit kerajaan ini disalahgunakan sehingga tak mampu lagi disembunyi seperti kes pemberian kontrak puluhan bilion kepada syarikat tertentu, isu lembu NFC, pembelian kapal selam Scorpene, isu cincin RM24 juta, isu FGVH dan sebagainya. Semuanya adalah duit kita.
Jadi, di mana boleh kita letak logik kenyataan Mahathir agar rakyat membalas budi kerajaan bersandarkan realiti yang berlaku di Malaysia kini? Dulu lain, sekarang lain….
Rasanya Mahathir sendiri memang tahu kerajaanlah yang sepatutnya membalas jasa rakyat. Ekonomi Malaysia tidak akan rancak tanpa pembabitan jutaan rakyat Malayia yang bertungkus lumus bekerja.
Atau, adakah Mahathir boleh bersetuju dengan andaian sebegini, seorang bapa mencabul anaknya dengan alasan beliaulah yang menyara anaknya sejak kecil?
Sikap berterima kasih, membalas budi, harus pada tempatnya, jangan sampai dipijak kepala. Terlajak dengan kenyataan Mahathir itu, mungkin ungkapan ini sesuai dengan realiti sebenar yang berlaku di negara ini, “Kalau kita tolong dia (BN), dia balas duit kita semua!”
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Apa Hari Ini
-
▼
2013
(24)
-
►
April
(9)
- Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua ...
- Kenapa risau untuk berubah?
- shalehudin: GEMPAR: Betoi ka orang KUAT Amno neh d...
- Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud.
- PRU 13: Panas, celaru dan sesak
- Tiada tajuk
- Kubur Zulkifli Nordin sudah digali, 101% pasti
- DUN Rantau dalam Parlimen Rembau ialah pusat pembu...
- Tiada tajuk
-
►
Mac
(9)
- KISAH SERAM!! KAKI MENCARI JASADNYA
- Jauhilah politik aibkan maruah
- Sahabat Nabi yang masih hidup
- PENAWAR BISA ULAR DAN IKAN SEMBILANG
- Cap 'mohor' lelaki pada wanita digauli
- Siapa kata UMNO wakil MELAYU....??? Umno Bukan Wak...
- Jangan kita lupa: 8 Mac 2008
- Isu Lahad Datu Harus Dinobat Drama Al-Ma'unah Kedua!
- Gambar pemimpin Sulu di Perhimpunan Agung UMNO 2012.
-
►
April
(9)
